Bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia malam tadi berlangsung majlis makan malam amal sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019. Majlis makan malam amal ini diadakan bagi meraikan penyumbang dana dan serentak itu dirasmikan pelancarannya.


Kempen tersebut telah berjaya melebihi sasaran minimum selepas meraih sumbangan sebanyak RM9.2 juta sejak mula dilancarkan Ogos lalu.

Kredit Foto: @ctdk




Memenuhi agenda malam itu adalah persembahan nyanyian dari kalangan anggota tentera dan penyanyi undangan. Umum mengetahui Tun Dr Siti Hasmah berbakat bermain alat muzik biola.

Dan sempena majlis makan malam amal ini, Tun Dr Siti Hasmah yang juga memegang portfolio Penaung Tabung Pahlawan, turut serta memeriahkan acara dengan persembahan istimewa.


Kredit Foto: Hazrol Zainal @ Malaysia Gazette




Pada segmen kedua majlis itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menyanyikan lagu Pahlawanku dengan diiringi gesekan merdu biola Tun Dr Siti Hasmah. Tampil sedondon menyarung busana rona biru, nyata momen ini mengabadikan kenangan terindah sepanjang penglibatan Datuk Siti dalam dunia nyanyian.

Kredit Foto: Hazrol Zainal @ Malaysia Gazette




Apakah Datuk Siti dan Tun Dr Siti Hasmah bakal bergandingan lagi dalam persembahan akan datang? Sama-sama kita nantikan.