Personaliti

Eksperimen Sosial – Jangan Sampai Canang Kebodohan Sendiri. Malu Dapat, Hukuman Pun Tunggu Masa Saja.

gempak
Huda Hussain
25/08/2021
04:08 MYT
Sponsor Banner
Eksperimen Sosial – Jangan Sampai Canang Kebodohan Sendiri. Malu Dapat, Hukuman Pun Tunggu Masa Saja.
Pasti ramai sedia maklum mengenai sepasang suami isteri yang tular baru-baru ini kerana melakukan eksperimen sosial susulan tidak divaksin tetapi masih boleh dine in. Dan berkat usaha juga kuasa tular, pasangan suami isteri tersebut sudahpun diambil keterangan dan kertas siasatan baru sahaja dibuka.
Berdasarkan pengalaman seorang pengguna laman sosial yang pernah terpalit dek penyebaran berita palsu tidak lama dahulu, perkongsiannya diharap dapat membuka mata. Betapa jangan sekali-kali memandang remeh isu penguatkuasaaan undang-undang dan hukuman.
Juga jangan memandang enteng profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini coretan pengalamannya untuk dijadikan pengajaran dan iktibar semua. Muat naik yang dikongsi Syed Mohd Faiz Al-Shahab ada menyatakan:
Bersabar lah kak. Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sbb saya beranggapan akak orang yang banyak duit, sampai tak tahu nak buat apa dgn duit. Sebab dalam masa beberapa hari lagi polis akan datang ke rumah akak.
Di siasat di bawah :
Petama : Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa dan sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali
Kedua : Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menyebarkan kandungan bersifat lucah, PALSU & mengancam orang lain. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
Ketiga : Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam, yang memperuntukkan hukuman penjara sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
Keempat : 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Bila bicara kat mahkamah. Standby minimum rm4000 untuk ikat jamin bergantung pada hakim dan kes (ini kes saya dulu). Mungkin ikat jamin akak lagi banyak. Kalau takda duit, melingkup lah dekat lokap sampai hari perbicaraan yang seterusnya.
Jangan lupa standby peguam. Kalau peguam swasta, minimum rm3000 tak lari kena keluar duit bergantung pada peguam itu sendiri dan kes tersebut. Kalau peguam free leceh sikit. Nak kena turun naik pejabat peguam.
Kenapa saya tahu? Sbb saya dah kena tahun lepas. Tapi kes saya dah settle tahun lepas lagi. Alhamdulillah, mahkamah jatuh hukum tak bersalah. Tapi bukan kes langgar sop, just kes berita palsu je (505(b) kanun keseksaan)
Akta berita palsu ni bukan korang buat berita palsu je. Kalau posting yang membawa ke arah hasutan dan panik untuk orang awam pun duduk bawah akta ni. Masa tu aku kena dengan kes zed zaidi sekali, sempat lah lepak dalam lokap dengan zed zaidi. Sementara nak tunggu ikat jamin rm4000. Tapi aku tak kesah, sbb ni pengalaman aku.
Dapat juga lepak dengan zed zaidi. Kenal siapa admin oh my media. Sbb satu kes dengan saya masa tu, syok lah jugak. Sbb tu saya nak nasihat pada semua, kalau korang tak pasti benda tu, jangan gatal2 share. Kalau viral standby je lah duit. Sekejap je polis datang rumah. Takpayah takut, dorang tahu kat mana akak tinggal. Dia akan cari sampai dapat.
Semoga lepas ni jangan lupa bawa otak kalau keluar pergi mana2 atau masa main Fb. Lupa nak cakap. Benda ni dah viral kat semua social media. So sabar lah sat lagi sampai lah polis kat rumah.
Dia baru deactive fb. Ingat polis tak boleh cari ke. Aku dulu, tiba-tiba je polis dgn skmm terpacak depan rumah. Padahal baru je pindah rumah 2 bulan, saya cuma guna alamat tu untuk daftar wifi time je masa tu.
Siap skmm tu tahu semua sosial media saya, facebook, instagram saya masa dorang soal siasat saya dekat cyberjaya. Yang viral berita palsu tu kat twitter, saya update masa tu kat johor rumah mak mentua pun dorang tahu. Dorang ingat saya dah lari balik johor masa tu, kelakar gila.
Handpone yang kita pakai masa upload benda tu pun dia rampas untuk di siasat. Dah lah pakai iphone xs max. Ada juga dalam 9bulan dorang pegang iphone aku tu. Terpaksa beli hp lain. Tapi saya bagi kerjasama baik dengan dorang. So dorang pun boleh gelak2 lagi dengan kita. So takda masalah pun. Kalau buat salah, berani lah tanggung.
Serius, lepas kes tu saya insaf nak main socmed ni. Benda ni dah lama saya simpan, even family saya pun tak tahu saya pernah naik mahkamah kes ni, cuma hari ni the right time untuk saya share. Semoga perkara ni akan beri pengajaran pada kita semua. Kadang2 dia terlupa bawa otak. Jadi jangan salahkan dia. Hehe
Kalau korang nampak ada orang tertinggal otak macam ni, suruh kawan2 korang share je kat socmed. Supaya orang macam ni dapat pengajaran yang tepat. Ingatkan dia negara kita ada undang2. This is malaysia guys.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live