Kecantikan

Empat Warna GINCU Yang Selalu Dioles Lambang Personaliti Diri – Merah, Jingga, Pink dan Nude. SIAPA KAMU?

gempak
Afiza Kamarulzaman
17/08/2021
14:26 MYT
Sponsor Banner
Empat Warna GINCU Yang Selalu Dioles Lambang Personaliti Diri – Merah, Jingga, Pink dan Nude. SIAPA KAMU?
Ia bukan pengukur tepat tetapi secara kebetulan warna dapat merangsang ‘mood’ dan karekter seseorang apabila mengenakannya. Ada orang suka bertukar-tukar warna gincunya, ada juga yang setia pada yang satu.
Hanya ada satu warna gincunya dari zaman remaja hinggalah sudah beranak-pinak. Bagaimanapun, setiap wanita pasti ada satu gincu yang menjadi kegemarannya. Ia dipakai dan dibawa di dalam tas sepanjang masa. Jom kenali mereka menerusi warna gincu kesukaan.
Merah
Merah itu sendiri melambangkan keberanian, perhatian, kekuasaan dan dominan. Kebanyakan mereka yang sukakan warna merah ini orangnya tidak hanya berani tetapi juga setia. Walaupun dia tidak suka dikongkong, namun jauh di sudut hatinya suka kalau dirinya diberi perhatian dan dimanjai. Cara untuk menundukkan orang seperti ini adalah dengan berbuat kebaikan kepadanya. Jangan dikhianati, habis kamu!
Jingga
Mereka yang suka mengoles gincu rona jingga biasanya seorang yang periang, berkedudukan tinggi, lantang dan bertanggungjawab. Ia mungkin terlihat agak sukar didekati tapi hakikatnya mudah mendapat kawan, walaupun kesetian orang terhadapnya mungkin diragui. Individu ini walaupun nampak ceria hakikatnya suka memendam perasaan. Dia tidak suka orang melihatnya lemah dan bersimpati atas kelemahan yang dimiliki.
Pink
Si merah jambu! Seperti warnanya yang lembut dan sedap dipandang, mereka yang menggemari warna ini dilihat agak pasif tetapi kuat bekerja. Mereka menyimpan begitu banyak impian dan angan-angan walau ada kala sukar untuk fokus kemahuan yang utama. Orangnya romantik, puitis dan bijak menyusun kata. Orangnya sangat disenangi sesiapa sahaja kerana memiliki kemurahan hati.
Nude
Warna-warna natural seperti coklat, gangsa, pucat, tanah biasanya menjadi kesukaan mereka yang sifatnya juga ‘sederhana’. Mereka mungkin dinilai agak membosankan. Hakikatnya, kalau sudah kenal rapat, mereka boleh menjadi individu yang sangat menarik dan beridentiti tersendiri. Agak mudah terikut-ikut dengan trend tetapi jarang berbuat kesilapan kerana begitu teliti dalam hidupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024