,
Highlights

Jurusolek, Khir Khalid Jawab Isu Solekan MIRA FILZAH Buruk – “Saya Harus Bangga Dengan Karya Asli Saya.”

Afiza Kamarulzaman
10/06/2020
11:17 MYT
Selama hampir 20 tahun bergelar jurusolek profesional, bergelut dengan pelbagai cabaran industri kecantikan, bersama hamparan pelbagai tugasan yang menguji, jarang sekali hasil solekannya dipertikaikan. Apatah lagi menidakkan magis yang ada pada setiap sentuhan yang dihasilkan oleh jemari emas figura bernama Khir Khalid ini.
Jadi, apabila baru-baru ini hasil solekannya kepada Mira Filzah untuk penggambaran kempen koleksi baju kahwin Rizman Ruzaini mendapat kecaman hebat daripada netizen, ia benar-benar mengejutkan. "Sakit dada saya membaca komen-komen mereka..." Sepatah kata Khir saat penulis mengubunginya sebentar tadi.
Kredit Foto: IG Khir Khalid
Solekan Buruk, Nampak Tua, Kusam?
Itu antara komen-komen para netizen pada gambar Mira Filzah yang dimuat naik oleh Khir pada 8 Jun yang lalu; selepas sahaja tamat penggambaran kempen koleksi kahwin Rizman Ruzaini. Mendapat lebih tiga ribu likes dan ratusan komen, Khir agak terkilan dengan kata-kata orang yang kebanyakannya bukan pun daripada golongan yang pakar dalam hal persolekan.
“Saya tidak kata netizen tidak berhak memberi komen tetapi saya juga manusia biasa, ada hati dan perasaan. Memang ada komen yang buat saya ketawa saja membacanya, tetapi ada sesetengahnya menulis dengan terlalu dasyat yang tak boleh diterima dek akal. Saya okey untuk menerima kritikan membina tetapi bukan komen merapu yang saja suka-suka nak menambah perasa!”
Kredit Foto: Khir Khalid
“Saya Harus Akui Mira Milik Rakyat”
Solekan pada hari itu bertemakan sentuhan indah untuk seorang ratu sehari. Sentuhan Khir yang sentiasa menjadi dambaan kebanyakan pengantin itu, cuba untuk memberi kelainan kepada wajah Mira Filzah yang sudah biasa dengan solekan simple dan polos sebelum ini. Mira mempunyai wajah ‘gadis baik’ dan jarang bereksperimen dengan solekan ‘berkonsep’ atau lebih ‘fesyen’.
Apabila tiba-tiba dia diubah oleh Khir dengan sentuhan sebegitu, ramai yang bagaikan terkena ‘kejutan elektrik’. Peminat Mira tidak boleh terima wajahnya ditransformasi sedemikian rupa. "Ya, saya harus akui Mira milik rakyat marhain yang sukakan dia dalam keadaan sederhana dan polos sahaja,” Ujar Khir jujur saat mengulas faktor mengapa ramai tidak senang dengan solekan itu?
Kredit Foto: Khir Khalid
Orang Kita Suka Yang Flawless dan Sempurna
Kongsi Khir lagi, gambar tersebut 100 peratus asli, tidak diedit dan tanpa menggunakan sebarang filter. Malah, diambil ‘panas-panas’ sebaik Mira selesai dirakam lensa. Tanpa bantuan pencahayaan mahupun props. Jadi, ia memang dimuatnaik ‘fresh from oven’. Niat Khir hanya mahu berkongsi keterujaannya terhadap karya terbarunya selepas lama tidak memegang berus solekan dek PKP.
“Tidak sangka pula orang tidak boleh menerimanya. Mana ada yang sempurna? Tetapi orang kita sudah biasa dihidangkan dengan gambar-gambar yang indah yang menggunakan berlapis-lapis filter dengan kesan edit yang melampau-lampau sehingga hilang keaslian gambar itu. Apabila saya membuat kelainan ini, ramai yang tidak mampu menerimanya,” Ulas Khir.
Cantik dan Seni Itu Subjektif
Namun, kata Khir, dia tidak mampu mengubah persepsi dan ‘mata’ seseorang dalam menilai makna cantik itu. Sebagai jurusolek, dia sudah cuba memberikan yang terbaik dan mahu mendidik orang kita memahami erti sebenar trend solekan yang sangat subjektif. Apa pun, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian.
“Saya tidak akan ubah diri dan karya saya semata-mata untuk memuaskan hati netizen yang hanya tahu komen. Saya adalah saya dan hanya yang faham hasil karya saya saja yang akan menghargainya. Apa pun, saya terima semua pendapat yang diberi. Pasti ada hikmah dan pelajaran untuk saya juga jurusolek lainnya. Kami hanya perlu terus berjuang dengan identiti kami agar industri ini terus dihuni oleh mereka yang benar-benar mampu berkarya,” Akhiri Khir Khalid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Laman Utama

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”

gempak
05/12/2023
15:55 MYT
Tahniah Mira!
Laman Utama

Didakwa Tak Boleh Bekerjasama Dengan Mira Filzah, Ini Respon Zizan Razak!

gempak
05/10/2023
08:49 MYT
Macam mana boleh timbul cerita tu?