Highlights

Kenapa Lepas Kahwin, Berat Badan Naik dan Susah Nak Kurus Semula. Ini Semua Salah Suami, Betul Tak? Errr...

gempak
Afiza Kamarulzaman
08/08/2020
10:52 MYT
Sponsor Banner
Kenapa Lepas Kahwin, Berat Badan Naik dan Susah Nak Kurus Semula. Ini Semua Salah Suami, Betul Tak? Errr...
Hahaha... Jangan marah ya para suami. Tajuk bikin panas. Saja, untuk bagi motivasi kepada kami para isteri yang masih tercari-cari kekuatan untuk kurus. Masalah berat badan biasa dialami oleh ramai orang. Ternyata, semua wanita mengimpikan bentuk badan ideal, apatah lagi sudah bergelar isteri. Selain mahu terlihat cantik di depan suami, kita mahu nampak sihat dan ‘fit’.
Jadi, apa agaknya masalah besar para wanita terutamanya selepas bergelar isteri untuk mencapai impian itu? Bukan sahaja tidak mampu mengembalikan badan sebelum berkahwin, malah bertambah-tambah lagi berat badan dan kegemukan yang tak terbendung. Adakah faktor masa dan perubahan gaya hidup menjadikan wanita selepas berkahwin mudah gemuk?
Kredit Foto: Google
10 Faktor Wanita Susah Turun Berat Badan Selepas Kahwin:
  1. Faktor hormon adalah faktor penyumbang kepada masalah berat badan. Apabila berkahwin dan melahirkan anak, hormon dalam badan seorang isteri akan turut berubah. Antara hormonnya ialah testosteron, estrogen, insulin dan sebagainya.
  1. Semakin meingkat usia, semakin menurun paras metabolisme badan seseorang itu. Seperti yang kita tahu, metabolisme bertindak membakar lemak.
  1. Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita mengalami perubahan bentu badan setelah melahirkan anak. Apatah lagi jika beranak ‘kerap’. Memang ia akan memberi efek nyata pada bentuk badan.
  1. Masak dan makan menjadi rutin harian bagi isteri terutamanya jika mempunyai suami yang juga ‘kaki makan’. Ada kala makanan suami pula terpaksa kita habiskan. Ada suami yang sentiasa mahu isterinya menemaninya makan.
  1. Rutin sebagai isteri dan ibu yang sibuk membataskan masa untuk wanita memberi penekanan pada penjagaan dirinya seperti bersenam dengan teratur atau memasak makanan diet hariannya.
  1. Ada kala kita terlalai dengan perubahan diri sendiri sehingga tidak perasan berat badan semakin naik dek sibuk menguruskan rumah tangga.
  1. Tabiat makan lewat malam antara penyumbang utama. Kesibukan menguruskan anak-anak menyebabkan kebanyakan wanita terpaksa makan lewat. Ada juga yang suami sejenis mahu isteri sama-sama makan lewat malam bersamanya seperti pekena teh tarik dan roti canai di kedai mamak!
  1. Tabiat pemakanan yang menjurus kepada minat anak-anak seperti makanan segera dan makanan manis. Apatah lagi jika kita selalu menjadi penghabis makanan anak-anak yang tidak habis itu.
  1. Suami yang tidak menyokong usaha isteri untuk kurus juga menjadi faktor isteri sambil-lewa dan hilang motivasi untuk kurus. Betulke?
  1. Sikap terlalu selesa menyebabkan isteri terus dengan amalan gaya hidup menambah berat badan tanpa kawalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024