Kisah rumah tangga memang tak akan habis. Masalah hidup tak pernah lenyap. Daripada isu kewangan, orang ke tiga, seks, keluarga mentua dan sebagainya. Ini kisah Zue, 35 yang sudah 10 tahun bernikah dengan Daud, 37. Zue bekerja pejabat dan Daud seorang kakitangan perbankan.


Mereka dikurniakan empat orang anak masing-masing berusia 7, 5, 3 dan yang bongsu sembilan bulan. Bahagia ke? Anak dah berderet banyak tu, mesti happy je kan? Sangka kita begitulah apabila selang dua tahun ada saja anak kecil mengisi ruang keluarga.







Inilah luahan Zue tentang kehidupannya sebagai isteri yang ‘bekerja’ siang dan malam...


“Bukan saya nak buka aib sendiri tapi inilah realiti kehidupan saya sebagai isteri. Luaran orang tengok memang normal, suami saya pun okey-okey saja depan orang. Dia bekerja seperti orang lain juga. Gajinya cukup-cukup makan, saya tambahlah mana yang boleh. Kami hidup sederhana.


Itu saya tak kisah. Yang saya kisahkan tentang kepenatan saya sebagai isteri yang bekerja siang dan masih berkhidmat sampai lewat malam. Saya hanya berehat ketika tutup mata untuk tidur malam saja. Itu pun jam 12 malam baru dapat tidur, itu paling awal. Kadang-kadang, pukul 2 pagi baru boleh lelap.


Suami memang langsung tak bantu di rumah. Tugasnya hanya bekerja cari duit saja. Balik rumah dia jadi bos besar. Jangankan nak tolong tengok anak, angkat pinggan lepas makan pun tak pernah sekali.


Yang dia tahu menjerit suruh siapkan makan. Kalau anak-anak berkelahi, dia bangun masuk bilik. Anak-anak comot, dia bising kata saya pemalas biar anak tak terurus. Bila saya minta dia tolong, dia kata itu tugas isteri. Dia tak nak jadi suami kena cucuk hidung, dibuli isteri!


Suami saya ni terpengaruh dengan crowd kawan-kawannya yang jenis tipikal. Suami yang rasa diri tu ‘raja’ dan isteri ‘hamba’. Bagi mereka kalau suami tolong isteri dikira ‘dayus’. Pernah ada seorang kawan mereka tolong isteri cuci berak anak, terus dijadikan bahan lawak mereka bertahun-tahun. Dari situ saya tahu apa punca suami jadi macam tu?


Yang paling saya letih bila setiap malam dia ‘mahu’. Nampak je muka acah-acah ‘nerd’ tapi seleranya besar! Ada kala, sehari sampai dua kalil dia mahu melakukan hubungan intim. Kadang-kadang, belum sempat rambut kering, dia minta lagi. Saya tahu tanggungjawab isteri itu. Dosa kalau menolak.


Tapi, ada masanya saya tersangat penat. Bangun jam lima pagi siapkan anak-anak, terus ke pejabat. Jam tujuh petang baru sampai rumah. Balik bukan boleh rehat. Terus ke dapur siapkan makan malam, sambil tu siapkan anak lagi. Selesai makan malam, mandi, solat sambung buat kerja rumah.


Kerja rumah mana pernah habis? Kadang-kadang jam 12 malam baru dapat masuk bilik, itu pun lepas pastikan semua anak-anak dah lelap. Baru nak rebahkan badan, suami dah cuit-cuit. Bila kita kata penat, dia ceramahkan kita dengan hukum-hakam rumah tangga. Aduh...


Saya betul-betul penat. Saya beritahu nak ‘tutup kilang’, tak mahu lagi tambah anak. Saya mahu ikat peranakan saya, dia marah. Dia cakap saya tolak takdir. Saya tidak kisah nak beranak tiap-tiap tahun kalau dia jenis yang menolong. Dia cakap dia bangga anak ramai, kononnya ‘power’.


Saya tertekan, hari-hari makan hati. Dia jenis yang suka berdebat. Sepatah saya cakap, beribu patah dia bahankan saya. Akhirnya, saya diamkan saja, telanlah sepahit mana pun. Saya harap sangat saya diberi jalan keluar dari belenggu hidup macam ni. Sampaikan saya pernah doa, kalaulah saya bergelar balu adalah yang terbaik, saya mahu...”




Apa komen pembaca?