,
Highlights

Ibu Bapa – Sukar Nak Pisahkan Anak Daripada Tidur Dengan Anda? Boleh Cuba Tips Ini.

Huda Hussain
03/09/2020
06:14 MYT
Menjadi salah satu ajaran dalam agama kita untuk memisahkan anak-anak daripada tidur bersama dengan ibu bapa apabila sesuai dengan usia anak. Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah anak-anak semakin membesar.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Berdasarkan perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk cuba menangani masalah ini.
"Sangat berkesan. Teruja saya dan suami. Ambil masa dua hari saja. Anak-anak saya dah pandai tidur di bilik mereka.Kualiti tidur kami lebih baik dan katil kami tidak lagi sesak dan sempit. Terima kasih sangat." "Sebelum ini, agak sukar untuk mereka tidur sendiri. Tunggu mereka lelap, barulah kami alihkan. Kadang-kadang kami sudah tertidur. Jadi agak leceh untuk pindahkan." Ujar follower PHM. Begitulah.
Anda mengalami masalah yang sama? Amalkan teknik ini.
  1. Bincang
Jangan paksa. Berunding dengan anak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.
Kredit Foto: Google
  1. Bilik Mereka, Tanggungjawab Mereka
Berikan mereka sebahagian tanggungjawab untuk merancang dan penyediaan bilik tidur mereka. Ini akan mendidik anak untuk merasakan bilik mereka adalah milik mereka.
  1. Eksperimen Suasana
Tiada satu keadaan bilik yang sesuai untuk semua anak-anak. Cuba eksperimen dengan keadaan-keadaan tertentu selepas berbincang dengan anak.
Kredit Foto: Google
  1. Berikan Mereka Privasi
Ketuk pintu dan minta izin setiap kali ingin masuk ke bilik mereka. Hormati privasi mereka. Mereka akan hormati privasi kita.
  1. Ganjaran Dan Pujian
Ini akan memberikan mereka motivasi dan semangat untuk terus tidur di bilik mereka. Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ruang dan kapasiti di dalam rumah yang terhad. Tetapi boleh usahakan untuk biarkan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tidur di bilik masing-masing. Kerana secara tidak langsung, ia dapat melatih mereka supaya lebih berdikari dalam menjaga kebersihan dan juga menjadi anak yang lebih berani. Bolehlah cuba malam ini. Semoga berjaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gaya hidup

Memang Anak Itu REZEKI. Tapi ‘Family Planning’ Penting Juga. Itu Pun Dikira Usaha Kita Sebagai Ibu Bapa.

gempak
15/12/2021
09:25 MYT
Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini. Kalau mampu serba-serbi, silakan. Tetapi kalau makan minum pun bercatu, nak bayar itu ini pun sangkut, macam mana?
gaya hidup

Jangan Tegur, Komen & MARAH Isteri Depan Anak-Anak. Besar Impaknya, Hilang ‘Bisa’ Si Ibu.

gempak
04/12/2021
15:28 MYT
Ada cara nak tegur kesalahan isteri. Bukan dengan merendah-rendahkan, ‘membuka’ kelemahan isteri dihadapan anak-anak.
gaya hidup

Kalau Ayah Tak Ambil Berat, Selalu Beri Alasan Tak Sempat; Takut Lelaki Lain Yang Akan ‘Tolong’ Buat.

gempak
02/12/2021
02:00 MYT
Ada sebab kenapa ayah perlu beri perhatian pada anak perempuan dan cipta ‘bonding’ sejak kecil lagi. Impaknya sampai anak dah berumahtangga, beranak pinak pun
gaya hidup

Nak Ada Dalam Memori Anak Pada Masa Depan? Kita Perlu Berada Dalam Hidup Anak Pada Masa Sekarang.

gempak
16/11/2021
07:33 MYT
Ciptalah kenangan yang akan menjadi ingatan dan memori apabila anak-anak apabila dewasa kelak. Kerana masa yang ada entahkan berpihak kepada kita atau tidak.
gaya hidup

Rimas Anak Kerap Bertanya, Susah Nak Takut? Sabar, Itu Tandanya Dia Tunjukkan ‘Growth Mindset’.

gempak
13/11/2021
03:05 MYT
Lebih-lebih lagi anak yang berusia dua tahun ke atas, memang tak henti bertanya itu ini. Jadi ibu bapa perlu main peranan.
BorakSeeni