Personaliti

“Kenapa Doc Main TikTok?” – “Moga Ada Saham Akhirat Buat Saya. Saya Bukannya Hidup Lama.” Dr Ahmad Samhan.

gempak
Huda Hussain
24/04/2021
14:48 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Doc Main TikTok?” – “Moga Ada Saham Akhirat Buat Saya. Saya Bukannya Hidup Lama.” Dr Ahmad Samhan.
Media sosial, jika digunakan dengan pendekatan yang betul dan memberi manfaat kepada sekian ramai orang makanya kebaikan jugalah yang diperoleh. Tidak dapat disangkal lagi, platform media sosial kini bagaikan satu medium penting dan punya ‘kuasa’ serta pengaruh yang tersendiri terhadap masyarakat. Apa yang tular, jadi buah mulut, yang terkini semuanya bermula disini. Ya, semuanya di hujung jari. Cumanya terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk menyalurkannya dengan cara yang bagaimana.
Kredit Foto: Google
Sekilas Mengenai TikTok TikTok atau dalam Bahasa Cina bermaksud Dǒuyīn) ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video bakat. Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China. Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik video muzik pendek dan lip-sync dengan durasi tiga hingga 15 saat dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat. Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan beberapa bahagian lain di dunia.
Seakan menjadi trend kini, sesiapa jua tanpa mengira latar belakang aktif bertiktok disana sini. Dan tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk beramal jariah dalam bentuk perkongsian ilmu, itulah yang dimanfaatkan Dr Ahmad Samhan. Berbekalkan kepakarannya sebagai pegawai perubatan, pelbagai informasi dan tips kesihatan dimuat naiknya untuk rujukan dan panduan setiap pengikutnya.
Kredit Foto: Fcebook Dr Samhan
Lantaran itu, ditulisnya pengalaman peribadinya sepanjang pandemik, tips kesihatan dan perkongsian mengenai pelbagai penyakit dalam format yang lebih mudah dan relatable.
Eh main tiktok ni dapat duit ke? Rupanya dah tiga bulan saya berada di platform Tiktok. Dari 0 followers, sekarang dah hampir 650k followers. Yang paling ‘best’ bila akaun saya telah disahkan (verified) oleh Tiktok. Bukan senang tau nak dapat blue tick. Ada yang cecah 2 juta followers pun tak dapat.
Kredit Foto: Facebook Dr Samhan
Banyak video-video Tiktok saya viral di Facebook, Instagram, Twitter dan group-group whatsapp. Ada video saya mencecah 9 juta tontonan! Ada juga followers saya datang ke klinik. Bila tanya, mereka tak follow di fb, twitter mahupun instagram. Mereka hanya follow di Tiktok. Kedatangan pesakit di klinik meningkat 100%. Ada yang tanya, ”Kenapa doc main tiktok?” Jawapan saya mudah saja. Moga ada saham akhirat buat saya. Saya bukannya hidup lama. “Saya follow doc di Tiktok. Saya dah buat tips tu. Memang hilang sakit saya. Terima kasih doc!”
Kredit Foto: Google
Kata-kata begini dah cukup buat saya. Walau tak bersemuka, ilmu secebis yang saya ada ini dapat melegakan seseorang yang kesakitan sudah memadai. Rasa puas sangat! Dan hari ini, saya terima bayaran dari Tiktok. Tak banyak, hampir 200USD lebih kurang RM800. Oklah.
Kredit Foto: Google
Semua ini saya sedekah pada asnaf. Mereka lebih memerlukan dan bukan niat asal saya untuk dapatkan bayaran dari Tiktok. Memadai ilmu yang saya sampaikan dapat diamalkan seterus bermanfaat pada followers saya. Itu dah cukup bagi saya. Terima kasih pada semua yang follow saya di Tiktok! Dr. Ahmad Samhan - Tiktoker yang tak pernah joget-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live