Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kemut-kemutkan Perut dan Punggung Bila Naik Tangga” — Ini Rahsia ZAKIAH ANAS Mantap dan Lawa!

Public Anonymous User
06/07/2017 05:39 MYT

Oleh: Afiza Kamarulzaman

Sesuatu yg bakal dikongsi kann....soon....#byzakiahanas

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on

MENGENALINYA hanya di kaca televisyen sejak di bangku sekolah, saya mengandaikannya seorang yang tegas, serius dan mungkin ‘memilih’ untuk berbual. Hari ini, saya lontarkan jauh-jauh andaian itu. Nah, Zakiah Anas masuk ke studio dengan gelak tawa keramahan. “Badan meletops!” Kata jurusolek, Najeeb Azami. Seronok berbual dengannya, apa lagi tentang hal-hal kecantikan.

Kalau orang kata menjaga kecantikan itu satu pelaburan untuk jangka masa panjang, Zakiah Anaslah contohnya. Kenapa? Baca sampai sudah temu bual ini. Oh, jangan tak tahu kerana semua rahsia ingin dikongsinya, saya tidak perlu mengajukan banyak soalan kerana satu jawapannya sudah menjawap hampir tiga soalan berikutnya.

Masih cantik jelita hingga kini, apa rahsia Kak Zack (Zakiah)?

Tidur kena cukup, baru esok bangun rasa segar. Amalan utama Kak Zack adalah minum empat gelas air masak sebaik bangun pagi. Besar azimatnya. Ia berfungsi sebagai detoksifikasi tubuh, membersihkan toksin dan melancarkan pembuangan air kecil. Dah lama Kak Zack amalkannya.

Menurut kajian yang dilakukan di Jepun terhadap pesakit kanser minor, setelah mengamalkan tabiat ini, kanser beransur hilang. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, Kak Zack amalkan makanan sunnah seperti cuka epal yang dicampur dua camca madu dan sedikit air, selain pengambilan suplemen dan sesudu minyak zaitun setiap pagi.

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on

Potongan badan macam anak dara?

Kak Zack ikut saranan diet seorang doktor di Indonesia; jangan makan pagi sebelum jam 11 dan berhenti makan sebelum jam tujuh malam. Kak Zack tidak makan di awal pagi kerana percaya badan memerlukan sedikit pergerakan sebelum disogok dengan makanan untuk memudahkan pembakaran. Dan makan malam sebelum jam tujuh.

Ketika itu, pergerakan fizikal kita terbatas. Kak Zack jenis yang tak reti duduk diam, tambah pula metabolisme tinggi. Jadi, apa sahaja pergerakan mudah keluar peluh. Adalah bersenam tapi bukan joging. Joging tak elok untuk perempuan, cukup dengan berjalan laju.

Kak Zack suka berjalan kaki. Kadang-kadang suka buat kerja gila dengan suami, berjalan kaki dari TV3 ke rumah di Desa Park City. Amalkan juga naik turun tangga. Jangan malas kalau setakat beberapa tingkat, elakkan lif. Sambil naik tangga, kemut-kemutkan perut dan punggung (ketawa).

#aurawhitesparklediamond ! Thanks @furynaazmeer #shakeshakeshakeuall #duostar

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on

Ada pantang apa-apa makanan?

Sebaiknya, segala amalan pemakanan semasa berpantang teruskanlah walau selepas 44 hari. Kak Zack elakkan makan sayur putih, makanan berangin dan sejuk hingga hari ini seperti kubis, taugeh, timun, tembikai dan lain-lainnya. Tapi, sebenarnya makanan ini boleh diambil jika dimakan ketika perut kosong maksudnya makan tanpa campuran makanan lain.

Adakah awet muda ini dimiliki secara genetik?

Alhamdulillah, Kak Zack akui adik-beradik semuanya jenis tak dimamah usia. Contohnya, kakak yang sulung sudah berusia 70-an tapi kelihatan sebaya dengan Kak Zack. Mungkin juga ini didorong oleh faktor gaya hidupnya yang kurang stres, maklumlah duduk di kampung.

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on

Seronoknya kalau dapat mengawal stres dengan mudah, bagaimana?

Entahlah ya, Kak Zack jenis orang yang mudah memaafkan orang, tidak suka sakit-sakit hati. Kalau ada masalah di rumah, jangan dibawa ke pejabat, begitu sebaliknya supaya kita ada ruang lain untuk melapangkan minda.

Jangan pergi mana- mana bawa stres. Untuk jadi cantik, hati jangan busuk. Bersihkan hati. Kalau ada masalah pun, senyum saja. Kak Zack jenis tak suka ambil tahu hal orang, sebab tu apabila hal-hal gosip di pejabat, Kak Zacklah orang terakhir yang tahu (ketawa).

Pentingkah menjaga penampilan sebagai personaliti televisyen?

Kita bukanlah selebriti tetapi wajah kita dikenali; lebih kerap dilihat sebenarnya berbanding artis. Kalau pun tak mahu bersiap beria-ia, cukuplah tampil kemas. Kak Zack sendiri kalau keluar rumah, suami bebel mesti lama. Ini penting kerana kita mewakili syarikat televisyen yang orang kenal. Tidak nanti orang kata, “Eh, kenapa di TV lain, kat luar lain.” Kak Zack memang tak boleh tengok orang kalau datang ke pejabat serabai.

Ya, simple okey tetapi jangan sampai selekeh. Tambah- tambah, bekerja di tempat seperti Kak Zack, kena sentiasa bersiap kerana kadang- kadang ada pelawat datang tak dijangka, ada pula yang nak ambil gambar. Cukuplah bersiap untuk sedap mata memandang. Selekeh itu tak cool, okey!

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on

Bagaimana kesedaran anak-anak muda kini tentang kecantikan?

Kurang kesedaran. Sebagai contoh, teguk minuman ais macam tak ada apa. Orang muda sekarang nak cantik segera, sedangkan kecantikan itu perlu dijaga sedari usia muda.

Apa yang dimakan, kesannya bukan sekarang, tunggulah masuk usia 40-an. Seperti apa yang Fiza nampak pada Kak Zack hari ini, Kak Zack mulakan sejak awal. Alhamdulillah, Kak Zack jarang demam, aktif dan kurang membazir membeli produk-produk mahal.

;