,
Hiburan

DIANA DANIELLE Curi Masa Ketika Pandemik Siapkan Single – “Saya Sedang Asah Bakat Menulis Lagu.”

Afiza Kamarulzaman
28/11/2020
06:28 MYT
Bakat lakonannya tidak usah dipertikaikan lagi. Beliau antara selebriti yang datang dengan pakej yang baik; cantik dan berbakat. Setiap watak yang disandangnya, jarang mengecewakan. Malah meninggalkan impak yang terkesan. Penulis sendiri puji lakonan hebatnya dalam Magika. Masih tak jemu menontonnya hingga kini.
Agak lama tidak mengasah suara, Diana khabarnya bakal muncul dengan single baru hasil kolaborasi dengan Universal Music tidak lama lagi. Sementara itu, kala ditanya perkembanganya kini dalam keadaan pandemik. Diana akui agak selektif dalam pemilihan kerja kerana mengutamakan keselamatan dan SOP.
“Sejak PKPB, saya ambil masa ni untuk uruskan jadual sekolah anak-anak yang belajar secara online. Mereka masih perlukan pemantauan dan dibantu kerana sesetengah subjek menggunakan method pelajaran yang agak janggal untuk mereka. Dari segi kerjaya, saya dapat berehat sikit.
Bukan apa, seperti yang kita maklum sekarang, keadaan wabak ini masih tidak menentu. Saya pun perlu berjaga-jaga dalam pemilihan kerja atas faktor keselataman. Justeru, saya hadkan kerja yang ditawarkan. Pada masa yang sama, saya boleh tumpulkan lebih perhatian untuk proses menyiapkan lagu pertama saya itu nanti,” Ujar Diana perihal rutinnya kini.
Outfit: Ferragamo
Sedang Mengasah Bakat Menulis Lagu
Menurut Diana, mereka masih dalam proses awal menyiapkannya. Diana dan team begitu teruja dan seronok mencipta lagu dan dalam fasa ‘uji kaji’ melihat ke mana ia boleh pergi? “Saya sedang mengasah bakat menulis lagu dan melodi. So, I’m really excited about this whole process,” Jelas Diana.
Meraikan tahun 2021 yang menjadi harapan besar kebanyakan orang nanti, Diana menjangkakan akan memilih lagu berentak rancak sebagai single pertamanya itu. Ia sebagai simbolik tahun baru dan harapan baru. Kita sudah melalui begitu banyak ujian dan getir tahun ini, maka kita mahu buka lembaran 2021 dengan semangat baru yang membara.
Saya Tidak Akan Melakukannya Dengan Sia-Sia
Apabila ditanya kenapa mahu melancarkan single dalam keadaan sekarang ini? Jawab isteri kepada pelakon Farid Kamil ini, “Kenapa tidak? Sebenarnya, ramai tahu sudah lama saya teringin nak sambung kerjaya sebagai penyanyi, sekarang adalah adalah masa yang terbaik. Kebetulan, saya ada lebih masa memandangkan anak-anak kini semakin berdikari.”
Diana juga akui ini juga adalah percubaan yang sangat bagus pada usianya yang masih muda. “Tidak salah saya melebarkan lagi sayap dalam bidang ni. Saya bukan jenis buat sesuatu secara suka-suka, apa saja yang saya lakukan, saya akan pastikan ia tidak sia-sia. Most of all, I have a deep love for music and it truly makes me happy,” Tambahnya lagi.
Outfit: MSGM
Tidak Sabar Melihat Kolaborasi Sulung Ini
Menurut Diana juga, ini adalah kerjasama sulungnya bersama Universal Music dan kini dia juga sudah secara rasminya berada di bawah naungan mereka. “Justeru, saya mengambil masa saya untuk pastikan saya dapat memberi impak yang positif. Anggaran dalam dua ke tiga bulan diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan single itu nanti.”
Diana juga bersyukur kerana semua team memberikan kerjasama dan peluang yang baik kepadanya. Tiada apa yang diharapkan melainkan penghasilan singlenya ini mampu diterima peminat dan membawa satu ceritera baru dalam kerjaya seninya nanti. InTrend mendoakan cita-cita Diana terlaksana dan sukses selalu!
Outfit: Ang Eng 1955
Fotografi: Raisa Photography Penata Gaya: Amalina Anuar Solekan: Fendi Sani Rambut: Yuso Pengarah Fesyen: JimmyOng
Penghargaan : wkualalumpur
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

gempak
20/11/2024
03:54 MYT
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Unitar