Personaliti

KISAH BENAR – Isteri Diceraikan Selepas Tiga Tahun Masih Tidak Dikurniakan Zuriat.

gempak
Afiza Kamarulzaman
25/02/2021
09:48 MYT
Sponsor Banner
KISAH BENAR – Isteri Diceraikan Selepas Tiga Tahun Masih Tidak Dikurniakan Zuriat.
Zana sudah mendirikan rumah tangga dengan Syed lebih tiga tahun yang lalu. Syed anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Sepanjang melayari bahtera itu mereka amat bahagia kerana berkahwin atas dasar cinta dan kedua belah keluarga juga saling merestui.
Namun, tahun demi tahun, perkahwinan mula terasa sunyi apabila masuk tahun ke tiga mereka masih berdua. Walaupun tidak merancang untuk memiliki zuriat secepat mana, tapi apabila ibu mertua Zana mula bertanya-tanya, hati Zana mula terusik.
Mereka baru terfikir kenapa mereka masih belum mendapat anak walaupun melalui hubungan suami isteri seperti biasa dan tahap kesihatan mereka juga baik-baik saja.
Kredit foto: Google
Mula Berusaha dan Berubat
Apabila ada yang menyarankan mereka berubat, Zana dan Syed positif untuk mencuba. Daripada rawatan tradisional, berurut, mengambil pelbagai jenis suplemen dan mengamalkan petua lama mereka kemudiannya mencuba rawatan IVF.
Dua kali percubaan gagal walaupun kedua-dua mereka disahkan normal. Doktor hanya mampu menasihatkan mereka untuk terus mencuba dan bersabar kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan ikhtiar, namun kuasa Allah jualah penentu segalanya.
Lama-kelamaan Syed mulai rasa penat. Penat untuk berubat ke sana ke sini. Apa lagi setiap percubaan itu menemui kegagalan. Sikit demi sikit nilai positif itu hilang dan semakin negatif apabila selalu disindir orang keliling.
Ibu Mertua Campur Tangan
Sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga pastinya kelahiran daripada benih Syed itu amatlah ditunggu-tunggu si ibu mertua. Apatah lagi Syed adalah anak pertama yang berkahwin. Ibunya tidak sabar mahu bergelar nenek.
Boleh dikatakan setiap kali bertemu, hal ‘bila nak dapat anak’ akan menjadi isu hangat antara mereka. Syed akan disoal bertalu-talu dan Zana hanya mampu tertunduk membisu, memendam rasa.
Makin lama, soalan-soalan ibu mertua makin berbisa sehingga tiada lagi tapisan. Ada kala Zana sengaja tidak mahu menghadiri sebarang majlis keluarga suami kerana tidak mampu bertahan untuk mendengar kata-kata tajam keluarga Syed itu.
Apabila diluahkan kepada Syed, Syed langsung tidak back up Zana, sebaliknya hanya menyuruh Zana sabar. Pernah sekali Syed berkata, “Dah memang betul kita tak ada anak, tentulah mummy pun rasa sedih. Kawan-kawan mummy semua dah jadi nenek!”
Ya Allah. Tuhan saja yang tahu perasaan Zana waktu itu. Kalaulah Zana ada kuasan untuk melekatkan janin di dalam rahimnya, setiap tahun Zana sanggup lakukan! Makin lama, Zana dihenyak rasa rendah diri dan bersalah apabila suami sendiri pun seolah menjauhi.
Kredit foto: Google
Akhirnya, Zana Mengundur Diri
Seperti yang telah diduga, sesuatu yang amat Zana takutkan selama ini, akhirnya Zana terjadi juga. Zana terhidu hubungan sulit Syed dengan perempuan lain. Zana dapat tahu apabila satu hari Syed tertinggal telefon bimbitnya di rumah.
Zana yang pergi kerja lewat daripada Syed tertengok satu kiriman WhatsApp daripada wanita bernama Tikah, “Bi, kita lunch sama ya hari ni. Rindu...” Teks itu bagai merentap jantung Zana.
Apabila Zana berkonfrantasi dengan Syed, Syed hanya membisu seribu bahasa. Mengiyakan tak, menidakkan pun juga tak. Maka, pastilah ia jawapan tepat mengesahkan memang mereka mempunyai hubungan istimewa.
Lebih menghampakan Zana apabila diluahkan kepada ibu metuanya, tiada langsung reaksi terkejut. Malah, ibu mertua kelihatan tenang dan seperti sudah mengetahui hal itu sebelum Zana. Apa lagi yang boleh Zana katakan?
Zana tidak mampu bertahan lagi. Bukan tidak sayangkan perkahwinan ini, tapi dia tidak mampu meneruskan sesuatu tanpa sokongan suami sendiri. Rawatan kesuburan sudah lama tidak diteruskan kerana Syed tidak mahu ikut serta.
Syed sudah tidak berminat lagi bercerita hal rumah tangga mereka. Setiap kali ajak berbincang, Syed akan terus keluar rumah. Kadang-kadang langsung tidak pulang dua, tiga hari.
Akhirnya, Zana tekad melepaskan status isteri kepada Syed. Walaupun jauh di sudut hatinya mengharapkan Syed akan datang memujuk ternyata hampa. Syed nampaknya senang sekali dengan keputusan Zana itu. Mungkin sudah lama ditunggu-tunggu!
Kredit foto: Google
Inilah Nilai Seorang Isteri Yang Tiada Berzuriat
Zana keluar sehelai sepinggan dari rumah mereka itu. Nampaknya hanya tiga tahun usia perkahwinan yang dipinjamkan Tuhan untuk mereka. Sungguh menyedihkan apabila Syed langsung tidak berkata apa-apa saat melihat Zana melepasi pintu rumah itu.
Dia leka dengan telefon bimbitnya.
“Terima kasih Syed atas kasih-sayang dan cintamu selama tiga tahun ini. Terima kasih kerana memilih aku sebagai isterimu untuk seketika. Mungkin ini hanya tempoh percubaan untuk kamu bersama aku. Cuma, aku terkilan begini sekali nilai yang engkau berikan kepada aku sebagai perempuan yang tidak mampu hamil untuk memberikan engkau zuriat keturunan...”
Hanya itu coretan Zana yang disimpan dalam telefon bimbitnya. Dia hanya mampu menaip semua itu tapi tidak tergamak untuk menghantarnya kepada Syed. Biarlah Syed meneruskan hidupnya tanpa sekelumit rasa bersalah.
Saat ditanya tidak mahu mencari pengganti? Zana kata dia serik dan takut. Lebihnya kepada takut. Takut untuk mengecewakan hati bakal suami nanti jika masih tidak mampu memberikannya zuriat.
Jika inilah suratan takdirnya, Zana terima dengan reda dan menganggap ini ujian untuknya menambah pahala sabar dan bersangka baik dengan sang pencipta. Insya Allah...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live