Peminat K-Drama pastinya tahu mengenai drama popular Korea, BLACK. Viu tampil siri terbaru yang diadaptasi daripada drama popular Korea berjudul yang sama dalam versi Malaysia.

Siri ini hanya akan ditayangkan secara eksklusif di Viu. Antara barisan pelakon drama siri ini, Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Dalam siri asal Korea, Black adalah sebuah drama yang mengisahkan cinta fantasi dan seram yang mengikut grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramalkan kematian. Kesemua 18 episod boleh ditonton di Viu.

Kredit foto: InTrend Malaysia


Menurut pengarah drama ini, Razaisyam Rashid dan Kroll Azri — “Black sebuah nashkah yang menarik, dan ia sesuatu yang menarik dan tidak pernah ada drama siri ini di Malaysia. Dan sebab itu kami bawakan nashkah ini dalam versi digital. Black ini juga mempunyai perlbagai genre — komedi, crime, supernatural ada semua dalam satu nashkah. Dari drama asal 70% dan 30% yang kami olah mengikut citrasa penonton di Malaysia. Paling mencabar dalam membuat drama ini macam mana nak ubah drama Korea menjadi versi Malaysia.”

Diarahkan oleh pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Kroll Azri, Black akan disiarkan menerusi Viu Originals bermula 17 Disember. Aplikasi penstriman tontonan Viu boleh dimuat naik menerusi Apple Aps Store dan Google Play untuk pengguna Android.


Kredit foto: InTrend Malaysia



Sinopsis Black

BLACK menceritakan kisah seorang wanita bernama Sofia lakonan Siti Saleha yang mempunyai keupayaan untuk melihat bayang-bayang kematian seseorang yang akan mati. Jika Sofia menyentuh bayang-bayang, dia dapat mengetahui cara mati orang itu.

Pada suatu hari, dia bertemu detektif bernama Malik lakonan Kamal Adli. Kerana detektif itu percaya kepada kebolehannya, Sofia juga meminta Malik untuk membantu orang yang memiliki bayang-bayang kematian.

Dalam satu kes, Sofia secara mendapat tahu seseorang akan mati dengan ditembak di kepala apabila dia di sebuah pusat membeli-belah, Sofia segera meminta Malik untuk mendapatkan bantuan. Tetapi malangnya, apabila dia berjaya mencegah situasi itu, Malik pergi ke pusat membeli-belah, akhirnya dia adalah tebusan dan ditembak di kepala.

Setelah dikejarkan ke hospital, sesuatu hal diluar jangkaan telah berlaku. Benarkah Malik kembali hidup semula selepas dirasuki bunian untuk menyelesaikan sebuah misi?


Kredit foto: InTrend Malaysia




Kredit foto: InTrend Malaysia



Kredit foto: InTrend Malaysia




A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia) on