gaya hidup

Jangan POST Benih-Benih Fitnah di Media Sosial – Walau Tak ‘Direct’ Tapi Boleh Undang Syak, Umpatan.

gempak
Afiza Kamarulzaman
28/12/2020
10:17 MYT
Sponsor Banner
Jangan POST Benih-Benih Fitnah di Media Sosial – Walau Tak ‘Direct’ Tapi Boleh Undang Syak, Umpatan.
Tidak dinafikan ada antara kita suka menggunakan media sosial untuk menempiaskan perasaan geram atau ketidak puasan hati. Walau penyampaian dilakukan secara lembut dan ‘nampak baik’, namun sesetengah orang ‘mampu’ untuk menilai dan membaca maksud terrsirat daripada ‘post’ itu.
Apatah lagi, dalam sesuatu isu yang sedang hangat dan kamu mempunyai rakan media sosial yang mengetahui serba-sedikit masalah yang sedang melanda. Memberikan hint atau klu di kala itu, dianggap sebagai terlalu mengikut emosi pada ketika hatimu sedang gundah. Ya, itu ruang media sosial kamu dan kamu berhak untuk post apa saja.
Namun, ingat! Apabila kamu memuatnaik sesuatu post itu, bermakna kamu mahu orang lain membaca dan mengetahuinya (walau secara tersirat). Maka, sangat jelas ia dibuka untuk tatapan umum. Umpamanya perintah menutup aurat. Tuhan kata tutup auratmu apabila berada di tengah khalayak dan kamu hanya boleh membukanya apabila bersendirian atau bersama mahram di rumah.
Begitulah jika berada di media sosial, bererti kamu berada di tengah khalayak. Menulis sesuatu di situ bermakna kamu sedang bersosial dengan ramai orang. Peluang untuk membuka aib dan ruang fitnah sangat besar apabila kamu tidak berhati-hati dengan setiap muat naik itu.
Kredit Foto: Google
Kalau Untuk Pedoman Sendiri, Simpan Baik-Baik
Ada yang memberi alasan, hantaran yang dimuatnaik hanya untuk tatapan dan pedoman diri sendiri. Jika kamu yakin, ia tidak bersangkutan dengan apa-apa isu atau orang yang mungkin sedang bermasalah dengan kamu, maka silalah. Kerana hanya Tuhan yang tahu niat seseorang hamba-Nya itu.
Namun, jika kamu tahu muat naik itu pasti akan melukai hati seseorang atau dengan sengaja kamu memang mahu memberi ‘hint’ kepada orang untuk membuka air si polan, maka jatuhlah dosa ke atas dirimu. Sekali pun untuk pedoman diri, simpanlah baik-baik untuk renungan dirimu sendiri.
Banyak cara untuk menegur atau menyampaikan ilmu. Bukanlah dengan memerli atau sindir-menyindir di laman sosial. Selain melukai hati orang yang terkesan itu, ia juga akan menjentik hati orang lain untuk terus mengorek dan mengambil tahu hal yang tidak seharusnya timbul.
Maka, hati-hatilah dengan fintah akhir zaman ini. Fikir masak-masak sebelum menaip sebarang kapsyen atau status. Timbang baik dan buruknya. Bersihkan hati setiap kali bersosial di alam maya. Jika dalam keadaan beremosi dan ragu-ragu, tutuplah telefon dan jauhi seketika media sosialmu. Mengadulah kepada yang di atas sana. Cukup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024