Read

Kempen Kitar Semula GUESS DENIM — 191.5 Kg Pakaian Denim Berjaya dikumpulkan!

gempak
Public Anonymous User
17/10/2018
03:24 MYT
Sponsor Banner
Kempen Kitar Semula GUESS DENIM — 191.5 Kg Pakaian Denim Berjaya dikumpulkan!
Oleh: Norhaizan Ahmad

FJ Benjamin Sdn Bhd menerusi jenama GUESS baru-baru ini telah bekerjasama dengan Kloth Malaysia dengan menganjurkan Kempen Kitar Semula GUESS Denim (Denim Recycling Campaign) yang bertujuan memelihara alam sekitar dengan melindungi masa depan pakaian daripada fabrik tersebut, sekali gus memberikan kembali kepada masyarakat yang memerlukan.
Hasil daripada kempen ini, sejumlah 191.5 kilogram pakaian denim berjaya dikumpulkan. Tahniah FJ Benjamin dan Kloth Malaysia.
Mungkin anda tertanya-tanya apa itu Kloth Malaysia bukan? Kloth Malaysia adalah sebuah syarikat pakaian mapan berpangkalan di Malaysia yang membangunkan produk mudah pakai berasaskan kain yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Justeru, kempen dengan hasil kerjasama Kloth Malaysia sangat bertepatan.

Dan sebagai jenama yang bertanggungjawab secara sosial, GUESS memulakan ‘Denim Recycling’ untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula pakaian denim lama atau pakaian denim yang tidak digunakan untuk tujuan kebajikan.
Kesemua denim yang dikumpulkan, kemudiannya diproses oleh Kloth Malaysia lalu disumbangkan kepada negara-negara dunia ketiga terpilih dan rakan kongsi amal seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).
Menurut Pengurus Jenama GUESS, Donny Tan, “Kami gembira untuk melakukan tugas kami dalam mengurangkan sisa dan memulakan tanggungjawab alam sekitar yang lebih besar. Dianggarkan ada berjuta-juta pakaian yang berakhir di tempat pembuangan sampah setiap tahun.
Oleh itu, kempen ini dimulakan dengan harapan dapat mempromosikan kemapanan serta menggalakkan pelanggan kami mengitar semula pakaian mereka. Setiap helaian mempunyai nilai dan kami ingin menjadikannya semudah mungkin untuk pelanggan kami mendapat manfaat daripada pakaian denim lama ataupun yang sudah tidak digunakan lagi.”

A post shared by GUESS (@guess) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024