Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.


Peribahasa yang sangat tepat menggambarkan betapa hebatnya penangan makanan yang enak untuk mengenyangkan perut dan buat hati gembira. Siapa sahaja yang mampu rasa bahagia jika perut berkeroncong kelaparan? Dalam sebuah rumah juga, akan jadi sangat membahagiakan buat suami dan anak-anak jika dipenuhi dengan makanan-makanan yang sedap-sedap. Tidak perlu untuk ‘order’ dari luar yang tidak pasti kebersihan penyediaannya.


Dan, tugasan menyediakan juadah untuk seisi keluarga itu pastinya menjadi tugasan sukarela untuk seorang ibu. Suami dan anak-anak pastinya sentiasa suka untuk duduk rumah dan pulang segera ke sarang jika tahu ibunya sudah menanti dengan hidangan lazat daripada air tangannya sendiri. Itulah antara petua yang selalu para ibu kita dulu amalkan jika mahu menyatukan ahli keluarga walau sejauh mana anak-anaknya pergi.


Kalau dulu, seorang anak gadis yang tidak handal di dapur boleh menyebabkan ibu bapa mendapat malu. Seorang wanita yang tidak arif menguruskan hal ehwal dapur dianggap mengecewakan untuk seisi rumah. Namun, ia berbeza kini. Seorang wanita itu hanya dilihat hebat jika berpelajaran tinggi, bekerjaya cemerlang dan pandai berhias. Dan, bagi kebanyakan lelaki hari ini juga tidak kisah jika isteri tidak memasak kerana kini terhidang begitu banyak pilihan untuk mengenyangkan perut.


Jika tidak keluar mengadap restoran saban hari, diupah orang gaji untuk memasak di rumah. Atau pun, boleh sahaja order menerusi kemudahan dalam talian sahaja. Dalam setengah jam, apa saja yang mahu dimakan, sedia dihantar hingga ke pintu rumah. Namun, seperti kata arwah Mak saya dulu,

“Naik kembang tekak kalau hari-hari makan di luar. Lalu ke asyik makan orang masak?”

Kata Nenek pula, “Sebab tu budak sekarang degil. Makanan yang jadi darah dagingnya tak tahu datang dari mana, siapa yang menyediakannya...”





Eh papa buat apa tu smpai mama terkesima? Papa kiss mama ke??? Atau..... . Klu nak tau Jom ke YouTube channel #duniaellymazlein skrg ya ❤️❤️❤️❤️ . Lpas tgk Jgn Lupa subscribe dan tekan ?notifications ya agitchuuuuuu pommmmm ?????

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on





Memasak Mengasah Daya Kreatif

Sungguh. Orang yang pandai masak sebenarnya seorang yang kreatif. Kreatif itu bukan hanya kepada seorang pelukis atau seniman. Memasak juga satu seni. Ia memerlukan kemahiran dan daya pemikiran yang tinggi, daripada bahan mentah diolah langkah demi langkah sehingga menjadi juadah yang enak untuk dijamu kepada tetamu. Apabila kena pada lidah yang menikmatinya, ia dikira sukses.


Berada di dapur juga umpama berada di sebuah pentas yang memerlukan tenaga dan komunikasi yang baik antara tukang masak dan bahan di depan mata. Ketika memasak juga kita memerlukan daya inovasi yang tinggi. Sekiranya bahan A tiada, bagaimana untuk kita olah masakan tersebut agar mencapai rasa yang lebih kurang sama. Penyelesaiannya bukanlah dengan tutup api dan tidak jadi memasak!




Ni masak semalam.. semalam bukan selauk je, berlauk lauk.. but today i share the soup that i made.. Sup Ikan Siakap with alot of mix ?. Sebab gobok nak masak byk benda, agak bosan video masak kali ni.. oklah kan.. korang pun xlah asik tanya bila nak siap kalau nyanyi nari kan.. hahahahaha.. enjoyyyy... ? #selauknana . . Tag kawan korang yg xmkn nenas.. lah.. hahahahaha..

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ™️ (@nanamahazan) on




Isteri Yang Pandai Masak Bonus Buat Suami

Benar. Suami tidak perlu lagi berfikir apa yang hendak dimakan balik kerja nanti? Isteri pula sejenis yang akan telefon suami pesan untuk belikan makanan sebelum suami sampai ke rumah. Dengan alasan penat untuk memasak atau memang tidak suka memasak. Ya, memasak bukanlah tugasan wajib seorang isteri, namun jika kamu tahu betapa besarnya pahala seorang isteri yang memasak untuk keluarganya, pasti kamu tidak mahu mereka makan di luar.


Selain itu, memasak di rumah juga dapat menjimatkan kos belanja seharian. Beli barang basah untuk seminggu dan masaklah ikut keperluan isi rumah. Ia pastinya sekali ganda lebih murah berbanding makan di luar terutamanya untuk mereka yang mempunyai jumlah keluarga yang besar. Saat menikmati hidangan bersama-sama juga ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.




Setiap hari masak cuma sempat amik gambar atau x jek.. tiap hari bgn 5am sb calltime 8.30am.. mesti kena buat breakfast n lunch .. baru senang ati g keje.. sayur pon x dan amik gambar.. nih di antara menu2 yg ada.. nasi goreng sardin (baki sambal sardin yg x abes mlm semlm) ayam kicap black pepper.. kari daging.. sayur xde dlm gambar.. baby sawi goreng oysters sauce.. siap subuh tadi.. korg masak apa jek? Saje post lambat.. supaya xde sape yg hamun aku sb terliur.. aku tau time nih korg dh kenyng kan???

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on





Benarkah Isteri Yang Rajin Masak Lebih Setia?

Tidaklah semua tetapi kebanyakannya begitu. Isteri yang selalu memasak kebiasaannya mempunyai rasa kecintaan pada suami yang lebih mendalam dan setia seperti mana setianya dia di dapur memasak untuk sarapan, makan tengah hari, petang dan ke makan malam. Tidak semua isteri terutamanya yang bekerja mampu melakukannya atas alasan kepenatan dan tidak cukup masa.

Jadi, para suami, hargailah isteri yang rajin ke dapur kerana setiap titis peluhnya itu mengalir dengan keikhlasan. Setiap rasa lenguh kakinya cerminan kepada sabar dan tabahnya ia berjam-jam melakukan perkara itu sehingga sampai ke meja makan. Kemudian, harus pula mengemas usai memasak dan semua ahli keluarga menjamu selesa.



Video by @chemad7

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on