Read

#InTrendPickUp2019 : 15 Perkahwinan Paling Trending 2019 — FARAH NABILAH, NELYDIA dan DATUK SERI EIZLAN YUSOF JADI TUMPUAN

gempak
Athirah Zulkifli
31/12/2019
04:33 MYT
Sponsor Banner
#InTrendPickUp2019 : 15 Perkahwinan Paling Trending 2019 — FARAH NABILAH, NELYDIA dan DATUK SERI EIZLAN YUSOF JADI TUMPUAN
Pelbagai perkara baik dan buruk yang terjadi dalam dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun 2019.
Sama ada artis yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ataupun selamat melahirkan anak, kita juga dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan.
Itu adalah sebahagian warna-warni kehidupan yang perlu dijalani. Kali ini #InTrendPickUp2019 merangkumkan perkahwinan selebriti Malaysia yang menjadi bualan.
1. Perkahwinan Elfira Loy & Faris Khairol Anuar
Perkahwinan Elfira menjadi perbualan hangat di media sosial. Rata-rata netizen mengecam Elfira yang bahu sahaja putus tunang pada 2018 dan memilih tanggal awal Januari untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan Faris yang khabarnya perkenalan mereka diatur sahabat baik El sendiri.
2. Perkahwinan Fasha Sandha & Aidil Aziz
Sekian lama bergelar ibu tunggal, akhirnya pada 30 Mac 2019 Fasha sah bergelar isteri kepada Aidil Aziz. Semua mendoakan perkahwinan kali ini agar bahagia dan kekal selama-lamanya.
3. Perkahwinan Bella Dally & Arif Izuddin Mohd Rafzali
Pernikahan kali kedua Bella Dally mencetus kejutan buat peminat kerana dia sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah cintanya. Malah Bella tidak pernah memuat naik foto bakal suami di Instagram. Bella dan Arif diijab kabul pada 31 Mac 2019.
4. Perkahwinan Nelydia Senrose & Mohd Hafez Halimi
Nelydia Senrose telah diijab kabul dengan Mohd Hafez Halimi pada 7 April 2019. Merpati dua sejoli ini melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada 2018 ditangguhkan ekoran masa tidak mengizinkan untuk mereka membuat persiapan. Dan kemudian dilaksanakan pada tahun 2019.
5. Perkahwinan Sarah Hildebrand & Otto Gillen
Melangsungkan majlis pernikahan pada 3 November 2019, pelakon terkenal Sarah Hildebrand kini sudah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen. Pasangan ini mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook. Otto sudah memeluk Islam pada September lalu.
6. Datuk Seri Eizlan Yusof & Natasha Rosa Boudville
Setelah empat tahu menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya berkahwin dengan wanita berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun pada 12 Disember lalu. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan Eizlan terbuka hati untuk berkahwin dengan wanita ini selepas tertarik dengan perwatakan kelakarnya.
7. Perkahwinan Farah Nabilah & Mohammed Amirul Yunus
Tahniah Farah Nabilah, selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu. Pasangan ini mula diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aisyah tujuh tahun lalu. Akhrinya perkenalan selama tujuh tahun membawa mereka ke jinjang pelamin.
8. Ain Edruce & Amirul Hafiz Mustaffa
Pengacara dan pelakon, Ain Edruce selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember lalu. Perkenalan menerusi Instagram menimbulkan bibit-bibit cinta setahun lalu. Semoga perkahwinan Ain dan Amirul kekal bahagia.
9. Zamani & Nur Juliana
Tidak disangka penyanyi pujaan ramai, Zamani Ibrahim telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani. Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.
Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024