,
gaya hidup

Kenapa Kita Rasa Nak MARAH Apabila LAPAR? Silap Sikit Habislah, Orang Perempuan Lagilah!

Afiza Kamarulzaman
18/02/2021
02:42 MYT
Tabiat marah-marah, mudah tersinggung atau gelisah apabila dalam keadaan lapar bukanlah sikap kekal yang berterusan dalam diri seseorang. Individu yang penyabar atau sebelum ini jarang marah pun akan berubah karekter apabila dia berasa lapar. Bagaimana keadaan ini berlaku? Apa kaitannya dengan makanan?
Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘hangry’ – gabungan antara hungry (lapar) dan angry (marah). Ia menjelaskan fenomena di mana seseorang menjadi mudah marah saat lapar. Ketahui apa kata pakar berkenaan situasi ini?
Kemarahan Ketika Lapar Akibat Kurang Glukosa
Memetik kenyataan daripada The Huffington Post, Paul Currie, Pakar Perilaku Nafsu Makan dan Profesor Psikologi di Reed College, menerangkan bahawa rasa lapar dapat mengubah seseorang menjadi sangat emosional sehingga menjadi tertekan, stres, cemas dan kegelisahan.
Bagaimana ia berkaitan dengan makanan? Makanan adalah sumber energi utama bagi tubuh. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh akan dicerna dan diubah menjadi glukosa yang kemudian mengalir ke dalam aliran darah bersama nutrisi lainnya untuk menjadi energi bagi setiap sel dan jaringan tubuh. Glukosa adalah makanan utama bagi otak.
Marah ketika lapar adalah reaksi alami tubuh untuk memberitahu kamu bahawa masanya untuk kamu makan. Saat mulai lapar, jumlah nutrisi dan glukosa dalam badan akan perlahan menurun. Ketika otak tidak menerima cukup aliran darah bernutrisi, otak akan menganggap situasi tersebut sebagai situasi yang mengancam jiwa.
Berbeza dengan organ tubuh lain yang masih mampu menggunakan sumber energi lain supaya tetap berfungsi. Otak hanya bergantung pada glukosa untuk terus bekerja. Otak yang kekurangan energi kemudian akan lambat bekerja. Ini membuat kamu sukar untuk fokus, keliru, celaru dan bingung. Ada kala, ia turu memberi efek pada percakapanmu, menjadi tidak jelas dan membentak.
Apabila nutrisi tidak ditambah dan otak turut berasa lapar, ia mula mengarahkan tubuh untuk bekerja lebih lambat untuk mengawal emosi, seperti rasa marah. Signal lapar yang dikirim otak turut menyumbangkan pada pelepasan hormon stres adrenalin kortisol, yang membuatkan kamu jadi semakin sukar mengawal emosi.
Pada sisi lain, otak juga melepaskan hormon ghrelin yang dihasilkan di perut untuk memicu rasa lapar. Namun, reseptor penerima signal ghrelin tersebar di seluruh tubuh, termasuk dalam hipotalamus otak. Selain merangsang rasa lapar, ghrelin juga menghasilkan respon kecemasan yang akan hilang begitu saja apabila kamu makan.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Mengatasi Kemarahan Apabila Lapar?
Cara mudah untuk mengatasi perasaan ingin marah ketika lapar adalah dengan makan sebelum berasa terlalu lapar. Namun, pastikan pilihan sumber makanan yang tepat. Makanan ringan umumnya akan menghasilkan glukosa dalam jumlah yang besar. Ini membuatkan makanan diproses dengan cepat sehingga kamu cepat untuk rasa lapar kembali.
Dan ini, akan tetap membuatkan kamu semakin berasa ingin marah saat lapar datang kembali. Jadi, pilihlah makanan kaya nutrisi untuk memuaskan rasa lapar itu secara sihat dan sempurna.
Namun, ia bukanlah cadangan tepat untuk makan segera saat lapar apabila kamu dalam keadaan berpuasa atau sedang bekerja. Dalam situasi ini, fikirkan sahaja bahawa respon glukosa kamu akan bereaksi untuk mengembalikan kadar gula darah.
Selain itu, apabila tubuh cuba bertahan tanpa makanan, tubuh akan memecah cadangan lemak tubuh untuk dijadikan energi, beberapa di antaranya akan diolah menjadi keton, produk sampingan dari metabolisme lemak. Keton dianggap mampu membantu menjaga rasa lapar di bawah kawalan kerena otak boleh menggunakan keton sebagai ganti glukosa sebagai energi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kembali Ke Jakarta, Ameera Khan Kongsi Momen Makan-Makan Bersama Jefri Nichol - “So Happy To Be Back!”

gempak
14/11/2024
04:25 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan difahamkan sedang berada di negara jiran, Indonesia.
Hiburan

“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri

gempak
09/11/2024
08:55 MYT
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akui kekok apabila dipaksa memberitahu jadual pemakanannya setiap hari kepada jurulatih kesihatan gara-gara ingin memastikan tahap kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.
Gaya Hidup

Bukan Festival Makanan Semata, Havoc Food Fest Bakal Adakan Acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana!

gempak
24/10/2024
18:55 MYT
Memasuki tahun kelima penganjuran, Acara Havoc Food Festival kembali lagi.
Viral

Bengang Dengan Majikan, Orang Gaji Campur Air Kencing Dalam Makanan!

gempak
19/10/2024
11:49 MYT
Seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai orang gaji di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh, India, ditahan polis selepas memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya.
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

gempak
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Unitar