,
Highlights

Disahkan Positif Covid-19, Sudut Pandang Pemuda Ini Cukup Berbeza. Ada Lucu, Sinis Dan Sarat Pengajarannya.

Huda Hussain
13/10/2020
13:04 MYT
Saban hari, kes positif yang direkodkan semakin meningkat dengan mendadak. Bahkan lebih tinggi angkanya berbanding semasa tempoh PKP dahulu. Dan semakin ramai yang melakukan swab test maka semakin ramailah juga yang disahkan positif menghidap penyakit yang kini menjadi musuh nombor satu seluruh dunia.
Tetapi berlainan dengan kisah pemuda ini. Fatah, kisahnya mula tular kerana cara dia melihat dan menilai sudut pandang saat disahkan positif cukup berbeza. Dalam muat naiknya yang dikongsi ramai, ada mesej bernada lucu tetapi disebaliknya dia juga cuba menitipkan aura positif dalam mengharungi ujian ini.
Kredit Foto: IG Jom Dakwah
Hai semua. Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia. Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.
Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.
1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.
2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.
3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.
4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.
5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.
Kredit Foto: Google
Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan masih juga tak dapat-dapat. Dek kerana badan makin terasa sakit-sakitnya, saya ke hospital swasta dan buat swab test sekali lagi. Jam 10 pagi buat swab test, jam 7 pagi esoknya doktor telefon. “Morning Fatah. Tahniah, awak positif”. Aku tipu saja doktor kata tahniah tu. Okey, flow dia macam ni.
Buat swab test di klinik kesihatan atau hospital swasta dan kalau keputusannya positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya. Kalau negatif, dia akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon tanya status.
Bila positif dan PKD telefon, dia akan temu ramah, ambil details semualah sebelum dia hantar ambulans untuk ambil di rumah. Itu sebab, bagus kalau kita ingat details semua benda, pergi mana dengan siapa, naik apa bla bla bla kerana klinik akan tanya benda sama, PKD tanya benda sama, kawan tanya benda sama, pejabat tanya benda sama sampailah kau nak muntah jawab benda sama.
Nak senang, tulis semua benda dalam nota telefon. Orang tanya, tepek saja info. Orang tanya, tepek. Senang. Kalau tanya lebih-lebih, sihat nanti pergi lempang, settle.
Kredit Foto: Google
Bila ambulans datang, ha saat itulah bermulanya manusia sekeliling jadi kalut macam Alpaka hilang anak. Orang sekeliling akan ambil gambar, hantar ke semua group WhatsApp, hantar ke member di Perlis sampai member Perlis pun kalut pergi mandi dengan sanitizer walaupun kejadian berlaku di Ampang. Orang akan jadi kalut sampai tak boleh tidur. Risau sampai suruh sanitize surau walaupun tak pernah pergi surau.
Ha gelak. Tapi itulah hakikat dia Tuan Puan. Itulah hakikat dia. Virus korona melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan sekeliling kerana tak cukup faham dengan situasi dan tidak tahu cara bereaksi, membunuh mental pesakit. Jadi, jangan jadi pembunuh mental. Sebaliknya membantulah. Daripada kalut sebar gambar dan berita itu ini yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang kami boleh tolong dan usahakan.
Barulah betul, kita jaga kita Tuan Puan.
Kredit Fatah, PKKN, Hospital Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas

gempak
28/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah akui selesa digandingkan bersama aktor, Alif Satar dalam filem ‘Reeza GTR’.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

gempak
25/08/2024
08:00 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial apabila berkongsi kata-kata positif, pada Ahad.
Sukan

Faisal Halim Akui Prestasi Positif Tapi Perlu Masa Capai Tahap Maksimum – “Beri Saya Ruang Untuk Kejar Semula”

gempak
18/08/2024
05:25 MYT
Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui masih memerlukan masa untuk mencapai prestasi maksimum meskipun telah kembali beraksi sebagai kesebelasan utama pada Piala Sultan Selangor 2024 (TSSC) malam tadi.
BorakSeeni