Walaupun kita hidup dalam zaman serba canggih dan meniti arus kemodenan, masih ada lagi dalam kalangan masyarakat yang berpegang kepada amalan khurafat sekali gus memesongkan akidah Islam sebenar. Hal ini kerana, masih ada lagi yang mengamalkan dan mempercayai adanya bantuan dan kuasa selain daripada-Nya Yang Maha Esa, Maha Berkuasa ke atas segalanya baik di langit mahupun di bumi.


Tidak dinafikan, bagi segelintir daripada kita ada yang berpegang teguh kepada amalan mahupun ritual nenek moyang. Selagi ia tidak melanggar hukum syarak tidak mengapa. Tetapi sekiranya bertentangan dengan ajaran Islam, maka seharusnya dielakkan. Jika pada zaman nenek moyang dahulu, amalan ‘memakai’, ‘membela’ bukanlah sesuatu yang asing. Ada yang ‘menggunakannya’ untuk berguru, menuntut ilmu, dijadikan sebagai pendinding dan sebagainya.


Tetapi sewajarnya apabila sudah mula celik, cakna dan faham semua fahaman dan pegangan itu harus dibuang. Kerana apa jua amalan yang mendekatkan kita dengan iblis, syaitan dan jin sama sekali dilarang dalam agama. Mungkin ada yang tertanya, dah 2020 tapi ada lagikah yang percaya dengan amalan seperti ini? Ya, tidak mustahil. Ia masih ada dalam kalangan masyarakat kita. Buktinya seperti apa yang dikongsikan wanita ini di Facebook. Sekadar panduan dan pengetahuan kita bersama.

Kredit Foto: Google

'Orang yang 'membela' ini suka pegang ibu jari kaki baby, hati-hati...'

Dari Info Ibu Hamil
Selamat petang, nak kongsi sikit pengalaman di sini. Pagi tadi pergi ke Klinik Kesihatan untuk checkup baby usia sebulan. Semasa sedang menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia agaknya dalam usia lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan. Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab seperti biasa sahaja.

Kredit Foto: Google

Tiba-tiba dia tanya, "Darah ada lagi ke?" Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, "Kadang-kadang saja ada." Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus cakap, "Jangan pegang kaki anak saya, makcik!" Mak mertua saya tak bagi!" Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya. Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang 'membela' ini kalau jumpa baby, tak kiralah baby ke, budak berusia enam tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan menangis atau menjerit.

Kredit Foto: Google

Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak. Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati walau dengan sesiapa pun. Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan.


Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung berusia dua tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk. Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan dari anak-anak kita.


Minyak zikir itu boleh buat sendiri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawa solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Kalau pening nak cari minyak apa, guna saja minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari di kedai gunting rambut India. Kalau bidan yang okey, diorang buatkan minyak celak.


Dari Perspektif Perubatan Dan Kesihatan
Memandangkan kes penularan Covid-19 masih berleluasa di negara kita, maka seharusnya jika anda ingin melawat bayi atau ibu yang sedang berpantang harus lebih waspada. Jangan sewenang-wenang atau dengan mudah sekali mahu memegang atau mencium bayi. Antara yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol adalah seperti berikut:

1. Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.

Kredit Foto: Google

2. Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress. Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.

3. Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi. Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.

Jadikan perkongsian ini sebagai rujukan dan panduan anda juga sebagai peringatan supaya lebih berhati-hati lebih-lebih lagi mereka yang kali pertama bergelar ibu bapa.