TEKA-TEKI filem yang bakal mengungguli anugerah perfileman tertinggi Malaysia akhirnya terjawab. Filem kritikan rakyat, ‘One Two Jaga’ diangkat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

‘One Two Jaga’ turut menyapu bersih lima lagi anugerah lain, sekali gus memuktamadkan kemenangan selesa dengan menumpaskan empat filem hebat iaitu 'Dukun', 'Paskal The Movie', 'Guang' dan 'Vedigundu Passange'.

Filem arahan sutradara Namron yang membentangkan naratif hari ini — tentang isu jenayah, ketirisan wang dan kebejatan rasuah yang dilakukan oleh anggota polis yang tidak jujur ini telah berjaya menumpaskan filem-filem lain apabila teraju utamanya, Rosdeen Suboh, dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Lebih signifikan kemenangan ini kerana Namron sendiri mengukir kejayaan manis apabila trofi Pengarah Terbaik menjadi miliknya.


Sumber foto: Instagram @officialffm30

Filem ‘One Two Jaga’ turut menjuarai kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik. Anugerah kemenangan telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Samsuni Mohd Nor serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Puan Sri @tiarajacquelina juga tidak kalah gaya ketika melangkah karpet merah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30. Dress merah rekaan @zangtoi dipandankan sama jaket @alexandermcqueen juga tas tangan @louboutinworld serta dandanan @davidshaw199 melengkapi penampilannya. #InTrendMalaysia #FFM30 #InspirasiSinemaku

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Sut hasilan @meg_kl menjadi pilihan teraju utama filem #PolisEvo @zizanrazak869 kala menghadiri acara karpet merah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30. #InTrendMalaysia #FFM30 #InspirasiSinemaku

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Siapa Lagi Pemenang Festival Filem Malaysia ke-30?

Semenjak filem ‘Dukun’ berjaya lolos menemui para pemanas kerusi sinema, ramai meramalkan teraju utamanya, Datin Seri Umie Aida berpotensi besar untuk menggondol anugerah perfileman. Ternyata telahan pemerhati industri tidak kesasar kerana Datin Seri Umie Aida akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.


Sumber foto: Instagram @officialffm30

Aktres berkarakter filem ‘Makrifat Cinta’ pula, Nabila Huda, berjaya menambat hati para juri lantas meraih kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan manakala Hasnul Rahmat dengan lakonan mantap dalam ‘Polis Evo 2’ pula diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dari jauh mummy @kupu_kupu siapkan semua untuk Keisha tau! Comel aje @lilkupukupu mengenakan kebaya rekaan @mode.miroljonit juga solekan @arishadhz84 sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30. Dan semua look ini mendapat sentuhan penata gaya @tymfatimah #InTrendMalaysia #FFM30 #InspirasiSinemaku

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Anugerah Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Kyo Chen hasil persembahannya menerusi ‘Guang’, manakala trofi kategori Pelakon Wanita Harapan berjaya dibawa pulang oleh Jaya Ganason menerusi ‘The Farm En Veettu Thottathil’. Si cilik Eng Wei Jie pula dipilih sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik menerusi ‘Rise Of The Legend: Lee Chong Wei’.

Seri ibu mengandung! We’re so in love dengan penampilan Che Puan @julianaevans yang membuat kemunculan eksklusif di karpet merah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30. #InTrendMalaysia #FFM30 #InspirasiSinemaku

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Hitam rona paling selamat dan mudah digayakan, lebih-lebih bagi lelaki. Lihat saja penampilan @fattahaminz dalam sut ilham @rizmanruzaini ini, berapa bintang kalian mahu beri? #InTrendMalaysia #FFM30 #InspirasiSinemaku

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Apakah Filem Kesukaan Ramai, 'Paskal The Movie' Menang Sebarang Anugerah?

Ya, selain daripada ‘Vedigundu Pasangge’ dan ‘Busker’, Paskal The Movie turut membawa pulang Anugerah Khas Juri. Dan seperti kelazimannya, anugerah karyawan perfileman ini pasti akan mentakzimkan satu individu penting untuk diraikan sebagai tokoh istimewa. Tahun ini menyaksikan sutradara senior aka pelakon komedi, AR Badul, diraikan sebagai penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Dan Inilah Bintang-bintang Karpet Merah FFM30...

DATIN DIANA DANIELLE DAN DATO' FARID KAMIL

FATTAH AMIN & NUR FAZURA


CIK PUAN JULIANA EVANS


MAYA KARIN



PUAN SERI TIARA JACQUELINA

ASHRAF MUSLIM


HAFIZUL KAMAL DAN HAIRUL AZREEN


PUTERI AISHAH


ZIZAN RAZAK


NUR SAJAT

NINA HARIZAL


MIRA FILZAH


AZREIL ISMAIL


LARISSA PING (MISS UNIVERSE 2018)


MOHD IZWAN JOHAR DAN KEISHA


KEISHA (ANAKANDA NABILA HUDA)


SUHAILA SULAIMAN DAN FAIZAL HUSSEIN


FAUZIAH DATO' AHMAD DAUD


JASMINE SURAYA CHIN


EZZATY ABDULLAH


ALYA IMAN AZMIL MUSTAPHA


BILLY ZULKARNAIN


NORMAH DAMANHURI DAN LIANA ROSLI


FURYNA AZMEER

AZIZAH MAHZAN


HASNOL RAHMAT

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang telah dipertandingkan. Syabas buat semua!

Filem Terbaik

'One Two Jaga' (Pixel Play Entertainment)

Pengarah Terbaik

Namron ('One Two Jaga')

Pelakon Lelaki Terbaik

Rosdeen Suboh ('One Two Jaga')

Pelakon Wanita Terbaik

Datin Seri Umie Aida ('Dukun')

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Hasnul Rahmat ('Polis Evo 2')

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Nabila Huda ('Makrifat Cinta')

Pengarah Harapan

Quek Shio Chuan ('Guang')

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Eng Wei Jie ('Rise Of The Legend: Lee Chong Wei')

Pelakon Wanita Harapan

Jaya Ganason ('The Farm En Veettu Thottathil')

Pelakon Lelaki Harapan

Kyo Chen ('Guang')

Anugerah Khas Juri 1

'Paskal The Movie' (Asia Tropical Films Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 2

'Vedigundu Pasangge' (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3

'Busker' (Astro Shaw Sdn Bhd)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman

Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir

Habsah Hassan

Filem Box Office

'Munafik 2' (Skop Productions Sdn Bhd)

Lakon Layar Terbaik

Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron ('One Two Jaga')

Sinematografi Terbaik

Yeong Tuck Wei ('Guang')

Cerita Asal Terbaik

Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron ('One Two Jaga')

Kostum & Busana Terbaik

Andy Sulaiman ('Dukun')

Penataan Bunyi Terbaik

Imaginex Studio Sdn Bhd ('Pulang')

Penataan Seni Terbaik

Chan Hsien Yu ('Guang')

Kesan Khas Terbaik

Pixelpost ('Dukun')

Penyunting Terbaik

Raja Affandi Raja Jamaludin ('Dukun')

Skor Muzik Asal Terbaik :

Nick Davis ('Two Sisters')

Poster Terbaik

Jazzy Pictures ('One Two Jaga')

Lagu Tema Terbaik

Atma Jiwa, Monoloque ('Busker')