Highlights
Isteri Yang Jadikan Suaminya BFF Adalah Isteri Yang Lebih Ceria, Mampu Lalui Waktu Sukar Dengan Tenang.
Suami seharusnya menjadi dahan tempat isteri berpaut, bahu tempat isteri mengalirkan air mata dan penasihat yang mampu mententeram dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sangi isteri. Seorang iseteri mungkin mempunyai ramai kawan, adik-beradik dan ibu ayahnya, tetapi tidak akan sama fungsinya sebagai suami.
Justeru, isteri sebaiknya meletakkan suami di tempat paling atas, paling penting dalam apa jua hal dan isu yang terjadi ke atas diri. Suami seharusnya dijadikan tempat untuk berkongsi saat suka dan duka. Apabila isteri mempunyai suami yang boleh diharapkan walau dalam apa jua situasi barulah isteri akan menghadapi hari-harinya dengan ceria dan tenang.
Lihat sendiri perbezaan seorang isteri yang sentiasa disokong oleh suami berbanding isteri yang selalu dipinggirkan suami. Isteri yang disokong suami biasanya tenang saat berdepan masalah dan dilema, manakala istri yang sering diketepi si suami akan lebih mudah stres, kemurungan, berasa rendah diri dan hopeless.
Kredit Foto: Google
Isteri Kawan Baik Suami Akan Lebih Yakin Melangkah
Ya, kebanyakan isteri yang bersahabat baik dengan suaminya sendiri akan terlihat lebih ke depan dan yakin. Mereka lebih mudah berjaya dan tidak takut-takut. Malah, saat menghadapi kecaman atau ujian di sekitarnya, dia akan dilihat tenang untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Ini kerana dia tahu yang suaminya sentiasa ada di sisi membantu.
Semangat suami amat penting untuk terus menyemarakkan jiwa isteri. Andainya tidak mampu membantu menyelesaikan masalah istri secara terus, cukuplah mampu menjadi pendengar yang dan penasihat yang unggul. Ada kala, isteri hilang arah tuju dan tidak mempercayai sesiapa pun, maka suamilah sebaik-baik penolong.
\
Kredit Foto: Google
Kongsi Hobi dan Kegemaran Bersama
Bukan hanya pada waktu susah, di saat gembira pun isteri memerlukan suami untuk meraikannya. Ya, kawan juga penting. Namun, jika memiliki suami yang mampu memahami minat dan hobi isteri, apatah lagi jika dapat sama-sama turut serta dalam keterujaan isteri itu pasti ia lebih membahagiakan buat isteri.
Dan, ini juga cara bagaimana mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Kita selalu melihat isteri yang menyokong hobi suami seperti menonton bole sepak atau menunggan motor berkuasa tinggi, tapi suami jarang ada yang mahu memahami dan mengikut apa yang isteri suka dan minat.
Apa salahnya, sesekali menjadi teman baik isteri untuk meraikan apa yang isteri suka? Contohnya, kalau dia suka bercucuk-tanam, bantulah dia menanam atau membeli benih. Buat-buat sajalah kamu tahu dan minat tentangnya. Atau mungkin isteri suka berfesyen. Nah, bantu beri idea atau pujilah sebagai tanda sayang.
Must-Watch Video