Keletihan yang disebabkan oleh kesibukan kerja seharian boleh menyebabkan gangguan konsentrasi dan prestasi kerja anda. Makanan dan pengambilan multivitamin boleh dijadikan alternatif bagi menangani masalah ini. Namun demikian masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga boleh menjadi kronik sekali gus meningkatkan risiko serangan penyakit jika tidak diatasi segera. Berikut adalah antara penyebab dan kaedah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini:

Faktor Badan Lemah dan Lesu:


Kredit Foto: Google
  1. SLEEP APNEA
Tahukah anda, segelintir individu berpendapat mereka mendapat tidur yang mencukupi. Namun demikian ia terganggu kerana tanpa disedari anda mengalami masalah sleep apnea. Sleep apnea adalah gangguan tidur yang dimulai dengan jeda bernafas 10 detik atau lebih selama tidur dan menyebabkan tidur tidak nyenyak. Tanda-tandanya termasuk dengkur kuat, mengantuk pada waktu siang, mudah marah dan tekanan. Sleep apnea seolah-olah memberhentikan nafas anda pada waktu malam. Setiap kali “diganggu” dengan masalah ini, anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda berada dalam keadaan separa sedar atau tidak sedar. Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama tujuh atau lapan jam.

Alternatif:
  1. Jika anda mengalami masalah berat badan, cuba kurangkan berat badan anda kerana berat badan turut mempengaruhi masalah sleep apnea.
  2. Jika anda mempunyai habit merokok, di sarankan agar berhenti merokok. Bukan sahaja membahayakan kesihatan, ia juga menggangu saluran pernafasan yang mengakibatkan kekerapan sleep apnea.

  1. TIDAK CUKUP TIDUR
Jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, ia boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terganggu sekali gus menjejaskan prestasi kerja dan tugasan seharian. Waktu tidur yang ideal bagi individu dewasa adalah tujuh hingga lapan jam setiap malam.
Alternatif:
Jadikan tidur sebagai satu keutamaan dan pastikan anda tidur tepat pada waktunya. Bagi mendapatkan kualiti tidur, elakkan diri daripada penggunaan gajet misalnya telefon, tablet, komputer riba, televisyen dan lain-lain kerana ia menyebabkan gangguan. Namun demikian, jika ini masih berlarutan anda berkemungkinan mengalami masalah gangguan tidur (sleep disorder) dapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor.


Kredit Foto: Google
  1. KAFEIN BERLEBIHAN
Kafein boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana. Namun demikian, pengambilan kafein yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan penyakit hati. Selain itu pengambilan kafein yang terlalu banyak jumlah juga menyebabkan keletihan
Alternatif:
  1. Kurangkan pengambilan kopi, teh, nescafe, coklat, minuman ringan dan ubat yang mengandungi kafein secara berperingkat.
  2. Jika anda melakukan perubahan secara drastik juga boleh menyebabkan keletihan.
  1. ANEMIA
Penyakit ini lazimnya sering berlaku dalam kalangan wanita. Hal ini kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid. Sel-sel darah merah diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ ke dalam badan.
Alternatif:
  1. Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang dan kekacang.
  2. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan (supplement) yang mengandungi zat besi.
Kredit Foto: Google
  1. PERTUKARAN WAKTU KERJA
Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu juga mempengaruhi waktu tidur anda. Selain itu anda mudah letih apabila bangun tidur malah secara tidak langsung anda mungkin mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang.
Alternatif:
  1. Apabila anda perlu berehat, hadkan pendedahan diri kepada cahaya. Misalnya jadikan bilik anda gelap, tenang dan sejuk.
  2. Elakkan daripada tidur terlalu lama pada waktu siang kerana ia akan mengganggu waktu tidur yang normal pada sebelah malam.
  1. KURANG TENAGA
Pengambilan makanan dalam kuantiti yang terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda mudah letih. Justeru, anda disarankan agar makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam lingkungan yang normal.
Alternatif:
  1. Jangan lupa untuk mengambil sarapan.
  2. Pastikan anda mengambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan sama ada makan tengah hari atau malam.
  3. Anda digalakkan untuk mengambil makanan ringan tetapi berkhasiat dan lebih kerap untuk memastikan tenaga yang berpanjangan.
Kredit Foto: Google
  1. KEMURUNGAN
Kemurungan bukan sahaja mempengaruhi emosi malah keadaan fizikal anda. Secara tidak langsung anda cepat merasa letih, sakit kepala dan hilang selera makan. Jika keletihan dan kemurungan yang dialami tidak beransur pulih, dapatkan rawatan daripada doktor.
Alternatif:
  1. Lakukan psychoteraphy
  2. Anda boleh mengambil supplement atau ubat-ubatan tetapi pastikan ia mendapat preskripsi daripada doktor.
  1. PENYAKIT JANTUNG
Keletihan adalah salah satu simptom anda mungkin mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Alternatif:
  1. Ubah gaya hidup anda.
  2. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor. Pengambilan ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga.
Kredit Foto: Google
  1. DIABETES
Penghidap penyakit diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga
Alternatif:
  1. Banyakkan bersenam
  2. Peka terhadap pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula.
  1. HYPOTHYROIDISM
Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda. Tiroid tersebut mengawal metabolism dan menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lemah sekali gus menambahkan berat badan anda.
Alternatif:

Dapatkan nasihat daripada doktor. Jika ujian darah mengesahkan hormon tiroid anda rendah ini bermakna hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan.