Highlights

DUIT Banyak Mana Pun Tak Akan Cukup Kalau BOROS – Hiduplah Ikut Kemampuan Bukan Ikut Orang.

gempak
Afiza Kamarulzaman
27/11/2020
14:51 MYT
Sponsor Banner
DUIT Banyak Mana Pun Tak Akan Cukup Kalau BOROS – Hiduplah Ikut Kemampuan Bukan Ikut Orang.
Duit ini bagaikan air, sentiasa mengalir dan susah untuk disekat pengalirannya. Lagi banyak daat, lagi banyak hendak digunakan. Bagi orang yang susah mahu menjaga aliran wang tunai, pasti sulit memastikan duit sentiasa ‘ada’ dalam simpanan. Selagi tidak dikeluarkan, tangan gatal saja mahu ‘mencucuknya’.
Orang yang boros dan tinggi ‘maintanance’ hidupnya pasti susah untuk berjimat dan memastikan kewangan dalam keadaan stabil. Bagilah banyak mana pun duit pasti tidak akan cukup. Lebih parah, yang suka membuat hutang sana sini. Sampai bila-bila pun, masalah tidak cukup duit tidak akan selesai.
Kredit Foto: Google
Nasihat Untuk Mereka Yang Susah Berjimat
  • Pertama sekali, kena tukar cara berfikir sebelum menukar cara mencari duit. Duit mudah saja dicari tetapi gaya hidup yang susah untuk diubah. Maka, tukar dulu cara kamu memandang dan membelanjakan duit.
  • Kena tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Yang mana penting dan tidak. Yang mana tidak dibeli pun tidak mengapa. Kawal nafsu, jangan nafsu mengawal dirimu.
  • Jika suami isteri sama-sama kaki boros, duduk berbincang baik-baik. Selalu ingatkan antara satu sama lain untuk saling memberi amaran. Jika si dia ‘excited’ terhadap sesuatu barang, kamu harus menjadi tukang redakan.
  • Elakkan keluar ke tempat yang membuatkan kamu cenderung untuk berbelanja dan ‘terbeli’. Buang terus istilah window shopping dalam kehidupan kerana kamu sejenis yang cepat terpengaruh.
  • Tidak salah untuk ‘downgrade’ sedikit gaya hidup. Jika dulu suka jenama baju antarabangsa, bertukarlah kepada yang lebih murah. Jika dulu suka makan di restoren mewah, berubahlah kepada masak di rumah.
  • Jangan sesekali ada sikap suka ‘upgrade’ taraf kehidupan jika dapat durian runtuh. Anggap saja duit lebih yang dimiliki sebagai bonus dan simpan terus dalam akaun yang jarang kamu gunakan untuk pengeluaran.
  • Jangan mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang lain terutamanya selebriti atau KOL di media sosial. Percayalah dik, tidak semua yang dipaparkan itu nyata. Jangan cepat berangan ya.
  • Orang yang boros memang susah untuk lekat duit di tangan. Nasihat terbaik untuk orang begini ialah dengan menukar wang tunai itu kepada aset yang sukar untuk digadai atau jual seperti membeli rumah atau buat pelaburan tetap.
  • Sesekali lihatlah orang yang lebih daif daripada kita dan bukan hanya memandang orang di atas kita sebagai inspirasi. Ini bagi menyedarkan dirimu bahawa rezeki itu harus disyukuri bukan dibaziri.
  • Sentiasa ingat hutang-piutang yang komitmen yang perlu dibayar saban bulan. Dulukan pembayan hutang daripada berbelanja tak ingat dunia.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live