,
gaya hidup

Jangan Jadikan Alasan Anak Kecil Punca Rumah BERSEPAH – Didik Anak Berkemas dan Kebersihan Seawal Usia

Afiza Kamarulzaman
03/11/2021
01:40 MYT
Ramai ibu bapa mempunyai prinsip biarlah rumah berselerak, janji anak-anak bebas bereksperimentasi dan mengembara dalam keseronokan alam kanak-kanak mereka. Benarkah dengan membiarkan anak-anak membuat sepah mengembangkan proses pembelajarannya?
Dan, kemudian para ibu mengalami depresi dan tekanan kerana berdepan dengan tunggakan kerja dan situasi rumah yang huru-hara – adakah itu suasana sihat untuk seisi keluarga? Tidak bolehkah kita memiliki keduanya? – Anak-anak yang bebas bermain dan dalam masa yang sama rumah teratur?
Sebenarnya, membiarkan anak-anak membuat sepah di rumah tanpa mengemasnya semula bukanlah cara terbaik membentuk perkembangan anak-anak. Ia satu proses pembinaan diri yang tidak lengkap. Ya, anak-anak seharusnya diberi peluang untuk mengembara, berseronok tetapi pada masa yang sama jangan abaikan elemen bertanggungjawab dalam diri mereka.
Dalam Islam pun, sangat menekankan aspek kekemasan dan kebersihan. Perkara ini seharusnya dididik seawal usia agar mereka boleh menjadikannya rutin gaya hidup dan bukan sekadar buat untuk elak dimarah.
Memberi mereka tanggungjawab untuk kemas semula selepas bermain adalah langkah baik menerapkan nilai kepimpinan diri, kematangan, kebertanggungjawaban dan berdikari. Inilah aspek yang semakin terhakis dalam diri anak-anak zaman sekarang, apabila semuanya bergantung kepada ibu bapa.
Kebanyakan Ibu Malas Nak ‘Bising’
Ini antara alasan utama para ibu apabila ditanya kenapa tidak suruh anak-anak itu mengemas semula barang yang mereka sepahkan selepas bermain? Ada ibu yang memberi alasan, ‘malas nak bising-bising’, ‘biarlah’ dan ‘letih nak suruh’.
Lihat di sini, kemalasan itu sebenarnya bermula daripada ibu sendiri apabila bersikap endah tak endah apabila anak tidak mahu mendengar arahan. Apabila sekali dua disuruh tidak mahu, para ibu terus mengabaikannya. Inilah senjata anak-anak untuk membantah. Mereka tahu ibu pasti mengalah dengan kedegilannya.
Untuk ‘membentuk’ atau mengubah sikap negatif anak-anak memang memerlukan sedikit pengorbanan dan banyak kerajinan. Namun, percayalah ia boleh dilakukan jika dipraktikkan dengan sabar dan konsisten. Ibu perlu bertegas demi kebaikan seisi rumah. Ana-anak boleh dimanjakan tetapi jangan ‘dimalaskan’.
Ikhtiar Rajinkan Anak Jadi Pengemas dan Pembersih
  • Mulakan dengan rutin penjagaan diri mereka sendiri. Mereka harus diajar untuk mandi, menggosok gigi, menyikat rambut dan berbedak secara sendiri. Terapkan semua langkah ini sebagai rutin mesti buat untuk kekemasan diri. Jangan sekadar mandi, pakai baju siap!
  • Anak-anak harus diajar untuk kemas cadar katil sebaik bangun pagi. Setidak-tidaknya selimut dilipat
  • Perkara paling penting untuk anak kecil adalah mengemas barang mainan mereka selepas bermain. Ini adalah disiplin paling utama. Jika tidak, jangan diberi mainan itu lagi. Biarlah mereka berteriak – itu hanya seketika
  • Mulakan dengan ruang kecil sebagai ruang untuk mereka bertanggungjawab seperti bilik tidur atau ruang permainan mereka
  • ‘Takutkan’ mereka dengan akibat daripada tidak menjaga kebersihan seperti tikus akan datang atau mainan mereka akan hilang
  • Beri denda yang setimpal jika mereka gagal melaksanakan tugasan yang diberi. Ibu sendiri jangan langgar perjanjian dengan cepat mengalah
  • Jika mempunyai maid, pastikan maid juga diberi tugasan untuk mendidik anak-anak ini
  • Ibu sendiri perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan menjadi seorang yang pengemas dan pembersih
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ezzaty Abdullah Sebak Kenang Nasib Anak Kecil Di Palestin - “Macam Mana Mereka Nak Minum Susu Kalau Bekalan Habis?”

gempak
24/10/2023
06:55 MYT
Semoga anak kecil di Palestin dilindungi Allah.
Laman Utama

Hati Nina Iskandar Hancur Tengok Anak Kecil Di Palestin - “Berlumpuran Darah & Menangis Tapi Masih…”

gempak
20/10/2023
07:56 MYT
Memang sedih...
Laman Utama

Kongsi Video Anak Cium Ketiak, Tapi Netizen Pula Tak Puas Hati Tengok Rumah Kak KM Bersepah - “Maaf Kak, Saya Penggeli Sikit”

gempak
06/07/2023
01:50 MYT
Eh begitu pula?
gaya hidup

HARAM Pukul Anak Kecil Hingga Mendatangkan Kesakitan, Atau Pada Wajah, Kepala dan Kemaluannya!

gempak
17/07/2021
06:55 MYT
Mereka yang memukul anak kecil dengan pukulan yang tidak dibenarkan syarak telah melakukan satu bentuk kezaliman dan kamu yang melakukan satu kezaliman nescaya akan ditanya diakhirat nanti!
gaya hidup

BERANAK KECIL Memang Penat Tapi Bila Anak Dah Besar, Mesti Rindu Momen Bangun Tengah Malam.

gempak
27/02/2021
12:41 MYT
Saat anak mulai lahir, rutin kehidupan ibu dan ayah pasti berubah 360 darjah. Banyak yang harus dikorbankan termasuklah waktu tidur malam. Apa pengalaman paling tak dapat dilupakan kamu saat anak masih merah?
Unitar