Highlights

Jangan Malu Tunjukkan SAYANG Kepada Isteri – Pasti Isteri Rasa Dihargai, Layankan Saja Orang Rumah Tu.

gempak
Afiza Kamarulzaman
12/07/2020
10:43 MYT
Sponsor Banner
Jangan Malu Tunjukkan SAYANG Kepada Isteri – Pasti Isteri Rasa Dihargai,  Layankan Saja Orang Rumah Tu.
Bezanya lelaki Melayu dengan lelaki Inggeris, kebanyakan lelaki kita agak malu menunjukkan sayang kepada isteri secara fizikal. Sedangkan lelaki barat sentiasa menghargai isteri mereka dengan sentuhan menerusi pelukan, ciuman dan kata-kata sayang. Jadi, tidak semua sikap orang barat tidak boleh dicontohi. Yang baik bolehlah diamalkan.
Ada yang kata geli dan tidak sopan untuk menayang kebahagian dengan pasangan di khalayak umum tapi menyedihkan ada yang tidak pula malu mempertontonkan kemesraan bersama pasangan ketika belum ‘halal’. Kenapa ini perlu berlaku dalam budaya masyarakat kita?
Kasih-Sayang Perlu Dizahirkan
Tidak dinafikan lain orang lain caranya dalam mempamerkan kasih-sayang dan rasa cinta terhadap isteri. Namun, hati dan jiwa isteri perlu juga dibeli dengan cinta yang dapat dinikmatinya secara zahir. Tidak cukup dengan hanya diberi makan dan pakai, jika makanan jiwanya tidak disempurnakan.
Sentuhan kasih mesra dan ucapan sayang boleh mengurangkan tekanan seorang isteri yang pastinya letih dan stres menguruskan urusan di rumah dan tempat kerja. Apalah salahnya, jika pengorbanan isteri dibalas dengan pelukan di pinggang ketika dia sedang sibuk di dapur atau ciuman di pipi kala dia keletihan menyusukan anak. Pasti, penat lelah lenyap sebaik menikmati sentuhan hangat suami itu.
Pimpinlah Tangan Isteri Ketika Berjalan
Ini jarang dilakukan oleh pasangan yang sudah menjengah beberapa tahun perkahwinan. Entah di mana silapnya. Jika kerana anak berderet mahu dipimpin mungkin boleh diterima, tetapi jika anak-anak sudah besar atau kalian berjalan berdua, apalah salahnya dipegang tangan isteri dan berjalanlah berpimpinan tangan. Isteri akan rasa lebih selamat dan selesa.
Curahan kasih-sayang yang ditunjukkan di hadapan anak-anak juga akan menjadikan anak-anak rasa lebih bahagia, ceria dan memupuk sikap lemah-lembut dan membentuk jiwa mereka lebih penyayang dan menghomati orang di sekeliling. Anak-anak yang melalui kehidupan berkeluarga dengan penuh rasa sayang akan membesar menjadi individu hebat dan disenangi ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024