gaya hidup
Katalog Baju Raya Makin Rancak – Saja Tanya, Dah Ganti Puasa? Kalau Belum, Jangan Lupa Bayar Fidyah Ya.
Menjadi kelaziman bagi sesetengah orang, bergelut tunaikan puasa ganti saat-saat akhir menjelang Ramadan yang hanya berbaki kurang 20 hari. Dan jika tidak sempat berpuasa, alternatif mudah dan jalan singkat adalah dengan membayar fidyah. Tetapi tahukah anda tidak semua boleh dianggap selesai hanya dengan membayar fidyah? Kerana bagi masalah tertentu, puasa ganti masih perlu dan tetap dilakukan untuk menyempurnakannya.
Kredit Foto: Google
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
Kredit Foto: Google
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)Hikmah Pensyariatan Fidyah
a. Sebagai bentuk penebusan terhadap ketidaksempurnaan dalam melakukan sesuatu ibadah yang menyebabkan pelakunya berdosa;
b. Sebagai jalan keluar yang disediakan oleh Islam bagi mereka yang menghadapi masalah dalam melakukan ibadah; dan
c. Sebagai rukhsah (keringanan) bagi mereka yang tidak mampu melaksanakan ibadah secara badaniyyah dengan menggantikannya dalam bentuk
Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
1. Meninggalkan Puasa Kerana Tua
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya.
2. Sakit Kronik
Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.
Kredit Foto: Google
3. Hamil
Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.4. Menyusukan Anak
Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
5. Musafir Atau Sakit Dan Tidak Qada’ Puasa Pada Tahun Ia Ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
7. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 675g dinilai dengan kadar RM 1.80.
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan.
Kalkulator Fidyah
Kredit Foto: www.zakatselangor.com.my
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Bahkan bagi memudahkan orang ramai membayar fidyah, ia boleh dilakukan secara online dan rujuk laman web agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sumber: www.zakatselangor.com.my/ dan www.mais.gov.my/
Must-Watch Video