gaya hidup

Kawan TIKAM Belakang Ke Depan Ke, Tinggalkan Saja – Orang Begini Tak Layak Ditemani, Biarkan Dia.

gempak
Afiza Kamarulzaman
27/01/2021
15:07 MYT
Sponsor Banner
Kawan TIKAM Belakang Ke Depan Ke, Tinggalkan Saja – Orang Begini Tak Layak Ditemani, Biarkan Dia.
Berkawan memang menyeronokkan, merekalah membawa keceriaan dalam kehidupan selain pasangan, anak-anak dan keluarga lainnya. Malah, ada sesetengah orang lebih rapat dan selesa bercerita apa saja dengan kawan-kawan berbanding ahli keluarga sendiri. Mungkin ada kawan yang lebih memahami dan bijak memberi nasihat.
Apa salahnya, kalau kawan itu memang boleh dipercayai dan sekepala. Ada yang berkawna dari kecil hingga dewasa. Seorang teman memberitahu, dia rindu zaman sekolah, rindu kawan-kawan sekelas kerana baginya kawan-kawan lama itulah sebenarnya kawan berbanding kawan di alam pekerjaan.
Bagi penulis, tiada apa yang membezakan makna persabahatan menerusi zaman. Tidak kiralah kawan sekolah rendah ke menengah ke, kampus ke, kawan sepejabat ke, kalau sudah namanya kawan, status mereka kepada kita tetap sama. Yang membezakan adalah sikap dan hati kawan itu sendiri dan bukan bila kita kenal mereka?
Kredit Foto: Google
Ikhas Berkawan Tapi Hati-Hati Yang Khianat
Memang bagus berkawan dengan hati yang ikhlas dan terbuka, kita memberi sepenuh kepercayaan dan kasih-sayang kepada mereka yang kita terima sebagai kawan. Namun, bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati belum pasti. Ada yang nampak baik depan kita belum tentu belakang pun berkarekter yang sama.
Susah bukan? Kerana apabila kita ikhlas, kita juga mengharapkan yang sama daripada kawan itu. Namun, tiada daya untuk kita memegang hatinya untuk berasa yang sama seperti kita rasa. Ini dua kisah sahabat penulis yang ada ditikam depan-depan dan belakang juga. Baca dan jadikan pengajaran.
Anis Ditikam Kawan Depan-Depan
Kisahnya Anis dengan sahabat lama yang sudah berkawan bertahun-tahun sehingga mereka bekerjaya. Anis lebih cantik dan berjaya berbanding kawannya, Nita. Dipendekkan cerita mereka terminat lelaki yang sama, Bakri. Namun, seperti sudah dijangka, Bakri memilih Anis sebagai pasangan.
Dibentak rasa cemburu, Nita melakukan perlbagai cara untuk memenangi hati Bakri. Tidak cukup dengan cara tersirat, akhirnya Nita menggunakan cara yang lebih ‘kasar’. Nita menabur pelbagai fitnah dengan mengada-adakan cerita buruk Anis yang dicipta semata. Akhirnya Bakri termakan hasutan dan akhirnya meninggalkan Anis dan mendampingi Nita.
Anis bersemuka dan ya Nita mengakui yang dia memang mencintai Bakri dan dengki dengan kebahagian Anis. Kata Nita, “Aku jahat depan-depan. Aku tak sorok dari engkau!” Bangga Nita dapat menumpaskan Anis secara terang-terangan dan Anis hanya mampu reda dan menangis semahunya.
Kredit Foto: Google
Suraya Disantau Kawan Tikam Belakang
Suraya pula seorang ushawan berjaya, kaya dan memiliki ramai kawan. Semua kawan baik-baik belaka, sentiasa bersama, bergelak tawa dan sentiasa ada meraikan kejayaan Suraya. Diringkaskan cerita, satu hari Suraya muntah darah dan pengsan. Setiap kali waktu Asar, Suraya akan meracau sehingga menjejaskan kesihatan dan perniagannya.
Makin hari makin teruk. Seorang demi seorang kawannya menghilangkan diri apabila Suraya mulai berdepan pelbagai masalah terutamanya berkaitan duit dan perniagaannya. Suraya akhirnya dibawa keluarga berjumpa Ustaz untuk berubat. Kata Ustaz, Suraya disantau orang yang dikenali kerana dengki.
Namun, Ustaz tidak mahu memberitahu siapa gerangannya? Kata Ustaz tak perlu tahu, cukuplah berubat saja dan sebaiknya Suraya pindah sajalah dari rumah itu, tinggal di tempat yang orang tidak tahu. Setelah beberapa bulan berubat, akhirnya Suraya sembuh sepenuhnya.
Suraya mengikut nasihat Ustaz itu. Suraya menjual rumah lama dan berpindah ke negeri lain dan mengusahakan perniagaan kecil di satu daerah di pantai timur. Suraya berhijrah sepenuhnya. Derita dan kesakitan lalu cukup mengajarnya dan Suraya serik untuk melaluinya lagi.
Sehingga kini, Suraya tidak tahu siapa kawan yang menikamnnya dari belakang itu. Kata Ustaz, santau itu diletakkan dalam minumannya dan pastilah orang itu orang yang rapat yang selalu berkongsi pinggan dan tidur sebantal dengannya. Entahlah, Suraya tidak mahu memikirkannya lagi.
Kredit Foto: Google
Jangan Mudah Percaya, Jaga Diri
Begitulah perihal kawan-kawan. Kalau mahu dihuraikan terlalu panjang. Apa pun, kita tidak boleh berhenti berkawan kerana kawan juga penyeri kehidupan dan diperlukan saat susah dan senang. Tidak semua kawan begitu. Namun, jika ada naluri hatimu berkata yang si polan itu lagaknya seperti berbahaya, tidak salah untuk mengambil langkah waspada.
Jarakkan diri dan cukuplah sekadar kawan hai-hai, bye-bye. Jangan terlalu rapat dan mempercayainya. Tiada ruginya kehilangan kawan seperti itu kerana pasti ada ganti yang lebih baik. Semoga kita dijauhi daripada kawan-kawan yang membawa mudarat, sebaliknya dihadirkan dengan insan-insan baik yang membawa manfaat. Amin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live