Sebagai seorang bapa, sudah tentu penyanyi ND Lala berasa syukur dan berbangga dengan pencapaian anaknya iaitu Shila Amzah yang mendapat tempat ketiga pada konsert akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) pada Ahad lalu.
Menurut ND Lala, bukan mudah untuk Shila membuat persembahan yang sehabis baik dari segi vokal dengan adanya komitmen sebagai seorang ibu namun anaknya tetap berjaya melakukannya.
“Dari segi kapasiti dia sekarang, dari segi vokal dan komitmen dia sangat tight maknanya bukan seratus menyanyi sahaja tetapi tugas dia menyeluruh.
“Jadi berdasarkan semua yang ditempuh dan dia dapat membuat persembahan sebagus ini, saya bersyukur.
“Kerana ia bukan perkara yang senang apabila anda sudah berkahwin, ada anak dan buat A sampai Z dalam kehidupan seharian.
“Dalam masa yang sama perlu fokus kepada kerjaya dan berada dalam satu pertandingan yang levelnya tinggi.
“Jadi dapat membuat persembahan yang baik itu pun dah cukup bagi saya,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai persembahan Shila sepanjang program GV9, ini komen ND Lala:
“Kadang-kadang kita kena menilai dari segi keseluruhan. Sebagai contoh pelakon, ada pelakon-pelakon menang banyak anugerah.
“Kemudiannya pada tahun ini dia kalah, mungkin ia tidak semestinya ditentukan oleh keupayaan diri dia sahaja, tergantung pula kepada peranan yang diberikan kepada diri dia dalam watak atau filem berkenaan.
“Sama juga lagu, lagu mana yang dapat dia peragakan atau pertontonkan kebolehan dia. Kadang-kadang dapat lagu yang sesuai kadang-kadang tidak.
“Tetapi penyanyi terutamanya penghibur haruslah boleh dipelbagaikan. Kalau melihat dari minggu pertama hinggak kesebelas, saya melihat ia sebagai showcase.
“Sebab Shila membuat persembahan dengan sangat baik di peringkat antarabangsa dan ini seperti dia punya showcase. Dia juga sudah berikan yang terbaik jadi bagus untuk diri dia,” ujarnya.
Terdahulu, Jac dinobatkan sebagai juara dan Bob pula adalah naib juara.
Shila pula merupakan pemenang tempat ketiga, Tomok ditempat keempat, V.E kelima dan Hazrul pula ditempat keenam.
Mya Amri
Wed Nov 30 2022


"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!
.png?ext=.png)
"Saya Menangis Dalam Bilik Seorang Diri"- Demi Coast Guard, Julia Farhana Cabar Diri
Demi Coast Guard, Julia Farhana Cabar Diri

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!

Ismail Sabri Santuni Bekas Wartawan Hiburan, Rosli Manah Pernah Bantu Lonjakkan Karier Seni Dafi
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob santuni Rosli Manah.