gaya hidup

Isteri dan Ibu Tak Ngam? SUAMI Main Peranan Penting – Jangan Ambil Mudah Hubungan Dingin Keduanya.

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/12/2020
10:20 MYT
Sponsor Banner
Isteri dan Ibu Tak Ngam? SUAMI Main Peranan Penting – Jangan Ambil Mudah Hubungan Dingin Keduanya.
Memang banyak terjadi dalam masyarakat kita hubungan isteri dan ibu mentua bagai anjing dengan kucing. Ada yang tidak boleh bertentang mata apa lagi untuk duduk semeja. Sayang sekali kerana hubungan dingin itu dibiarkan berlarutan dengan toksid berlama-lama sehinggakan di hujung nyawa si ibu.
Ada juga yang sampai akhirnya bercerai apabila isteri tidak mampu lagi untuk terus menjadi ‘menantu palsu’ kepada si mentua. Apa tindakan si suami? Hanya diam membisu dan tidak pernah cuba untuk memulihkan kerenggangan itu? Sikap kebanyakan suami yang tidak ambil peduli dan lebih suka membiarkan saja menjadi punca isteri dan ibu mentua terus hidup berantakan.
Kredit Foto: Google
Kedinginan Berpunca Daripada Ketidakfahaman
Ya, selalunya krisis isteri dan ibu suami berpunca daripada dua manusia yang tidak pernah mengenali tiba-tiba hidup dalam sebuah keluarga. Seseorang yang kita kenali selepas sudah dewasa dan harus menerima cara hidup mereka yang berbeza. Mana mungkin mendapat keserasian jika masing-masing tidak saling cuba faham-memahami.
Dapat pula jenis yang ego dan sentiasa mahu orang lain memulakan sesuatu tindakan baik. Ada juga yang suka menguji sikap seseorang dengan sengaja mengacum perkara tidak indah dalam hubungan. Maka, ia akan membenih rasa benci dan sakit hati yang tidak berkesudahan. Daripada seremeh-remeh isu akhirnya membawa kepada permusuhan kekal.
Kredit Foto: Google
Suami Jangan Ambil Mudah
Suamilah sebenarnya tunggak utama dalam memastikan hubungan kedua wanita penting ini dalam keadaan baik dan dijauhi sengketa. Jangan sesekali bersikap tidak peduli dan pentingkan diri. Hanya melepaskan sesak diri sendiri tanpa memikirkan perasaan kedua individu ini. Kamu mungkin boleh hidup dalam situasi ‘lantaklah’ tetapi tidak bagi isteri dan ibu.
Bagaimana boleh suami bertindak?
  • Jadilah pendengar yang baik dan setia. Tadahlah telinga pada apa jua rungutan dan keluhan isteri juga ibu.
  • Jangan bersikap berat sebelah dan pastikan kamu mendengar luahan daripada ke dua belah pihak.
  • Jangan sudahkan perbincangan dengan ayat, “Sabar jelah...” Kalau mereka boleh sabar mereka tidak akan bercerita. Berikan keyakinan kepada mereka bahawa kamu akan cuba menyelesaikan kemelut itu.
  • Temukan keduanya dalam sidang meja bulat apabila kedua-dua mereka sudah ‘ready’ untuk sesi hati ke hati. Jangan ada orang lain melainkan kamu bertiga sahaja dan mungkin juga kehadiran pak mentua.
  • Banyakkan tazkirah dengan ayat-ayat Quran dan kisah teladan Rasulullah. Berhujahlah dengan kelembutan kerana wanita hatinya halus. Beritahu isteri bahawa syurgamu terletak pada redha ibu dan nasihati ibu bahawa berkat hidupmu terletak pada kebahagian isteri.
  • Cuba bersikap adil kepada kedua mereka dengan mengelakkan ada tercuit rasa kecil hati antara satu sama lain. Jika membeli hadiah misalnya, pastikan kedua-dua mereka memiliki hadiah yang lebih kurang sama. Ya, umpamanya seprti hidup bermadu.
  • Selalulah adakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan keduanya seperti bawa pergi bercuti, makan-makan dan sebagainya. Suami yang mesti jadi penganjur!
  • Pastikan kamu selesaikan lekas-lekas jika ada pertelingkahan kecil. Jangan dibiar lama-lama dan menjadi besar.
  • Jangan sesekali disekalikan tempat tinggal isteri dan ibumu. Jika ibu uzur, tetaplah mencari rumah lain yang berhampiran dan berulanglah sekerapnya menjaga ibu. Pengorbanan itu perlu.
  • Jangan mengadu buruk isteri kepada ibu dan jangan sesekali burukkan ibu kepada isteri. Berkatalah yang manis-manis saja sekali pun hatimu kecewa.
  • Sampaikan pesan yang baik-baik daripada keduanya kepada keduanya. Meskipun terpaksa ‘mencipta’ sendiri ayat, “Mak, Leha kirim salam’ atau “Leha, Mak tanya khabar”, tidak mengapalah. Kata orang, ‘bohong sunat’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live