Personaliti

Diuji Dengan Anak Sumbing, LAN SOLO Anggap Dia ‘Hadiah’ Daripada Tuhan, Tak Peduli Apa Orang Nak Kata!

gempak
Afiza Kamarulzaman
09/07/2021
02:27 MYT
Sponsor Banner
Diuji Dengan Anak Sumbing, LAN SOLO Anggap Dia ‘Hadiah’ Daripada Tuhan, Tak Peduli Apa Orang Nak Kata!
Sebagai anak seni, pasti tidak dapat lari daripada pelbagai ujian dan duri hidup yang perit walau ada kemanisan di sebalik kemasyuran yang dikecapi. Kumpulan Kristal dulu antara kumpulan lelaki remaja yang ‘top’ satu masa dulu dengan aliran muzik berbeza daripada kumpulan sedia ada.
Lan antara ahli kumpulan yang kerap juga dikaitkan dengan kontroversi walau kini tidak lagi bersama kumpulan itu. “Apa pun saya masih rapat dengan Dato’ Awie. Eratnya kami seperti abangn dan adik. Dato sangat caring orangnya. Pernah kereta kami rosak di tengah jalan, dia sanggup datang ambil kami dan disumbatnya semua dalam keretanya,” imbas Lan.
Lan yang kini mengusahakan perniagaan makanan dari Borneo semakin bahagia bersama isteri, Sheila Salam dan empat orang anakya. Alhamdulillah, perniagaan mereka juga semakin maju walau sesekali diuji dengan cabaran orang berniaga. Bercakap perihal anak, host sempat bertanyakan perasaan Lan yang pernah memiliki anak sumbing.
“Saya pun tak jangka semua ini berlaku, hanya selepas dilahirkan barulah saya tahu anak saya sumbing. Memang adalah orang-orang yang komen negatif tapi semua itu saya tak pedulikan sangat kerana saya lebih fokus pada mencari info tentang masalah sumbing itu.
Setelah mencari pelbagai maklumat berkaitannya, saya dan isteri buat keputusan untuk menjalankan surgeri kepada anak kami itu dan alhamdulillah, selepas tiga tahun, keadaannya normal, sumbing itu bercantum dan seperti tiada apa-apa. Bagi kami, ini adalah ‘hadiah’ daripada Allah, maka kami reda dengan kehendak Nya,” ucap Lan tenang.
Ditikam Belakang, Saat Paling Menjatuhkan
Apabila ditanyakan apakah fasa paling membuatkan Lan ‘down’ sepanjang bergelar anak seni? Cerita Lan, “kisah saya taklah terlalu perit cuma saat yang kita rasa amat sakit itu apabila ada orang yang cuba menutup periuk nasi kita, apatah lagi ia dilakukan oleh orang yang kita percayai.”
Mengimbas pengalaman itu, kata Lan, ketika awal perkahwinannya dulu dia pernah hidup susah kerana tiada job. Ia terjadi kerana apabila ada orang yang ingin menawarkan kerja kepada Lan, ada pula orang tengah ini yang akan tolak job itu bagi pihak Lan dengan alasan Lan sibuk berniaga, ada kala dia beritahu Lan sudah tak menyanyi.
“Itu yang membuatkan saya ralat apabila rezeki kita cuba ditutupnya. Saya sampai tak ada duit waktu itu, terpaksa downgrade lifestyle saya, susu anak pun saya tukar pada yang murah. Ada orang cakap kat isteri saya, ‘itulah kahwin dengan artis kan dah susah’. Sehinggakan saya terpaksa tebalkan muka dengan keluarkan statement yang saya memerlukan job atas desakan hidup waktu itu.”
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian Lan Solo tentang asam garam kehidupannya. Semoga ia menjadi iktibar dan inspirasi buat peminat di luar sana, terutamanya di kala pandemik ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live