gaya hidup

Kementerian Pertimbang Buka Lebih Banyak Destinasi Pelancongan – Rakyat MERAYU Nak Balik Kampung Je!

gempak
Afiza Kamarulzaman
20/09/2021
09:43 MYT
Sponsor Banner
Kementerian Pertimbang Buka Lebih Banyak Destinasi Pelancongan – Rakyat MERAYU Nak Balik Kampung Je!
Ternyata, gelembung perlancongan yang dilancarkan bermula dengan Pulau Langkawi baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan apabila tiket kapal terbang dan hotel menerima tempahan tinggi.
Menurut laporan Awani, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mengadakan perbincangan bagi membenarkan rentas negeri dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perbincangan berhubung perkara itu dijangka dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi untuk membolehkan para pelancong merentas negeri.
"Apabila rentas negeri itu dibuka, orang luar boleh masuk (ke negeri lain). "Ia (Kementerian) telah senaraikan nama-nama destinasi bukan sahaja pulau, (tetapi) termasuk kawasan darat seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill dan lain-lain destinasi. Ini boleh menarik minat orang untuk bergerak sebab pelancongan adalah mengenai mobiliti.
"Apabila mereka bergerak, ekonomi kita juga boleh meningkat," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14, di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Nancy berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berharap agar gelembung pelancongan di destinasi selain Langkawi dapat dipercepatkan.
Mengulas lanjut, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata setakat ini perkhidmatan hotel dan destinasi pelancongan hanya dibenarkan untuk pelancong dalam negeri sama sahaja.
Namun, tegas beliau, kementerian komited memastikan aktiviti rentas negeri untuk tujuan pelancongan dibenarkan, sekali gus membantu mereka yang terjejas dalam sektor tersebut.
Alang-Alang, Bagi Rentas Negeri Menyeluruh – Rakyat
Namun, kebanyakan rakyat berpendapat, alang-alang sudah mahu membuka pintu sempadan negeri untuk tujuan pelancongan, mengapa tidak dibenarkan sahaja aktiviti rentas negeri secara umum tanpa perlu melalui gelembung pelancongan.
Ada yang bersuara menyatakan, kenapa hanya sektor pelancongan yang mahu diselamatkan sedangkan banyak lagi sektor lain yang turut terjejas yang boleh dibantu secara sama rata. Jika dibenarkan rentas negeri, peniaga-peniaga di kawasan R&R boleh bernafas semula.
Begitu juga pengusaha dan pekerja pam minyak dan banyak lagi usahawan dan pekerja yang boleh kembali ‘bernafas’ dengan adanya aktiviti rentas negeri secara menyeluruh.
Seorang netizen menulis, “kita faham dengan bahaya wabak ini, tapi kita kena belajar untuk hidup dengannya. Jika kerajaan sudah berani untuk buka sektor pelancongan, mengapa tidak dibenarkan aktiviti lain juga dengan pematuhan SOP dan untuk mereka yang sudah merima suntikan vaksin dua dos.”
Apa pun, semua ini hanyalah suara rakyat secara tidak langsung sahaja. Kita faham dengan keadaan kerajaan yang terpaksa mempertimbangkan banyak faktor, namun diharapkan harapan dan suara rakyat ini tidak dipandang sepi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024