Highlights

Dato’AC dan Nabil Tak Mungkin Lupa Pengorbanan ISTERI Yang Bersama Zaman JATUH dan Tak Berduit Dulu.

gempak
Afiza Kamarulzaman
28/08/2020
03:10 MYT
Sponsor Banner
Dato’AC dan Nabil Tak Mungkin Lupa Pengorbanan ISTERI Yang Bersama Zaman JATUH dan Tak Berduit Dulu.
Kedua-dua mereka sangat tersohor dalam ruang kerjaya mereka sekarang ini. Masing-masing bersinar sebagai pengacara, penghibur dan usahawan. Mencipta satu demi satu kejayaan dan kini mampu digelar ‘orang kaya terbahagia’ bukan satu perjalanan yang mudah dan lurus. Banyak sebenarnya onak duri dan kejatuhan yang mereka lalui sebelum ke puncak.
Dalam program Rumah No.107, Jumaat jam 9 malam ini, Dato’ AC Mizal dan Nabil Ahmad diundang sebagai tetamu minggu akhir program tersebut. Seperti episod-episod sebelum ini, setiap tetamu akan berborak santai bersama tuan rumah, Tok K dan keluarganya. Selain membicarakan perihal kerjaya, Dato’ AC dan Nabil tidak keberatan berkongsi kisah duka dan pengalaman hitam mereka untuk dijadikan iktibar.
Masing-masing pernah melalui kesusahan dalam hidup, baik sebelum menjadi anak seni sehinggalah sudah bergelar penghibur. Dalam gelak tawa mereka, banyak pengalaman mendewasakan yang telah dilalui. Bagaimana kerjaya seni Dato’AC punah selepas kumpulan 4U2C berpecah juga Nabil yang pernah melintasi zaman gelap apabila dianggap figura bermasalah!
Kredit Foto: Astro Warna
Datin Emylia Pernah Diludah Hanya Kerana Menikahi AC
Kepada mereka yang pernah bertemu Dato’ AC pasti maklum dengan keakraban antara beliau dan isteri, Datin Emylia Rosnaida yang umpama belangkas. Di mana ada Dato’AC, di situ pasti ada kelibat isterinya. Sebagai Pengurus, beliau seharusnya sentiasa ada dengan suami untuk memastikan Dato’ AC dalam keadaan sempurna.
“Saya tidak malu untuk akui yang saya memang bergantung kepada isteri saya. kejayaan saya hari ini adalah kerana dia. Tanpa isteri, saya tidak mungkin berada pada tahap ini sekarang. Dia yang banyak mendorong saya, mengatur semua aktiviti dan imej saya. Saya amat terhutang budi kepada Emylia yang sentiasa ada walau saat susah dan senang.
Mengimbas detik mula berkahwin dulu, menurut Dato’ AC, mereka bernihak setahun selepas beliau bercerai dengan bekas isteri. Ramai yang menganggap Emylia sebagai puncanya, sedangkan ia tidak berlaku sama sekali. Dek fitnah itu, isteri beliau teruk dikecam sehingga pernah diludah seorang mak cik ketika membeli barang.
“Hati saya sedih...dia diludah disebabkan saya. Saya rasa begitu bersalah kerana dia terpaksa melalui semua ini. Tidak cukup dengan kejian orang, dia juga terpaksa melalui ksempitan hidup bersama saya yang hanya ada berapa ratus saja duit dalam akaun ketika dia mahu melahirkan anak pertama kami. Sedangkan waktu itu dia seorang selebriti yang punya nama, tapi dia rela bersusah dengan saya,” Cerita Dato’ AC dalam genangan air mata.
Justeru, sehingga ke hari ini Dato’ AC tetap rasa terhutang budi dengan pengorbanan isterinya itu dan tak mungkin melupakannya. Biarlah apa orang nak kata, asyik angkut isteri ke, yang pasti beliau memang tidak boleh hidup tanpa isterinya itu. “Youlah nyawa I, B...” Ungkap Dato’ AC saat Datin Emylia hadir di depan matanya.
Kredit Foto: Astro Warna
Allah Hantar Zira Pada Ketika Nabil Hilang Arah
Siapa tidak kenal Nabil yang sentiasa dilanda kontroversi dan isu dari awal pembabitan dalam bidang seni sehinggalah ke hari ini. Walau kini sudah berkahwin dengan Nazirah Ayub dan bergelar bapa, ada sahaja isu baru dikaitkan dengan beliau. Namun, ternyata Nabil masih berdiri elok dengan sokongan keluarga tercinta.
Mengenali isteri melalui kawannya apabila kakak Zira berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, ternyata jodoh mereka kuat. Walaupun pernah diuji dalam rumah tangganya pada awal perkahwinan, namun ternyata kematangan berjaya menjadikan mereka lebih kuat dan kekal bahagia sehingga ke hari ini.
Apabila ditanya, apakah pengorbanan terbesar isteri yang Nabil tak mungkin dapat lupakan? Jawab Nabil, “Apa yang boleh saya katakan, pengorbanan dia telah dilakukan sebelulm bergelar isteri lagi. Allah hadirkan dia dalam hidup saya pada waktu yang tepat pada ketika saya dihambat pelbagai masalah.”
Nabil menyifatkan tahun 2011 sebagai tahun paling sengsara dalam hidupnya. Waktu itu pelbagai perkara berlaku – jobless, ekonomi merundum, gosip sana sini, culture shock sampaikan Nabil tidak boleh pulang ke kampung! “Bayangkanlah, sampai Ayah cakap, ‘kalau kau berani, kau balik kampung’. Dah diugut begitu, mestilah saya tak berani.” Ujar Nabil saat dia dilanda pelbagai masalah kala itu.
Waktu itu juga dia mahu berada dalam Maharaja Lawak namun hatinya tak kuat. Nabil berasakan dia sudah tidak kelakar, bagaimana untuk dia terus menghiburkan peminat? Dan waktu itulah, Zira hadir memberi semangat dan meyakinkan Nabil yang dia masih ada peluang yang cerah.
“Apabila kita dalam keseorangan, serba-serbi tak kena. Tak tahu nak ke mana? Ziralah yangt menjadi penguat semangat. Tanpa dia, saya tak mungkin ada di sini. Hanya dalam enam bulan saya ambil keputusan untuk menikahinya. Apa yang saya harapkan, semoga Allah sediakan tempat yang terbaik untuknya di syurga kelak...” Tutur Nabil penuh makna.
Kredit Foto: Astro Warna
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024