Lauk-pauk kampung kalau dihidangkan dengan nasi panas, memang tak nampak Mak Mentua lalu di belakang. Dimakan sambil bersila dengan sanak-saudara, aduhai sungguh indahnya menggamit memori lama.


Walaupun berada dalam suasana pandemik dengan keterbatasan pulang ke kampung halaman menemui ayah bonda, janganlah dibiar saja rasa kempunan itu. Apa kata cuba masa sendiri dengan resepi yang disediakan menerusi rancangan memasak baru Astro Naura ini.


Kampung Pom Pom Letops adalah rancangan yang dihoskan oleh Elly Mazlein juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom. Setiap episod, beliau akan menjemput tetamu jemputan yang terdiri daripada duda dan jejaka idaman Malaya. Rancangan ini memberi fokus kepada penyediaan dan cerita lauk-lauk kampung/tradisional Melayu.







Sinopsis Setiap Episod:


Episod 1
Tetamu: Fizo Omar

Pada episod pertama, Kak Lina memperkenalkan kepada penonton bahawa program Kampung POMPOM LETOPSS adalah program memasak Kak Lina dan akan memasak menu kampung-kampung yang rare. Juga, Kak Lina akan digandingkan bersama artis jemputan lelaki untuk setiap episod dan pada episod pembukaan ini, Kak Lina dan Fizo Omar akan memasak menu kampung iaitu Gulai Daging Batang Pisang .Sambil memasak, Kak Lina juga ada memberikan beberapa tips buat para penonton yang ingin mencuba di rumah, dan memberitahu kepada penonton cara pembelian batang pisang tersebut. Kak Lina dan Fizo Omar akan memasak menu kampung iaitu Gulai Daging Batang Pisang. Sambil memasak, Kak Lina juga ada memberitahu kepada penonton cara pembelian batang pisang tersebut.

Menu: Gulai Daging Batang Pisang + Peria Katak dan Kacang Botor + Sambal Belacan



Episod 2
Tetamu: Hazama

Untuk episod kedua, Hazama merupakan tetamu undangan Kak Lina dan menu masakan kampung yang akan mereka masak adalah Ikan Keli Masak Lemak Cekur. Menu ini asal dari Jawa dan orang-orang kampung sangat menggemari masakan ini. Kak Lina dah Hazama menyediakan masakan kampung iaitu Ikan Keli Masak Lemak Cekur. Menu ini berasal dari Jawa dan orang-orang kampung sangat menggemari masakan ini.

Menu: Ikan Keli Masak Lemak Cekur + Ulam Raja dan Rebung Rebus + Sambal Belacan



Episod 3
Tetamu: Norman Hakim

Pada episod kali ini, Kak Lina dan Norman Hakim akan memasak masakan tradisi dari Pahang, iaitu Tempoyak Patin. Sambil-sambl memasak, Kak Lina juga memberi sedikit maklumat tentang menu ini kerana ia mempunyai campuran dengan isi buah durian. Kak Lina dan Norman Hakim akan memasak masakan tradisi dari Pahang, iaitu Tempoyak Patin. Kak Lina juga memberi sedikit maklumat tentang menu ini kerana ia mempunyai campuran dengan isi buah durian.

Menu: Tempoyak Patin + Ulam Keladan + Budu / Sambal Belacan



Episod 4
Tetamu: Zarul

Zarul adalah tetamu undangan Kak Lina pada episod keempat ini, dan menu kampung yang akan mereka masak adalah Pajeri Kedondong dan Terung. Ia merupakan masakan tradisional melayu dan nusantara. Sambil memasak dan berborak, Kak Lina dan Zarul juga berkongsi beberapa tips yang berguna buat para penonton di rumah. Zarul adalah tetamu undangan Kak Lina pada episod keempat ini, dan menu kampung yang akan mereka masak adalah Pajeri Kedondong dan Terung. Ia merupakan masakan tradisional melayu dan nusantara.

Menu: Pajeri Kedondong dan Terung + Ikan Cencaru Sumbat + Pucuk Kedondong + Sambal Belacan



Episod 5
Tetamu: Rashidi Ishak

Bagi episod kelima, Kak Lina akan memasak menu Masak Lemak Telur Itik bersama Rashidi Ishak. Di samping mereka memasak, Kak Lina juga berkongsikan tips dan menunjukkan cara yang termudah bagi memasak hidangan ini kepada penonton untuk dimasak buat keluarga tercinta. Kak Lina akan memasak menu Masak Lemak Telur Itik bersama Rashidi Ishak. Kak Lina juga berkongsikan tips dan menunjukkan cara yang termudah bagi memasak hidangan ini kepada penonton.

Menu: Masak Lemak Telur Itik + Ulam Pegaga + Sambal Hitam



Episod 6
Tetamu: Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin adalah tetamu undangan Kak Lina bagi episod ini dan mereka akan memasak menu Bojah Ayam bersama-sama. Untuk pengetahuan, menu ini adalah menu untuk orang tengah berpantang dan ia bagus untuk kesihatan. Sambil berborak, Kak Lina berkongsi tips cara yang mudah untuk membuat resepi ini. Yusuf Bahrin adalah tetamu undangan Kak Lina bagi episod ini dan mereka akan memasak menu Bojah Ayam bersama-sama. Menu ini juga adalah menu untuk orang dalam berpantang dan bagus untuk kesihatan.

Menu: Bojah Ayam + Ulam Pegaga + Jeruk Petai / Sambal Petai



Episod 7
Tetamu: Fahrin Ahmad

Untuk episod ke tujuh, Kak Lina akan digandingkan dengan Fahrin Ahmad untuk memasak menu Botok-botok Ikan Tenggiri. Menu ini juga aslinya dari Johor dan merupakan tempat kelahiran Fahrin. Sambil berborak, Kak Lina dan Fahrin Ahmad mengajar satu per satu cara untuk menyusun ulam-ulaman yang ada dan bagaimana untuk membungkus ikan tenggiri dalam daun pisang dengan kemas. Kak Lina dan Fahrin Ahmad untuk memasak menu Botok-botok Ikan Tenggiri. Kak Lina akan mengajar cara untuk menyusun ulam-ulaman dan untuk membungkus ikan tenggiri dalam daun pisang dengan kemas.

Menu: Botok-botok Daging dan Ikan Tenggiri + Petai dan Timun + Sambal Limau Nipis



Episod 8
Tetamu: Sabhi Sadhi

Sabhi Sadhi merupakan tetamu undangan Kak Lina untuk episod kelapan. Menu masakan kampung yang akan mereka masak untuk episod ini adalah Ikan Tamban Goreng Cili Api dan Belimbing Buluh. Sambil memasak, Sabhi Sadhi menceritakan tentang peribadi kehidupannya sepanjang bergelar artis Malaysia. Sabhi Sadhi dan Kak Lina akan menyediakan hidangan Ikan Tamban Goreng Cili Api dan Belimbing Buluh. Sambil memasak, Sabhi Sadhi menceritakan tentang kehidupannya sepanjang bergelar artis Malaysia.

Menu: Ikan Tamban Goreng Cili Api dan Belimbing Buluh + Telur Mata Cili Kicap dan Bendi Rebus + Sambal kicap



Episod 9
Tetamu: Edika Yusuf

Bagi episod kesembilan pula, Kak Lina dan Edika Yusuf akan memasak masakan Kari Ayam Kampung dan Betik Muda. Sambil memasak dan berborak bersama, Edika Yusuf juga ada memberi beberapa maklumat yang berguna tentang kebaikan betik muda dalam kehidupan kita yang kita tidak tahu, dan tips dalam penjagaan hal rumah tangga. Kak Lina dan Edika Yusuf akan memasak masakan Kari Ayam Kampung dan Betik Muda. Edika Yusuf juga akan memberi beberapa maklumat tentang kebaikan betik muda dalam kehidupan kita.

Menu: Kari Ayam Kampung dan Betik Muda + Jering + Sambal Goreng



Episod 10
Tetamu: Zain Ruffedge

Untuk episod terakhir Kampung POMPOM LETOPS iaitu episod kesepuluh, Zain Ruffedge akan menemani Kak Lina memasak menu yang berasal dari Johor-Melaka ini, iaitu Asam Pedas Tetel. Untuk pengetahuan, asam pedas tetel juga disebut sebagai gerang asam. Kak Lina menunjukkan cara memasak dan melembutkan daging dengan betul untuk mendapatkan tekstur yang baik. Zain Ruffedge dan Kak Lina memasak menu yang berasal dari Johor-Melaka ini iaitu Asam Pedas Tetel. Kak Lina menunjukkan cara memasak dan melembutkan daging dengan betul untuk mendapatkan tekstur yang baik.

Menu: Asam Pedas Tetel + Daun Selom dan Telur + Sambal Belacan