Mengapa Elizad rasa mahu berkongsi tetang perkara ini walaupun sesetengah orang menganggap ia sesuatu yang terlalu peribadi?

Saya berfikir sebaliknya. Saya akui ada sesetengah orang terutamanya selebriti menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang amat peribadi untuk dikongsi dan mengaibkan.

Namun, saya berasakan inilah sumbangan saya kepada wanita di luar sana untuk menyedarkan mereka bahawa mengambil tahu perihal kesihatan dalaman ini sangat penting.

Saya mahu semua wanita berasakan mereka tidak bersendirian. Mencegah dan merawat itu perkara wajib jika kita berasakan ada sesuatu tidak kena pada rahim kita.

Pergilah berjumpa doktor dan wajib untuk setiap wanita melakukan ujian pap smear. Saya dulu pun takut juga, tetapi ia tidaklah segerun yang dibayangkan.





Bagaimana mula-mula menyedari kehadiran cyst ini?

Berlaku lima tahun lalu, sebelum Elizad berkahwin lagi. Mula-mula memang tak perasan sehinggalah cyst itu membesar sampai 4kg! Itupun selepas Elizad mula rasa tidak selesa.

Perut kelihatan membulat dan kembung semacam. Paling ketara apabila rasa tidak puas apabila membuang air kecil. Kencing itu kerap tetapi sikit-sikit.

Apabila melakukan check up dan doktor melakukan imbasan, doktor sendiri terkejut kerana cyst sudah sebesar itu! Tiada pilihan lain, ia harus dibuang segera. Disebabkan cyst itu melekat dengan ovari kiri, maka ovari itu juga harus dibuang sama.

Dan kali kedua berlaku lagi tahun lepas. Cyst aktif semula dengan sebesar 7cm. Doktor kata, cyst Elizad jenis yang aktif. Jadi, ia mudah sahaja untuk membiak semula.

Tapi, untuk pembedahan kali ke dua itu, berkali-kali Elizad pesan kepada doktor, apa pun yang terjadi tolong jangan buang ovari yang lagi satu ini. Hanya inilah harapan Elizad untuk hamil.








View this post on Instagram









A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on




Bagaimana perasaan Elizad selepas diberitahu bahawa ovari akan dibuang?

Itulah, sebenarnya sebelum dibedah, Elizad tidak diberitahu pun yang ovari itu juga terbabit sama. Doktor pun hanya dapat tahu keadaan sebenar ketika pembedahan dilakukan.

Sebaik sedar dari mamai, doktor pun beritahu yang ovari kiri Elizad sudah tiada. Pada mulanya, memang rasa down sangat.

Namun, tidak lama, Elizad kembali okey kerana menurut doktor dengan hanya sebelah ovari pun Insya Allah masih berpeluang untuk hamil. Itu semua kuasa Tuhan.








View this post on Instagram









A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on




Apakah punca sebenar cyst ini, ada tak doktor beritahu?

Doktor sendiri tidak boleh merungkaikan faktor utamanya. Ada yang kata punca daripada makanan tetapi ketika Elizad bertanyakan Dr. Imelda tempoh hari, katanya ia tidak ada kena-mengena dengan makanan.

Lebihnya kepada badan masing-masing yakni perkembangan hormon dalam tubuh seseorang itu dan gaya hidup kita.

Apabila Elizad memberitahu doktor yang Elizad menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam semuanya, doktor pun tidak dapat mengulasnya. Mungkin inilah yang dikatakan bahagian masing-masing.

Elizad juga tidak menolak mungkin faktor keturunan juga kerana mak-mak saudara Elizad semua meninggal disebabkan kanser.








View this post on Instagram









A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on





Dan kerana itu juga, Elizad berhenti daripada melakukan rawatan kecantikan seperti cucuk vitamin dan sebagainya?

Ya, atas nasihat doktor juga kerana ia sedikit sebanyak menyumbang kepada cyst kembali aktif.

Elizad akui seorang yang amat ‘gigih’ bab kecantikan ini seperti minum kolagenlah, suntikan pemutih kulitlah dan macam-macam lagilah.

Khabarnya, Elizad juga dalam proses mendapatkan zuriat. Rawatan bagaimana yang Elizad lakukan?

Buat masa ini, Elizad sudah memulakan rawatan kesuburan yang asas dulu. Jika tidak berhasil barulah mencuba rawatan Intra Uterine Insemination (IUI) dan seterusnya In-vitro Fertilization (IVF).

Elizad memang berharap sangat untuk punya anak sendiri. Masa mula-mula kahwin dulu, Elizad tidak kisah sebenarnya kalau tidak ada anak.

Mulut tu cabul. Hahaha... Namun, lama-kelamaan perasaan teringin itu muncul dan semakin membuak-buak.

Tambahan pula, selalu ditanya orang tentag bila, bila dan bila? Lebih meruntun hati lagi, apabila melihat pasangan selebriti lain yang baru kahwin pun sudah punya anak sendiri.

Seronok pula tengok dan hati ini teringin sekali melihat wajah anak daripada gen kita sendiri.








View this post on Instagram









A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on




Bagaimana penerimaan suami apabila Elizad memberitahu yang Elizad hanya punya satu ovari?

Elizad terangkan semuanya sebelum kami berkahwin dan alhamdulillah suami tidak kisah. Lagi pula, dia sendiri sudah punya dua anak sebelum ini.

Jadi, dia okey sahaja kalau ditakdirkan kami berdua tidak dikurniakan anak. Tapi, kita ni kan perempuan.

Ganas macam mana pun tetaplah teringin untuk melahirkan anak sendiri. Dapat satu pun jadilah. Lepas itu, nak jadi apa kepada diri Elizad pun tak apa lah. Huhu...

Bagaimana sokongan suami dengan usaha rawatan kesuburan Elizad?

Suami menyokong penuh!

Apa pesanan Elizad buat wanita di luar sana?

Tolonglah perihatin dengan kesihatan dalaman kita terutamanya wanita yang rasa diri sihat kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam sistem tubuh kita sebenarnya.

Untuk yang menunggu zuriat seperti Elizad jangan berhenti usaha.

Pegi lekas merujuk kepada doktor. Jangan khuatir soal bayaran kerana kita punya banyak jenis pusat rawatan mengikut bajet sendiri.

Elizad berjanji kalaulah Elizad dikurniakan zuriat nanti, Elizad mahu menjadi sumber inspirasi kepada wanita di luar sana untuk Elizad kongsi perjalanan ini. Doakan saya...








View this post on Instagram









A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on