fesyen

Duit Tak Mampu Beli CLASS Dan Stail. Ada Orang Pakai Baju Murah Pun Nampak Mahal, Ada Orang Pakai Yang Mahal Tapi...

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/12/2021
01:51 MYT
Sponsor Banner
Duit Tak Mampu Beli CLASS Dan Stail. Ada Orang Pakai Baju Murah Pun Nampak Mahal, Ada Orang Pakai Yang Mahal Tapi...
Ketika mula-mula terjerumus dalam bidang majalah dulu, saya agak ‘culture shock’. Dengan pengalaman ‘zero’ dalam dunia pekerjaan dan media, saya berasa agak kekok apabila diberi tugasan yang besar-besar. Apatah lagi apabila dihantar ke assignment mewah melibatkan VIP, fesyenista dan selebriti yang pastinya tak kalah gaya.
Saya ambil masa juga untuk telan dan hadam situasi dunia baru saya itu. Setiap kali rasa ‘down’ apabila berasa tidak mampu untuk bergaya mewah, saya teringat kata-kata ex-editor tersohor saya dulu.
“Afiza, nak nampak cantik dan bergaya tak perlu belanja besar. Jangan bagi alasan, gaji kecil tak mampu melawa. Remember this, ‘money can’t buy you class! Duit hanya boleh baju tapi bukan gaya. Stail itu adalah diri you sendiri, how you carry youself?”
Begitulah ungkapannya yang selalu saya ingat hingga kini. Apabila melihat ‘orang-orang’ kaya yang bangga melaram dengan baju atau tas harga puluhan ribu ringgit tapi langsung tak nampak ‘mahal’, buat saya terseyum. Dan ya, saya akui kata-kata ex-editor saya itu tidak salah!
Duit Boleh Beli Segalanya Tapi...
Kita tidak nafikan, ramai orang menjadikan duit bagaikan ‘raja’ dan ‘kiblat’ dalam kehidupannya. Dari dulu lagi, duit boleh beli segala-galanya menjadi falsafah kebanyakan orang yang bersifat material. Ya namapun beli, pastilah perlukan duit. Namun, ada sesetengah perkara tidak ada dijual di pasaran.
Ada yang kata kalau mahu bergaya, ukur baju di badan sendiri. Kalau difaham betul-betul, maksud pepatah itu bukanlah tertakhluk pada soal kemampuan membeli saja. Yang saya faham juga, ia juga tentang bagaimana kamu bergaya mengikut kesesuaian badan dan diri. Kena kenal bentuk badan personaliti diri, barulah beli pakaian atau aksesori itu.
Sebagai contoh sesuaikah mereka yang bersaiz XXL untuk memakai baju bersaiz S? Atau usia sudah mencecah 50 tahun tapi masih galak mahu menggayakan stail budak-budak muda? Atau kamu dikenali sebagai sorang tokoh korporat tetapi mahu mengenakan pakaian ala street style budak-budak sekarang?
Jangan paksa badan untuk mengenakan sesuatu yang tak kena. Walaupun kamu mampu membelinya tetapi tak semestinya mampu menyarungkannya. Gaya dan stail itu adalah bagaimana kamu membawa dirimu di tengah khalayak. Pakailah sesuatu yang kamu selesa dan nampak terletak di badan sendiri.
Tips Pakai Nampak Mahal
  • Kenali bentuk badan, pastikan pakai mengikut saiz yang tepat. Tutup kekurangan yang ada, jangan sengaja membuka ‘aib’ badan sendiri
  • Ketahui personaliti diri. Jangan terlalu berani mencuba sesuatu yang kontra dengan diri asal anda
  • Pakailah sesuatu yang selesa dan tak nampak menyeksa diri apatah lagi mata yang melihat
  • Ketahui lokasi, tema majlis dan cari kesesuaian dengan baju. Jangan sesekali salah pakai ke majlis orang
  • Pilihlah aksesori minimalis jika anda bukan seorang yang bijak menyuai padan. Elakkan yang bersaiz besar dan berlebihan
  • Pilihlah warna yang selamat seperti earth tone atau hitam putih saja. Jika mahu bermain warna pun, cukuplah hanya satu cuitan warna terang dalam keseluruhan penampilan
  • Adakan keseimbangan dari top to toe. Pilih satu sahaja bahagian yang ingin ditonjolkan. Jika tudung sudah diikat meriah, sederhanakan baju dan sepatu.
  • Paling penting, jaga attitude. Kalau baju cantik tapi perangai hodoh pun tak guna juga. Jangan abaikan etika diri walau sekaya mana pun kita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live