Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jangan KEDEKUT Kalau Mahu Bahagia – Belanja Makan, Jangan Berkira, Layan Tetamu, Buat Orang Gembira.

Afiza Kamarulzaman
16/12/2019 11:55 MYT


Orang kaya tidak semestinya bahagia. Orang miskin tak semestinya derita. Orang berharta tak semestinya pemurah, orang miskin tak semestinya berkira. Untuk memberi tak perlu tunggu kaya dan untuk bahagia tak perlu tunggu untuk digembirakan. Orang yang terbaik itu adalah orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.


Ada orang sangat berkira dengan apa yang mereka miliki. Mereka takut untuk berkongsi apa yang mereka ada. Bagi mereka, semua yang dimiliki adalah hak mutlak hasil titik peluh sendiri dan orang lain tiada hak untuk menikmatinya. Inilah punca kepada hati yang keras dan sentiasa mahu memiliki dari memberi.


Dan, dalam sedar atau tidak, orang seperti ini kebanyakannya tidak bahagia. Jiwa mereka kosong. Hati sentiasa gundah. Kewujudannya seringkali tidak dihargai. Setiap kali berada dalam kesulitan, orang sukar untuk mempermudahkan urusannya kerana dia sendiri berkira untuk membantu urusan orang lain.



Kredit Foto: Google



10 Tips Menjemput Bahagia:

  1. Banyakkan bersedekah kepada ahli keluarga, anak yatim, fakir miskin, di masjid-masjid.
  1. Jamu orang makan. Dengan mengenyangkan orang yang lapar membuatkan mereka gembira.
  1. Layanlah tetamu yang datang ke rumah dengan baik. Tetamu yang datang membawa rahmat dan cahaya dalam rumah kita.

  1. Raikan hari-hari penting seseorang yang kamu rapat seperti hari jadinya. Lihatlah senyumannya pasti menggembirakan kamu jua.
  1. Gembirakan anak-anak kecil hatta hanya dengan sebiji gula-gula.


Kredit Foto: Google



6. Ambil berat sakit pening orang yang kamu kenali dengan bertanya khabar atau tidak salah bawalah dia ke klinik atau belikan ubat.


7. Jangan berkira untuk belanja orang yang kamu tahu kurang kemampuan berbanding kamu.


8. Apa salahnya, belikan ole-ole atau hadiah untuk orang yang kamu sayang. Sayang memang tak perlu ditunjuk tetapi sesekali perlu dizahirkan untuk dilihat dengan mata kasar.


9. Mudahkan urusan dan kesulitan orang jika kamu mampu melakukannya. Jangan fikir banyak untuk membantu orang.


10. Bersihkan hati untuk ikhlas dengan setiap yang dilakukan kepada orang lain walaupun tidak mendapat balasan.













#Bahagia #Kedekut #Memberi
;