Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar kematian ibu ini tetapi kita sebagai manusia yang Bergama Islam harus akur dengan takdir dan ketentuan Ilahi. Walaupun mungkin bagi segelintir wanita dan ibu hamil sudah biasa dengan sikap berdikari, berasa puas apabila melakukan semua kerja sendiri; tetapi kesihatan diri dan bayi jangan dilupakan. Jika benar berasa penat, berehatlah sebentar. Tangguhkan seketika apa jua urusan dan tugas yang ada. Fahami dan kenal pasti kondisi serta kemampuan diri yang punya limitasi saat berbadan dua.


Waktu inilah yang harus anda tumpukan kepada diri dan bayi dalam kandungan. Listen to your body. Usah memaksa diri andai benar tiada lagi kudrat atau berasakan terlalu penat mahu lunaskan semua perkara. Minta pertolongan suami terutamanya dalam soal menguruskan kerja-kerja rumahtangga. Baca kisah dan pengalaman Dr Redza Zainol untuk dijadikan pengajaran buat semua.


Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan. “O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone. Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.” “Caesar di Red Zone?” Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat. Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas. Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!” Saya macam tak percaya.

Kredit Foto: Google

Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain. Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.


Ibu ini baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti. Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya. Tiga minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.


Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia. Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.


Antara contoh layanan baik pada isteri:
Kredit Foto: Google

Kredit Foto: Google
Kredit Foto: Google

Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya. Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.