Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: Guardian Malaysia

Buat julung kalinya, Guardian Malaysia membawakan media dan bloggers keluar dari Lembah Klang untuk sebuah acara istimewa, di samping meraikan ulang tahun ke 51 Guardian.

Kami dijemput ke Philea Resort and Spa Melaka sebagai tanda penghargaan buat pengamal media yang banyak menyokong perkembangan perniagaan Guardian selama ini.

Kredit foto: Guardian Malaysia

Kredit foto: Guardian Malaysia

Dalam acara sehari semalam itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti ice breaker oleh Bio-essence dan Pantene. Selepas makan tengah hari slot diambil oleh Oil Garden, jenama penjagaan kulit organik dari Australia yang kini boleh didapati di Guardian Malaysia mulai Oktober.

Malam itu juga, kami ‘dibelanja’ pihak Guardian untuk menonton Encore Melaka Theatre Show yang membawa kami meninjau kembali sejarah kegemilangan negeri Melaka.

Kredit foto: Guardian Malaysia

Esoknya, selepas sesi workout dan sesi bual bicara tentang diet sihat bersama Joanna Soh, kami diperkenalkan pula jenama penjagan kulit dari Korea yang juga baru menjengah Gedung Guardian iaitu April Skin.

Seterusnya, kami dikejutkan dengan kehadiran selebriti Ainul Aishah dan Daler Yusuf yang berkongsi pengalaman sebagai pengguna deodorant Nivea.

Kredit foto: Guardian Malaysia

Sebelum usai majlis, Guardian meraikan para media dan blogger dengan Anniversary Beauty Bash bersama Hada Labo, Dove, SilkyGirl dan Guardian sendiri dengan pelbagai games dan pemberian hadiah menarik.

Masing-masing begitu sporting dan berasa terharu dengan segala persiapan yang diungguli Guardian itu. Terima kasih kerana menjemput InTrend, semoga terus sukses!

Kredit foto: Guardian Malaysia

Kredit foto: Guardian Malaysia

Kredit foto: Guardian Malaysia