Read

#InTrendPickUp2019: 12 Momen Fesyen Paling ‘Hot’ di Media Sosial — Kemenangan Tak Menjadi, Best National Costume Carven Ong

gempak
Athirah Zulkifli
31/12/2019
04:54 MYT
Sponsor Banner
#InTrendPickUp2019: 12 Momen Fesyen Paling ‘Hot’ di Media Sosial — Kemenangan Tak Menjadi, Best National Costume Carven Ong
Industri fesyen tahun ini dilimpahi dengan momen-momen gembira dan kecewa. InTrend bawakan 10 momen 2019 dalam industri fesyen dan gaya hidup yang menjadi carian trending di media sosial sepanjang tahun itu.
1. Pemergian Pereka Fesyen, Karl Lagerfeld
Pereka fesyen dan pengarah kreatif jenama terkenal seperti Chanel, Fendi dan Karl Lagerfeld telah meninggal dunia pada 19 Febuari, beberapa hari sebelum bermulanya Minggu Fesyen Paris. Pemergiannya diratapi seluruh peminat fesyen kerana dunia kreatif dan fesyen kehilangan nama dan bakat lagenda yang cukup gah.
2. Pelancaran #duckxbarbie
Siapa yang tidak kenal empayar perniagaan jutawan cantik, Vivy Yusof yang kini dilihat semakin berkembang. Tahun ini tentu menjadi memori manis buat Vivy, apabila jenama dUCK berjaya berkolaborasi dengan jenama besar iaitu Barbie. Tahniah atas pelancaran koleksi #duckxbarbie. Kolaborasi kali ini bukan sahaja menampilkan seleksi tudung malah kosmetik juga.
3. Neelofa x Giuseppe Zanotti
Perjalanan kerjaya dan bisnes Neelofa tahun lepas sudah bagus dan tahun ini berganda nampaknya. Antara yang dikenang ialah apabila Neelofa dapat berkolaborasi dengan pereka kasut terkenal dari luar negara iaitu Giuseppe Zanotti. Koleksi kasut yang diinspirasikan daripada dua ikon fesyen ini telah dilancarkan di butik Giuseppe, Pavilion Kuala Lumpur pada akhir November lalu.
4. Jihan Muse Menang Anugerah Asia
Pelawak Jihan Muse menganggap kemenangannya di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2019 sebagai satu pencapaian terbesar dalam kariernya sepanjang bergelar anak seni. Jihan telah memenangi anugerah Persembahan Komedi Terbaik AAA 2019 menerusi telefilem Keluarga Baha Don yang disiarkan di saluran perkhidmatan penstriman Viu. Tahniah Jihan!
5. Neelofa NYFW
Kehadiran pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa ke pertunjukan fesyen di Kota New York sangat membanggakan. Bukan sekadar dijemput menghadiri pertunjukan fesyen semata, Neelofa juga difahamkan berkesempatan memenuhi jemputan makan malam bersama pereka fesyen jenama mewah antarabangsa di Kota New York yang bukan hanya satu undangan diterimanya.
6. Scha & Awal NYFW
Pasangan hangat Scha dan Awal antara selebriti yang mendapat perhatian luar, apabila mereka diterbangkan ke New York, Amerika Syarikat bagi memenuhi jemputan menghadiri Minggu Fesyen di sana. Pasangan serasi ini menjadi antara carian teratas di media sosial apabila mereka memuat naik beberapa keping foto momen menarik sepanjang menghadiri New York Fashion Week.
7. Pemergian Pereka Fesyen Emanuel Ungaro
Pereka fesyen Perancis popular Emanuel Ungaro yang terkenal dengan penggunaan warna dan corak berani dalam industri fesyen dilaporkan meninggal dunia di Paris pada usia 86 tahun. Kematian Ungaro disahkan menerusi Instagram jenamanya, @emanuelungaroparis.
8. FIZIWOO X Maleficent
Jenama fesyen tanah air FIZIWOO buat pertama kalinya berkolaborasi dengan studio filem antarabangsa Walt Disney untuk mengeluarkan busana bertemakan karakter dari filem Maleficent Mistress of Evil.
9. Joe Flizzow Bergambar dengan Anna Wintour
Penyanyi Rap dan usahawan popular, Joe Flizzow berkongsi foto bersama Ketua Pengarang majalah fesyen terkemuka, Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour. Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Foto Joe bersama Anna itu diambil ketika mereka sama-sama berada di pertunjukan fesyen Coach sempena Minggu Fesyen New York.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024