Pertandingan realiti nyanyian yang menampilkan bakat daripada pelbagai latar belakang, Suara Viral kini memasuki minggu kelima. Terbukti, barisan peserta semakin memperlihatkan peningkatan, kematangan dan tidak kurang juga yang masih memerlukan tunjuk ajar, sesi latihan dalam memperbaiki mutu dan kualiti persembahan.


Kredit Foto: Google


Apa yang menariknya minggu ini, salah seorang Juri Otai (juri jemputan) yang bukan calang-calang pengalamannya dalam bidang nyanyian menyukai dan memuji mutu persembahan salah seorang peserta wanita minggu ini. Ada dalam kalangan mereka yang dikatakan mempunyai imej seorang artis rakaman. Wow! Bukan mudah ya mahu pikat hati Juri Otai ini. Siapakah pemilik suara itu yang mendapat pujian melambung? Sama-sama kita nantikan jam 9 malam ini.


Kredit Foto: Astro Prima


Sementara itu, persembahan Ameem turut menarik perhatian Akim yang menyifatkannya sebagai penyampaian yang diiringi penghayatan yang tepat. Wah, lagu apakah yang dinyanyikan Ameem hingga meraih perhatian juri minggu ini? Tunggu di depan tv okey!

Jika minggu lalu menyaksikan Azrul tersingkir, malam ini Ameem, Jerry, Bella, Bobby, Farah, Boy dan Soffwany pula yang bakal beraksi. Siapa dalam kalangan mereka bakal meninggalkan pentas Suara Viral? Jangan ketinggalan menonton episod malam ini.


Kredit Foto: Google


Menampilkan Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap, rancangan ini turut diadili Juri Duduk Rumah yang terdiri daripada lapan figura berpengaruh yang mewakili bidang masing-masing, bertanggungjawab mengadili persembahan setiap peserta secara virtual dari rumah. Antaranya adalah Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Zulin Aziz dan dua wartawan hiburan, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.

Dihoskan oleh Dato AC Mizal, pertandingan ini turut diserikan dengan penampilan Marsha Milan sebagai hos 'Back Stage'. Suara Viral bersiaran setiap Rabu, 9 malam di Astro Prima (CH105) dan Prima HD (CH125) atau strim di Astro GO!