Hiburan
Johan Tiada HANDPHONE, Kongsi Dengan Ozlynn. Bagusnya, Tak Adalah ‘Cing’ – Ada Lagi Ke Suami Macam Ni?
Ia bukanlah soal ‘queen control’ atau mahu menyekat kebebasan suami. Namun, penulis percaya Johan sendiri yang tidak mahu punya telefon bimbit sendiri dan lebih selesa menggunakan telefon isterinya. Penulis pernah menemubual dah bersembang dengan pasangan sejoli ini, ternyata Johan jenis yang serahkan semuanya kepada isteri.
Bagi, Johan semua yang dimilikinya adalah milik isteri dan anak-anak. Sebagai lelaki, dia mampu hidup berdikari walau apa pun yang terjadi. Tetapi, sehingga handphone pun Johan tidak mahu punya sendiri? Memang luar biasa, bukan? Inilah realitinya apabila kebanyakan hal dan urusan suami diuruskan isteri. Jadi, apa perlunya ada sendiri – mungkin itu fikir Johan?
Dan, keadaan ini sudah berlaku berbelas tahun ya! – Tulis Ozlynn di ruangan komen.
Semua Rahsia Dalam Kocek Ozlynn
Secara bergurau, Ozlynn menyatakan, “kalau geng-geng game Johan yang mesej ajak bertarung tu, semua itu akan dipantau oleh Ozlynn.” Hahaha... Memang salute suami yang seperti ini. Walaupun berkemampuan untuk beli telefon bimbit paling canggih, Johan tetap dengan gaya sederhana dan selambanya.
Selagi ada Ozlynn di sisi, tiada apa perlu dirisaukan. Hal-hal kerja pun melalui Ozlynn kerana isterinya juga bertindak sebagai pengurus. Apabila ditanya netizen, bagaimana kalau Johan keluar mahu melepak dengan kawan-kawan? Jawab Ozlynn, Johan tiada kawan lepak dan kalau melepak pun akan diangkut satu keluarga. Kira, okeylah pilihan Johan untuk tidak memiliki handphone kerana Ozlynn sentiasa ada bersama.
Must-Watch Video