Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ibu dan Lapan ANAK Maut Kemalangan Dengan Treler. “Lembik Lutut Dengar Bapa Rayu Selamatkan Anak Isteri” – Saksi

Afiza Kamarulzaman
18/12/2021 11:39 MYT
Semalam, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam sekitar jam 11 malam.


Dipetik daripada laporan Awani, sepuluh individu maut dalam kemalangan tersebut. Mangsa yang meninggal dunia ialah lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan serta seorang lelaki dan seorang wanita.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.


Beliau berkata sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.42 malam tadi untuk operasi menyelamat.


"Nahas berkenaan melibatkan 17 mangsa yang 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya.


Norazam berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya iaitu bayi lelaki berusia 10 bulan, Muhammad Raid Fathi Abd Razak, Puteri Nur Ain Syalwana Abd Razak, 3; Muhammad Hidayat Hakimie Abd Razak, 7; Muhamad Rolkaizat Rezky Abd Razak, 9; Muhamad Aizat Syazwan Abd Razak, 10; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Razatul Aliah Abd Razak, 16; Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17.


Seorang lagi yang maut ialah mekanik Mohamad Rahimibin Rolex berusia 27 tahun.
“Mangsa yang cedera suami kepada Norul Naziah dikenali sebagai Abd Razak Majit, 50; dan sepupu mereka Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun,” katanya.


Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Beliau berkata individu yang menaiki treler tidak mengalami sebarang kecederaan dikenali sebagai Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.




Kredit Foto: Google



Berikut perkongsian saksi kejadian, Syed Mohamad Al Shahab di Facebooknya:


“Kebetulan abang lalu kawasan ni, accident baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi, kereta tiga biji dirempuh lori pasir di laluan kecemasan. Abang pun berhenti turun nak bantu. Nampak seorang dah meninggal di bahu jalan, lepas tu ada perempuan atas jalan cedera ringan.”


“Abang pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia,abg tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang satu abang ni menangis, “bang, tolong bang. Anak dan isteri saya tujuh orang bawah ni, dalam kereta ni, bang.”


“Langsung lembik lutut abang dengar. Abang peluk abang tu. Abngg cakap sabar bang...sabar bang...sedih sangat-sangat. Abang pujuk pelan-pelan, ajak dia duduk tepi bertenang selawat... dia sedih ulang-ulang, anak isteri saya bang... anak isteri saya...terus abang tak kuat.. abang tanya budak-budak lain cakap ambulans, polis dengan bomba dah panggil dah.”


“Lepas abangg tutup mayat tepi divider tu, abang start kereta abangg jalan. Sedih bercampur marah...bercampur baur perasaan abang. Semoga Allah berikan kekuatan buat abang ni, sungguh berat ujian...”


Driver lori ni, bawak anak dua orang dan isteri, dia takut dah. Abangg cakap ambil anak-anak duduk tepi dulu bang...geram sangat-sangat. Ada dua pomen, satu meninggal, satu pergelangan kaki pecah, meninggal tengah buat kebajikan.. Insya Allah, husnul khotimah. Semoga Allah tempatkan roh mereka dalam kalangan orang beriman.”


“Kali ni, abang lemah tengok accident, sebab satu keluarga meninggal dengan anak-anak kecil dalam satu kejadian. Gambar kepala lori tu bawah tu ada wira dah penyek, dalam wira ada tujuh beranak.”


“Jangan lupakan doa berangkat... mudah-mudahan Allah lindung kita semua. Amin allah humma amin...”




Kredit Foto: Google

#Treler #Kemalangan jalan raya #ibu anak maut