Highlights

Duduk Rumah Belanja Makin Banyak? Ubah Gaya Hidup. Jangan Asyik 'Order' Makan Dan 'Online Shopping' Saja. Oops...

gempak
Huda Hussain
07/11/2020
14:35 MYT
Sponsor Banner
Duduk Rumah Belanja Makin Banyak? Ubah Gaya Hidup. Jangan Asyik 'Order' Makan Dan 'Online Shopping' Saja. Oops...
Walaupun ada yang tidak senang mendengar pernyataan ini tetapi hakikatnya kita tidak dapat lari daripada mengawal dan merancang perbelanjaan seharian. Maklum sajalah, bermula minggu hadapan semua bakal kembali duduk dirumah susulan pengumuman PKPB kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang. Dan pastinya perbelanjaan isi rumah akan mempengaruhi kerencatan kewangan keluarga jika tidak diselia dan dikawal dengan baik. Bagi yang masih bergaji, tetap perlu beringat dan berjimat-cermat dalam mengatur aliran keluar masuk perbelanjaan saban hari.
Kredit Foto: Google
Ubah Gaya Hidup
Pastikan ada limitasi jika mahu berbelanja sekalipun. Kembali kepada prinsip asas, yakni bezakan mana satu keperluan dan kehendak. Jika benar-benar terdesak dan perlu ditukar ganti dengan yang baharu, rancanglah kewangan dengan baik. Selama mana mahu asyik pesan makanan menerusi Grab Food, Food Panda, Bungkusit, Dah Makan dan yang seangkatan dengannya? Ya, mungkin niat anda mahu membantu ekonomi peniaga yang terjejas lebih-lebih lagi pada waktu sukar ini. Bukan tidak boleh, tetapi janganlah selalu. Jika seminggu sekali atau dua minggu sekali mungkin tidak mengapa. Ya, faham ramai yang rindu nak makan diluar seperti kebiasaannya. Namun dek kerana taburan kes positif Covid-19 yang semakin berselerakan di sana sini, maka kita tiada pilihan lain kecuali duduk dirumah. Mungkinkah fenomena dalgona coffee yang tular semasa PKP dahulu kembali mewarnai hidup anda sebulan lagi? Hehehe… Apa-apapun, beringat dan berjimat-cermat okey!
Kredit Foto: Google
Hadkan 'Online Shopping'
Ya, faham ramai yang teruja dengan tawaran harga rendah lagi murah menjelang 11.11 yang kebanyakannya membanjiri media sosial dan aplikasi membeli-belah dalam talian. Malah hampir semua portal membeli-belah bahkan jenama lokal menawarkan harga tidak masuk akal, harga PKP dan pelbagai lagi strategi pemasaran untuk menarik perhatian pembeli. Berpada-padalah kalau nak ‘shopping’ sekalipun. Jika benar-benar murah berbanding harga asal dan sememangnya anda mungkin telah lama menyimpan duit untuk membelinya, mengapa tidak manfaatkan peluang ini. Malah membeli secara pukal pada harga rendah dan dalam masa sama menikmati penjimatan berganda pastinya berbaloi untuk direbut. Misalnya anda beli bulan ini dan boleh digunakan untuk sebulan atau dua bulan akan datang, mengapa tidak memanfaatkan peluang ini kan? Rekodkan apa barang yang dibeli bagi memudahkan anda memantau dan menyemak aliran keluar masuk duit dari akaun simpanan.
Kredit Foto: Google
Kawalan Kendiri
Anda sendiri yang bertanggungjawab mengawal segalanya. Nafsu untuk membeli-belah, kewangan dan sebagainya semua tergalas dibahu anda. Malah anda sendiri lebih arif bagaimana cara berberlanja yang betul untuk dipraktikkan. Lebih-lebih pada waktu sukar ini, wang tunai amat diperlukan sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Anda sendiri yang perlu menetapkan SOP dalam berbelanja ketika ini. Kawal mata dan pujuk hati supaya beringat untuk kekalkan prinsip sediakan payung sebelum hujan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024