Malahan, ada anak-anak menjadi lebih beragam apabila bersama bapanya, ini termasuklah anak-anak yang selalu berjauhan dengan bapanya. Ini antara sebab kenapa anak perempuan rasa begitu dekat dan rapat dengan ayahnya?
- Ayah dilihat bagaikan hero kepada anak perempuan, mereka bersifat pelindung dan pastinya anak berasa selamat apabila berada bersama ayahnya.
- Ibu lebih banyak masa bersama anaknya berbanding ayah yang mungkin sibuk denga kerja. Jadi, apabila ada masa terluang, inilah peluang untuk anak meraih perhatian ayahnya sebaik mungkin, terutamanya anak perempuan yang bersifat lebih manja.
- Ayah lebih pandai menawan hati anak perempuan dengan cara lebih lembut dan memancing atau membeli jiwa anak perempuan. Berbanding ibu yang lebih bersikap ‘direct’.
- Inilah uniknya hubungan kontra antara dua jantina lelaki dan perempuan walaupun yang membabitkan hubungan antara ayah dan anak. Ia memberi kesan mendalam dalam sanubari anak perempuan apabila disayangi si ayah.
- Kebiasaannya ayah lebih ‘sporting’ berbanding ibu. Ayah bersikap terbuka dengan memberi kebebasan kepada anak untuk ‘explore’ apa saja berbanding ibu yang banyak pantang-larangnya.
- Teguran ayah biasanya lebih berhikmah. Ayah kurang membebel tetapi nasihatnya memberi kesan walaupun ringkas dan mudah dihadam oleh anak perempuan.
- Ayah menjadi idola anak-anak dan pastinya lelaki pertama yang dicintai si anak perempuan sebelum dia keluar menemui cinta lelaki lain.
- Sikap tegas atau kepimpinan ayah menjadi inspirasi anak perempuan. Mereka melihat karisma si ayah yang buat mereka rasa bangga apabila dapat ‘menawan’ perhatian dan cinta ayah kepadanya.
- Ayah sentiasa bersedia dengan aktiviti yang ‘adventure’ dan tidak membosankan!
- Ayah jarang berkata tidak pada kemahuan anak perempuan, betul?