,
gaya hidup

Huh… Panasnya. “Alhamdulillah. Boleh Kami Niaga Macam Biasa Hari Ni,” – Terkedu Dengar Ayat Penjual Ini.

Huda Hussain
27/07/2021
08:08 MYT
Lihat disekeliling kita. Buka mata seluasnya. Terlalu banyak sebab mengapa saat kita celik mata di pagi hari wajib menitipkan syukur. Syukur kerana Dia masih pinjamkan masa untuk kita hidup sehari lagi di atas muka bumi ini, syukur kerana boleh bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah dan tidak ke pejabat seperti kelazimannya. Syukur kerana masih mampu membeli itu dan ini, kenyangkan anak dan isteri. Sedangkan di luar sana ramai yang terpaksa kibarkan bendera putih demi meneruskan kelangsungan hidup.
Kredit Foto: Google
Maka yang betulnya tiada ruang dan masa untuk kita mengeluh. Merungut itu tak cukup, ini tiada, yang itu tak sama dan macam-macam perkara lagi. Benar, lumrah sifat manusia yang takkan pernah puas dan berasa cukup dengan apa yang ada. Ya, bukan semua seperti apa yang penulis gambarkan. Tetapi hakikatnya itulah dia.
Lebih-lebih lagi dengan keadaan yang cukup sukar ketika ini. Setiap daripada kita Dia kirimkan ujian. Waima besar atau kecil, sihat atau sakit; banyak atau sedikit pasti semuanya ‘merasa’. Dan tahukah, saat kita mengeluh asbab cuaca misalnya ramai yang menadah tangan syukur dan gembira?
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Seperti apa yang dikongsikan pengguna twitter ini. Soal yang kecil dan remeh ini sahaja sudah cukup untuk mengajar kita tentang banyak perkara. Betapa perlunya kita bersyukur dan jangan sesekali mengeluh. Setiap ciptaan dan aturan-Nya itu ada sebabnya. Kalaupun kita sendiri tak mampu menaakul, pasti akan hadir seseorang untuk membantu menyedarkan kita. Mengajar kita, menegur, memberitahu dan mengingatkan bahawasanya walau sekecil mana sekalipun, jangan biasakan mulut ini untuk menidakkan, ‘complain’ itu dan ini.
Dan seseorang itu tak semestinya alim ulama, golongan bijak pandai atau cendekiawan. Boleh jadi sesiapapun dia. Suami atau isteri, emak ayah, adik-beradik, anak-anak bahkan sesiapa sahaja yang mungkin kita terserempak di luar sana. Pendek kata, tak perlulah terlalu memilih hingga lupa untuk menerapkan rasa syukur dan berterima kasih atas setiap nikmat yang dipinjamkan-Nya untuk kita.
Kredit Foto: Google
Dan rasa syukur itu perlu seiring dengan keinsafan, mengajar agar lebih merendah diri dan bantu membantu sesama kita. Sama ada banyak atau sedikit, bantulah semampunya, seadanya. Sedikit sama dirasa, moga keberkatan dan pahala juga diraih daripada-Nya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"

gempak
10/10/2024
11:55 MYT
Kebanyakan pasangan yang bercerai, lazimnya pihak lelaki lebih memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.
Gaya Hidup

Jangka Hayat Bayi Lahir Pada 2024 Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

gempak
30/09/2024
16:21 MYT
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Hiburan

"Walau Sekuat Mana Kehidupan Saya Diuji, Saya Akan Sentiasa Bangkit" - Cliff Umar

gempak
30/09/2024
01:57 MYT
Penyanyi Cliff Umar meluahkan rasa syukur dengan ujian kehidupan yang dihadapi.
Hiburan

Bawa Topik Lebih Serius Dalam Podcast Ruang Terbuka, Adriana Adnan Tertarik Kupas Isu ‘Songsang’ - “Saya Tak Pernah Menilai, Anggap Itu Ujian Mereka”

gempak
28/09/2024
12:55 MYT
Pengacara dan pelakon, Adriana Adnan memaklumkan bakal memberi kelainan dalam saluran podcast ‘Ruang Terbuka’ yang dikendalikan olehnya pada musim akan datang.
Hiburan

"Tiada Ada Apa-Apa, Saya Hanya Diuji" - Mahalini Tak Marah, Bukan Pertama Kali Dituduh Curang

gempak
21/09/2024
10:25 MYT
Tidak melatah dengan situasi berkenaan, penyanyi berusia 24 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi satu sesi siaran langsung di media sosialnya.
BorakSeeni