Dah namanya pun nak bercuti di negara matahari terbit, pastilah perlukan bajet dan peruntukan wang yang mencukupi. Tapi jangan risau, tak perlu peruntukkan wang terlalu banyak kerana jika kena gayanya, anda juga boleh berjimat.

Produser Kandungan InTrend, Athirah Zulkifli kongsikan tips bajet jika anda merancang mahu melancong ke Jepun.

Kredit foto: Athirah Zulkifli




1. Persediaan Awal

Dalam lingkungan tiga ke empat bulan sebelum bercuti, pilih lokasi hotel yang anda mahu. Jika anda membuat tempahan lebih awal, mungkin anda bernasib baik untuk menikmati diskaun.

Bagi saya, lokasi hotel mestilah berdekatan dengan subway dan kedai serbeneka. APA Hotel Kanda Jimbocho Ekihigshi menjadi pilihan hotel saya untuk penginapan 6 hari 5 malam di Tokyo.



Kredit foto: Athirah Zulkifli



2. Taman Tema

Jika anda seorang ‘Pemburu Taman Tema’, pastinya Tokyo DisneySea atau Disneyland menjadi pilihan. Cara nak ke sana mudah sahaja, anda boleh memilih menaiki Metro dan JR line.

Bagaimana mahu beli tiket DisneySea atau Disneyland?

Anda boleh beli di Disney Store utama di Tokyo atau membuat pembelian terus di kaunter taman-taman yang anda mahu pergi. Tapi saya cadangkan anda beli awal di Disney Store agar tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket apabila sampai di sana.


Kredit foto: Athirah Zulkifli (Disney Store Shinjuku)






3. Beli di Klook

Kebanyakan destinasi menarik menawarkan kemudahan pembelian tiket secara online. Misalnya, dengan adanya aplikasi Klook ia memudahkan kita menempah tiket lebih awal untuk pergi ke mana jua tempat-tempat menarik. Bukan sahaja mudah tetapi menjimatkan. Secara tidak langsung, anda boleh menyimpan duit untuk berbelanja di Tokyo nanti.

Bagi memudahkan perjalanan saya ke sana, saya memilih Klook untuk membeli tiket ke Tokyo Subway, Tokyo Kimono Experience with Japanese Hairstyling, Mount Fuji Classic Tour: Oshino Hakkai, Gotemba Premium Outlets, dan Matcha Experience.

Jika menempah awal, ia akan memudahkan perjalanan anda ke setiap lokasi yang dipilih. Mudah saja, anda tunjukkan sahaja kod tempahan QR bagi setiap lokasi yang anda pergi. Tak perlu lagi beratur panjang dan paling penting menjimatkan masa.




Kredit foto: Athirah Zulkifli




Tiket Tokyo Subway

Jika anda sampai di lapangan terbang, boleh terus dapatkan tiket subway di kedai-kedai utama yang telah ditetapkan. Jika tiba pada sebelah malam misalnya, saya cadangkan anda ambil pass tersebut pada keesokan hari kerana kedai tersebut akan mula beroperasi jam 10 pagi hingga 10 malam sahaja. Untuk pengetahuan anda, pass ini hanya boleh digunakan untuk menaiki metro dan subway line sahaja. Manakala JR line tidak boleh diguna.

Di Tokyo terdapat pelbagai aliran stesen. Justeru, pastikan anda meneliti peta subway sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan seperti tersalah menaiki train dan sebagainya.



Kredit foto: Athirah Zulkifli


Tokyo Kimono Experience with Japanese Hairstyling

Pastinya pergi Tokyo kalau tak cuba pakai baju trasional Japan, KIMONO memang tidak sah. Untuk menyewa KIMONO, saya memilih kedai KIMONO di area Asasuka. Lokasi ini berdekatan dengan Sensoji Temple, mana di situ anda boleh bergambar sepuasnya dalam persalinan KIMONO dengan berlatar belakangkan bangunan tersebut.



Kredit foto: Athirah Zulkifli




Mount Fuji Classic Tour

Selain tarikan lain, Mount Fuji antara lokasi wajib pergi jika anda sampai ke Jepun. Perjalanan dari Tokyo ke Mount Fuji agak jauh. Antara pilihan pengangkutan adalah menaiki bas atau kereta jika mahu ke sana. Dan jIka anda menempah trip Mount Fuji melalui aplikasi Klook, anda berpeluang singgah di tiga lokasi iaitu Oshino Hakkai, Gotemba Premium Outlets, dan Matcha Experience.

Di sini, anda berpeluang melihat perkampungan Oshina dan Hakkai untuk merasai suasana desa yang cukup menarik. Selain itu, anda juga berpeluang merasai pengalaman membuat Matcha dan menikmati rasa sebenar Matcha. Setelah itu, anda akan dibawa ke Gotemba Premium Outlets. Di sini bagaikan syurga membeli-belah buat mereka yang kaki shopping.


Pelbagai barang berjenama dijual dengan harga yang berpatutan lantas pastinya membuatkan anda rambang mata untuk membeli. Dari lokasi terakhir, bas akan meneruskan perjalanan balik ke Tokyo.


Kredit foto: Athirah Zulkifli (Gotemba Premium Outlets)





Kredit foto: Athirah Zulkifli (Perkampungan Oshina dan Hakkai)


Makanan Halal

Susah nak cari makanan halal? Jangan risau! Di Jepun kini, banyak kedai makanan dan restoran yang mendapat pengiktirafan halal Jepun. Antara lokasi yang banyak menawarkan makanan halal seperti di Ameyoko Market Food. Dan kalau teringin nak makan ramen, anda boleh cuba Halal Ramen Ouka di Shinjuku.

Antara Restoran Halal di Tokyo, Jepun:



Kredit foto: Athirah Zulkifli




Itinerari Penuh Tokyo, Jepun Bagi Penginapan 6 hari 5 Malam

Hari Pertama

  • Check-in di APA Hotel Kanda Jimbocho Ekihigshi

Hari Kedua

  • Harajuku
  • Shibuya
  • Boleh beli tiket Tokyo DisneySea atau Disneyland di Disney store.
  • Lunch di Luke’s Lobster, Japan
  • Shibuya Crossing
  • Shinjuku
  • Raponggi Hills
  • Starbucks Reserve Roastery Tokyo
  • Akihabara
  • Ginz
{^media|(width)300|(height)200|(ext).mov|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/intrend/img_6205.mov^}


Hari Ketiga

  • Seharian di DisneySea

Hari Keempat

  • Bertolak dari hotel ke lokasi perjumpaan Mount Fuji Classic Tour di Shinjuku Prince Hotel.
  • Ameyoko Market, Ueno Station


Kredit foto: Athirah Zulkifli



Hari kelima

  • Jalan di Tsukiji Outer Market
  • Imperial Palace
  • National Museum of Modern Art
  • Asasuka (Kimono Rental)
  • Senjoji Temple and Nakamise shopping street
  • Tokyo Skytree
  • Back to Akihabara

Hari keenam

  • Check out APA Hotel Kanda Jimbocho Ekihigshi
  • Tokyo Tower
  • Raponggi Hills
  • Starbucks Reserve Roastery Tokyo
  • Shibuya
  • Harajuku
  • Perjalanan balik ke Haneda Airport

Kredit foto: Athirah Zulkifli (Starbucks Reserve Roastery Tokyo)



Perbelanjaan untuk seorang:

Bajet perbelanjaan di Jepun: RM 3,000

Beli tiket menerusi Klook: Tokyo Subway, Kimono Rental & Mount Fuji Trip = RM584

Jom menabung dan semoga perkongsian ini boleh memberi gambaran awal selain membantu anda yang ingin bercuti ke Jepun. Selamat bercuti!

{^media|(width)300|(height)200|(ext).mov|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/intrend/img_6086.mov^}