Highlights

Jom Mulai Esok, Kita Kurangkan Masa di Dapur, Raikan Pula Ramadan – Seadanya Menu Berbuka, Setahun Tak Jumpa Ni...

Afiza Kamarulzaman
23/04/2020
02:00 MYT
Sudah setahun kita tidak jumpa dengan Ramadan al-Mubarak, tentulah apabila ia akan muncul, persiapan rapi sudah dibuat. Hati berdebar-debar bagaikan mahu berjumpa dengan kekasih hati. Allahu, tidak sabarnya mahu melepaskan rindu yang lama terbuku. Lagi pula kita tidak pasti adakah tahun hadapan kita dapat lagi berjumpa denganya? Nyawa kita bukan milik kita. Tiada jaminan untuk kita kata, ‘tak mengapa tahun depan ada lagi’.
Ayuh saudara-saudaraku semua, kita imarahkan bulan yang mulia ini walaupun dalam keadaan terkurung di rumah. Walaupun masjid tidak lagi mampu kita kunjungi, namun besarkan hati kita untuk ‘pulun’ sebanyaknya amal ibadah di rumah sendiri, bersama ahli keluarga atau teman-teman yang sebumbung. Mari kita senaraikan jadual waktu kita dari hari pertama hingga ke 30 Ramadan agar kita tidak kerugian.
Kredit Foto: Google
Kenapa Kena Kurangkan Aktiviti Memasak?
Aktiviti memasak pada kala ini dilihat sebagai aktiviti utama masyarakat ketika PKP ini. Apa lagi yang mahu dibuat, kan dalam keadaan diri terkurung di dalam rumah, tidak boleh ke sana ke sini? Memasaklah aktiviti paling relevan dan menyeronokkan untuk seketika berada di rumah, meraikan selera bersama keluarga. Tidak salah, malah ada pahala untuk yang menyajikan juadah enak-enak buat keluarga.
Namun, kebetulan pula PKP ini juga jatuh pada bulan Ramadan, sudah tentunya inilah hikmah terbesar yang sengaja Tuhan turunkan untuk umat Nya. Nah, sudah puas lebih 35 hari kita meraikan keluarga dengan sajian enak dan meriahkan dapur dengan pelbagai resipi baru, apa kata kita ‘reserve’ untuk sebulan ini rutin kita lebih tertumpu pada amal ibadat kerana ganjaran pahalanya berganda-ganda berbanding bulan-bulan lainnya.
Memasak yang beria-ia itu, kita ‘hold’ dulu untuk Hari Raya nanti. Waktu itu, bolehlah kita gerakkan balik jentera dapur kita dengan pelbagai menu meraikan hari kemenangan itu. Manalah tahu, kemenangan berganda akan kita raikan andai kita menang melawan wabak Covid-19 itu pada 1 Syawal nanti. Lagi pula, dibimbangkan jika terlampau banyak tenaga dihabiskan dengan duduk di dapur, kita akan keletihan untuk fokus pada ibadat nanti. Jadi, anda lebih tahu kemampuan diri setakat mana, kan?
Kredit Foto: Google
Ayuh, Banyakkan Amal Ini Ketika Ramadan:
  • Solat tarawih yang boleh dilakukan di rumah bersama suami dan anak-anak.
  • Solat sunat lainnya seperti dhuha, taubat, witir, tahjud dan sebagainya.
  • Membaca Quran dengan menyasarkan untuk khatam sebaik habis Ramadan.
  • Basahkan lidah dengan zikir dan selawat walau pada ketika duduk-duduk saja.
  • Sedekah dan mendermalah
  • Jaga lidah dan kata-kata walaupun pada tulisan di media sosial
  • Kawal kemarahan, banyakkan beristigfar, sabar dan berfikir yang baik-baik
  • Lipat gandakan beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah saw apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadan, diimarahkannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
  • Banyakkan berdoa
Kredit Foto: Google
Semoga Berkat Amal Ramadan Ini Menamatkan PKP
Inilah kebetulan yang sangat indah apabila PKP jatuh ketika bulan Ramadan. Ambillah kesempatan ini untuk memanjatkan doa setiap hari sepanjang berpuasa dan sebelum berbuka puasa untuk memohon kepada Allah swt agar wabak Covid-19 ini dibawa pergi dari muka bumi ini. Mohonlah kepada Allah agar negara kita kembali aman dan selamat dari wabak penyakit berbahaya.
Sesungguhnya doa di bulan Ramadan ini sangat mustajab. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah). Dan, sudah dinyatakan bahawa sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin. Jadi, mengapa kita sia-siakan senjata paling tajam ini?
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Dugaan Memang Banyak, Tapi Allah Rezekikan Kami ..." - Amy Mastura Selamat Tunai Haji, Peminat Puji Tak Menunjuk-Nunjuk

gempak
06/07/2024
02:50 MYT
Penyanyi Amy Mastura memanjatkan rasa syukur dapat menyelesaikan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini.
Berita

Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

gempak
16/06/2024
09:07 MYT
Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.
Berita

10 Awal Zulhijah Terkandung Semua Ibadah, Hari Paling Baik Dalam Setahun

gempak
07/06/2024
12:55 MYT
Bulan Zulhijah merupakan salah satu daripada empat bulan haram di dalam Islam dan disebut juga sebagai bulan haji dek kerana kemuncak pelaksanaan ibadah haji berada pada bulan ini.
Viral

Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah

gempak
12/04/2024
13:55 MYT
YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar diketahui sedang menunaikan umrah bersama isteri, Aurel Hermansyah dan keluarga besar mereka.