Highlights

Kebaikan PKP – Ramai Dah Pandai MASAK, Suami Jadi Prihatin, Solat Tepat Waktu, Belajar Berjimat, Tahu Kawal Emosi.

gempak
Afiza Kamarulzaman
13/04/2020
10:39 MYT
Sponsor Banner
Kebaikan PKP – Ramai Dah Pandai MASAK, Suami Jadi Prihatin, Solat Tepat Waktu, Belajar Berjimat, Tahu Kawal Emosi.
Mahu jadi positif, kena fikir positif. Buangkan segala rasa dan firasat negatif yang ada. Cakap senang? Lebih senang untuk difikirkan kemudian dilahirkan. Tak perlu dicakap-cakap. Okey, duduk sekejap, tarik nafas dan lapangkan dada. Cuba fikir sejenak, selama lebih 25 hari ini duduk berkurung di rumah, tidak boleh keluar sewenang-wenangnya, apa yang kamu dapat ubah cara hidupmu? Daripada yang negatif kepada positif?
Jangan kata tiada. Pasti ada satu atau dua nilai kebaikan yang berjaya kamu buat selama tidak membuang masa yang sia-sia di luar rumah. Mungkin benar, PKP ini memberi tekanan dan menganggu rutin harianmu, namun jika difikir daripada sudut positif banyak yang baik boleh kami jadikan pedoman dan diteruskan walau selepas PKP ini nanti. Pasti ada yang akan merinduinya; sesuatu yang tidak boleh diulang selepas PKP tamat.
Kredit Foto: Google
Banyak Menu Baru Dipelajari
Ini antara yang paling ketara sekali. Kebanyakan para ibu terutamanya, sudah banyak mencuba pelbagai menu baru. Jika sebelum ini, hanya tahu memasak makanan yang asas sahaja seperti lauk-pauk kampung, tetapi bakat terpendam nampaknya semakin berjaya dikeluarkan selepas PKP dilancarkan. Ada yang sudah pandai membuat kuih, membakar kek, menguli roti, mendeko pencuci mulut dan sebagainya. Suami dan anak-anak makin bertambah selera makan di rumah hasil air tangan ibunya.
Kredit Foto: Google
Suami Lebih Prihatin
Nampakkan? Kebanyakan suami sudah boleh habiskan banyak masa di rumah bersama isteri dan anak-anak. Bukan senang, kan dapat berkepit sepanjang masa dengan lelaki bernama suami? Bukan setakat dapat selalu tengok depan mata, suami pun sudah boleh diharap untuk ke kedai membeli barang keperluan. Bolehlah juga disuruh membersihkan laman atau tengok-tengokkan anak.
Kredit Foto: Google
Solat Tepat Waktu
Inilah yang menyedihkan untuk kebanyakan orang yang bekerja. Selama ini kita selalu solat di hujung-hujung waktu. Ada pula tu yang terpaksa mengqada kerana tidak sempat mengejar waktu dan ada yang langsung terlupa dek leka dengan urusan kerja yang tak pernah habis. Namun, PKP ini membuatkan kita jadi sebaliknya. Bukan setakat dapat solat tepat waktu, malah ditambah dengan amalan-amalan sunat lainnya. Allahu, bahagianya.
Kredit Foto: Google
Banyak Dapat Berjimat
Betul tau. Dengan duduk di rumah, banyak kos yang dapat kita jimatkan seeprti duit minyak kereta, tol, makan di luar, berjalan-jalan dan sebagainya. malah, kemampuan untuk membeli-belah pun terhad. Jadi, kita hanya beli benda-benda keperluan yang penting sahaja.
Kredit Foto: Google
Bijak Kawal Emosi
Dalam keadaan tertekan seperti ini, kita ‘terpaksa’ melawan emosi yang mungkin tidak stabil kerana kita tiada pilihan. Kita mampu untuk cuba bertenang, mengawal kemarahan dan rasa ingin memberontak. Kita harus terus untuk duduk di rumah kerana di luar akan lebih menyakitkan dan berbahaya. Bukankah ia suatu ‘paksaan’ yang baik untuk kita pujuk hati agar sabar dan tenang.
Kredit Foto: Google
Lebih Hargai Kehidupan
Dengan segala nikmat yang Tuhan tarik seketika dan sedikit ini, mengajar kita untuk bersikap lebih bersyukur dan menghargai semua keindahan hidup yang telah kita nikmati sebelum ini. Kebebasan, keluarga, keseronokan dan segala-gala yang telah Tuhan pinjamkan yang mugkin buat kita terleka untuk gantikan dengan kepatuhan kepada suruhannya. Jadi, inilah masanya untuk kita muhasabah seketika jika ada kekhilafan yang tidak disengajakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live