Read

Intan Akui KEWANGAN Adalah Cabaran Besar Selepas Diceraikan — Namun Tuhan Itu Adil, Rezeki Anak Pasti Ada

Huda Hussain
24/12/2019
07:00 MYT
Episod ketiga rancangan bual bicara Currhat dengan topik Tabah Hadapi Perceraian yang bersiaran di saluran Astro Prima dan Prima HD semalam nyata menjentik emosi penonton.
Bagaikan dekat dihati, Fizo Omar dan Intan Liana Saleh yang diundang bersama Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali; turut berkongsi rasa berdasarkan pengalaman yang ditempuh sebelum ini.
Ya, kisah perceraian mereka mendapat perhatian masyarakat umum malah masih segar dalam ingatan. Apatah lagi bagi Intan Liana Saleh yang mana kisah perceraiannya dengan bekas suami dikaitkan dengan selebriti Izreen Azminda.
Hinggakan kecoh seketika apabila dikatakan bekas suami telah menduakannya lantas terus lafaz kalimat berbisa itu diluahkan jua. Umpamanya isteri sendiri dijandakan dan berkahwin dengan janda lain.
Allahu, hati wanita mana yang tidak terhiris apabila berhadapan dengan kemelut ini? Sedangkan rumahtangga mereka sebelum itu tiada menampakkan kepincangan sedikitpun.
Namun itulah dugaan yang Allah hadirkan dalam sesebuah rumahtangga. Dan bersama InTrend, Intan kongsikan curahan rahsia hatinya. Bacalah kisahnya bagaimana seorang wanita cekal ini terus bangkit dan kini tenang mengharungi ujian Allah.

Apa khabar Intan? Apa perkembangan terbaru?
Alhamdulillah sihat. Masih meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak.
Perbezaan dulu dan sekarang, daripada segi status terutamanya; apa yang paling ketara dirasai?
Dulu ada orang jaga, sekarang kita jaga diri sendiri. Pendek kata semuanya Intan perlu uruskan sendiri, perihal anak-anak hinggalah diri Intan sendiri.
Dan menyebut tentang penjagaan diri, bagaimana rasanya dulu ada dahan untuk berpaut. Tetapi sekarang tidak seperti dulu lagi. Bagaimana Intan aturkan daripada segi masa dengan anak-anak dan dalam masa sama Intan juga mencari wang untuk tampung keluarga?
Soal masa tiada masalah kerana anak-anak Intan masih belum bersekolah lagi. Dari segi kerja pula tidaklah terlalu sukar sebab Intan bekerja dari rumah. Cuma yang lebih ‘terasa’ adalah Intan ‘struggle’ untuk mencari pendapatan. Dari segi rutin uruskan anak-anak, Alhamdulillah Intan masih boleh kendalikan semuanya sebaik mungkin.
Kebanyakan ibu tunggal di luar sana mengatakan cabaran utama mereka adalah untuk mencari pendapatan selepas berpisah dengan suami. Intan sendiri bagaimana? Pernah ada rasa yang sama?
Ya, sejujurnya Intan juga merasainya dan terkesan dengan apa yang berlaku. Soal mencari duit untuk menampung keperluan keluarga itulah antara yang paling ‘struggle’. Dengan faktor sudah berumur, memang susah untuk mencari kerja terutamanya kalau kerja di pejabat.
Mungkin Intan boleh kongsikan, bagaimana susahnya nak mencari kerja tetap misalnya bekerja di pejabat. Tetapi macam mana cara Intan bekerja untuk menjana pendapatan?
Berdasarkan pengalaman Intan memang banyak lakukan produk reviu sebabnya memang Intan akui susah kalau nak bekerja waktu pejabat. Banyak perkara Intan perlu halusi. Mana lagi perlu fikir kalau bekerja siapa yang nak jaga anak-anak dan sebagainya. Jadi, apa yang Intan lakukan adalah cuba saja apa jua cara yang boleh dapatkan duit. Manfaatkan media sosial dan cara bekerja secara online sekarang. Contohnya sekarang kita ada pilihan nak cuba jadi dropship ke, jadi stokis, buat review dan lain-lain.
Bukanlah niat kami mahu membuka buku lama, tetapi masih ramai yang nak tahu bagaimana Intan bangun daripada kesedihan; berapa lama Intan ambil masa untuk menangisi dan berkata pada diri “Okey sudah cukup masanya nak bersedih, kemudian Intan bangkit”
Memandangkan Intan punya anak-anak, jadi Intan tiada pilihan lain melainkan sentiasa fikirkan masa depan mereka. Walaupun mereka masih kecil dan tak faham dengan apa yang berlaku, tetapi Intan lalui hari-hari mendatang seperti biasa.
Tapi Intan tak nafikan, ada masanya Intan juga tidak dapat menahan sengsara yang ditanggung. Waktu mandikan anal atau pakaikan baju mereka pun Intan boleh menangis. Intan berkata pada diri sendiri, “Ya Allah apalah yang nak jadi dengan aku? Kenapalah benda macam ni jadi pada aku? Hinggakan waktu anak-anak tidur pun Intan mengadu dan seolah-olah meluahkan apa yang Intan rasai kepada mereka.
Walaupun mereka tidak faham dan tak dengar tapi itu salah satu cara untuk Intan luahkan kesedihan yang tertanggung.
Tapi itu semua berlaku pada permulaan episode hitam kehidupan Intan ketika itu. Kemudian, Intan mula redha dengan apa yang sudah tertulis dalam takdir hidup Intan. Cuba fikir dengan positif dan ingatkan diri semuanya Allah sudah tulis jodoh Intan setakat itu saja.
Dan melalui fasa juga momen itu, pada Intan perlu tak kita luahkan permasalahan kita dengan sesiapa daripada terus memendam rasa?
Mulanya Intan pendamkan seorang diri tetapi selepas famili dapat tahu, Intan ceritakan serba sedikit dengan mereka. Bagi Intan, kita perlu mencari seseorang untuk meluahkan rasa hati.
Dan pengalaman Intan sendiri, carilah sesiapa yang berpengalaman dan boleh bantu kita, beri sokongan moral, sentiasa menjadi pendengar yang baik dan positif.
Pernah dikhianati atau ada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan dengan kehidupan Intan lalui kini?
Ada tapi Intan anggap itu sebagai lumrah. Ada yang cuba ambil kesempatan misalnya dalam soal bisnes yang Intan cuba lakukan. Tapi selanjutnya Intan anggap sebagai salah satu pengalaman hidup dan Intan belajar daripadanya.
Tanggapan orang mengenai status Intan kini, mugkin mahu berkongsi apa jua cerita disebaliknya?
Mula-mula bergelar janda dulu sewaktu Intan bawa anak-anak ke pusat beli-belah, ada yang memandang. Mereka toleh ke belakang dan bercakap-cakap. Mungkin kata mereka , ”Ha tulah yang blab la bla”.
Jadi Intan memang rasa malu sangat. Seolah-olah Intan fikir, “Eh dia orang cakap pasal aku ke?” Dan Intan dibelenggu dengan perasaan itu. Tetapi tak lama selepas itu, Intan fikir mungkin inilah cabaran dan ujian Allah mahu uji. Jadi tempuh saja dengan berlapang dada.
Hikmah daripada perceraian ini, apa yang Intan rasai?
Mungkin apabila sudah terjadi macam ini, barulah kita tahu kita kuat sebenarnya. Barulah kita jumpa kekuatan dalam diri sendiri yang mungkin selama ini kita sendiri tidak pernah terokai.
Kalau dulu waktu putus cinta sudah kecewa dan meratap kesedihan. Inikan pula ditinggalkan suami, pedih dan sakitnya itu Allah saja yang tahu. Tetapi sebenarnya selepas melalui ujian ini, inilah kekuatan sebenar kita.
Nak sedih berlama-lama pun tiada gunanya sementelah sudah berumur. Jadi Intan cuba bangkit daripada kesedihan lalu dan positifkan diri.
Lumrah kita sebagai wanita, walau bagaimana kuatnya kita sekalipun pasti akan sampai satu masa kita berasa penat nak uruskan semuanya. Intan pernah mengeluh atau mungkin putus asa dengan kepenatan yang dilalui sepanjang ini?
Memang penat dan Intan akui bukan mudah mahu lunaskan semua. Mana lagi mahu uruskan anak-anak, kerja-kerja rumah dan dalam masa sama Intan perlu cari duit untuk teruskan hidup. Tetapi bagi Intan, anak-anaklah yang menjadi penguat semangat sebab semua yang Intan lakukan adalah demi masa depan mereka.
Ada yang cuba mahu mengisi kekosongan Intan dan anak-anak?
Ada yang cuba nak kenal tapi Intan sendiri tidak mahu fikirkan ke arah yang lebih serius lagi.
Pernah rasa serik mahu bersuami lagi? Atau mungkin akan beri peluang lantas punya ciri-ciri lelaki idaman jika ada sesiapa yang cuba mendekati?
Tidak serik cuma Intan lebih fikirkan soal anak-anak. Intan tak memilih tapi kalau ditanya si dia mestilah seorang yang boleh menerima anak-anak terlebih dahulu. Sedap mata memandang dan boleh membimbing Intan ke jalan yang lebih baik.
Satu detik paling kriritikal yang membuatkan Intan benar-benar ‘down’?
Waktu anak sakit, ketika anak rindukan bapa mereka dan sewaktu anak bertanyakan soalan seperti kenapa tak duduk sama, kenapa duduk rumah lain – semua itu ada. Lebih-lebih lagi anak sulung yang bertanya dah tak sayang abah lagi ke dan macam-macam lagi.
Hinggakan Intan pun terfikir macam mana nak jawab. Tapi masa yang merawat kedukaan itu. Walaupun kita kuat tetapi ada ketikanya soal seperti inilah yang membuatkan Intan terasa terduduk. Hanya berserah kepada Allah sahaja.

Segalanya ?

A post shared by ? (@__iiiintan.saleh) on

Tak semua wanita kuat dan tabah seperti Intan. Mungkin Intan boleh kongsikan apa nasihat buat wanita yang senasib dengan Intan?
Kita perlu fikir positif bahawa apa yang ada dalam genggaman kita ini adalah pinjaman semata-mata. Fikirkan anak-anak dan diri kita sendiri. Kalau nak menangis di tepi katil berbulan-bulan pun, tidak ke mana.
Kita sendiri yang merasa sakitnya. Cuba bangkit dan perbaiki diri barulah kita temui kekuatan yang kita sendiri tidak tahu, itu yang Intan lakukan. Dan percayalah, semua wanita kuat. Walau apa jua yang mendatang kita tetap kuat.
Dan Intan selalu fikir kalau kita sudah rasa putus asa dan susah, sebenarnya di luar sana lebih ramai lagi wanita yang hidupnya lebih susah daripada apa yang Intan bayangkan.
Dan kalau wanita lain boleh bangkit, kita juga boleh lakukan perkara yang sama. Kuncinya adalah kita sebagai wanita kuat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101

gempak
23/07/2024
18:41 MYT
Syarikat eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster baru-baru ini mengumumkan pensijilan Halal rasmi yang diperolehi.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Viral

Pembunuh Bersiri Pikat & Hapuskan 42 Wanita Termasuk Isteri Di Tempat Buang Sampah

gempak
17/07/2024
12:00 MYT
Seorang lelaki Kenya yang disyaki sebagai pembunuh bersiri mengaku telah membunuh 42 wanita sebelum membuang potongan mayat mereka di tempat pembuangan sampah.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

gempak
15/07/2024
11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.
Viral

Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

gempak
11/07/2024
07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.