,
Highlights

Empat Tanda MISKIN JIWA – Tak Boleh Tengok Orang Lebih, Sukar Terima Nasihat, Hadap Pujian dan Tak Pernah Cukup...

Afiza Kamarulzaman
16/09/2020
14:16 MYT
Apakah 4 Tanda Seseorang Itu Miskin Jiwa?
Tak boleh tengok orang lebih daripadanya
  • Walaupun dia punya semuanya tetapi dia masih tidak boleh melihat ada orang yang lebih daripadanya. Apa yang orang lain ada, dia mesti ada. Malah, dia mahu lebih hebat lagi. Jika tidak, hidupnya tidak keruan dan sentiasa berasa jaki.
Sukar untuk terima nasihat orang lain
  • Orang sebegini sentiasa berasakan yang dia saja betul dan lebih baik daripada orang lain kerana itu dia tidak boleh kalau ada orang mahu menasihatinya walaupun pada perkara yang baik.
Hadap pujian dan kata-kata sanjungan menjadi makanannya
  • Lagi dipuji, lagi tinggi dirasakan. Siapa puji dialah kawan, siapa mengkritik dialah musuh! Orang sebegini sentiasa mahu dilihat hebat dalam kalangan orang sekeliling. Selagi apa yang dibuat tidak mendapat pujian, selagi hatinya tak tenang.
Tak pernah cukup dengan apa yangt dimiliki
  • Dalam erti kata mudah, tamak. Walau begitu banyak nikmat dan rezeki sudah dimiliki, namun hatinya masih belum puas. Nafsunya sentiasa mahu lagi dan lagi. Bagaikan orangn yang sentiasa kehausan walau sudah bergelen-gelen air diminum.
Kredit Foto: Google
10 Cara Bagaimana Mengkayakan Jiwa?
  • Jaga solat dan banyakkan solat sunat seperti solat taubat
  • Banyakkan sedekah
  • Selalulah berdamping dengan orang-orang miskin atau yang kurang daripada kita
  • Sentiasa muhasabah dan terima kekurangan diri
  • Selalu eratkan silaturahim
  • Jadilah seorang yang pemaaf dan mudah meminta maaf
  • Amalkan duduk bersendirian sekali-sekala sambil berzikir dan bertafakur
  • Latih minda untuk sentiasa bersangka baik
  • Elakkan permusuhan atau pertengkaran
  • Sentiasa ingat mati, mati dan mati
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Highlights

Jangan Suka PADANKAN MUKA Orang, Nasib Kita Belum Tahu Kerana Hidup Ini Umpama Roda.

gempak
05/10/2020
13:57 MYT
Ada orang suka melihat orang yang dia tidak suka ditimpa musibah. Ada orang akan berhujah pelbagai teori kenapa si polan diuji begitu. Tidak zalimkah kita mentertawakan bencana orang? Dan, apabila kena pada batang hidung kita, bagaimana?
BorakSeeni